Redha

704 105 12
                                    

Pagi itu hujan turun renyai-renyai.

     Bacaan Yassin dan doa baru sahaja habis dibaca. Orang ramai mula beransur pulang.

     "Mai, ni dari kami. Tabah ye nak.. ni semua dugaan daripada Allah ke atas hamba-hambaNya." Seorang mak cik tua menyerahkan sepucuk sampul duit kepada Humaira.

     Tanpa sebarang reaksi, Humaira mengambilnya lalu menunduk sedikit tanda hormat.

     Beberapa orang juga turut memberikan benda yang sama beserta kata-kata yang hampir serupa. Anehnya, Humaira langsung tidak menangis.

     Mama Roha setia di sisi Humaira memberikan kata-kata semangat. Keluarga belah umi dan abi turut bersama-sama meratapi pemergian insan mereka yang tersayang.

    "Mai, mari tinggal di rumah mak long buat sementara waktu." Bahu Humaira dipaut.

    Humaira senyap. Kakinya masih tidak mahu berganjak.

    "Kak Yati, boleh kita berbincang sebentar?" Pinta Mama Roha.

    ...

     Tanpa mengetahui sebab musabab, Humaira akhirnya mengikuti Mama Roha pulang ke rumah banglo tiga tingkat buat kesekian kalinya.

************************************

     Hari Isnin -  waktu persekolahan berjalan seperti biasa.

    "Err Mai.." Tegur Ain takut-takut.

    "Hmm?" Humaira yang sedang membuat nota sains terus memberhentikan kerjanya. Wajah Ain ditatap ceria.

    "Rehat ni jom pergi library. Kau pun puasa kan?"

     Humaira mengangguk. "Yup, jom!"

     Di perpustakaan, Ain merenung lama Humaira yang sedang membaca buku.

    Setelah apa yang terjadi semalam, Humaira baginya kelihatan normal, seperti tiada apa yang berlaku. Sedikitpun dia tidak meluahkan rasa sedihnya kepada Ain.

     'walaupun aku ni kawan baiknya?'

     "Ain..." Humaira bersuara perlahan. Namun matanya masih lekat pada buku yang dipegangnya.

     Ain tersentak. "Ya?"

     "Aku ni cantik sangat ke sampai dari tadi kau renung aku?" *rolling eyes

     Alamak, dia perasan!

     "Eh mana ada. Aku baca tajuk buku yang kau baca tu. Macam menarik." Dia berdalih.

     "Oh ok." Sambung baca.

     'tak boleh jadi ni. Aku kena bertindak!'

     "Mai, kau ok?"

     "Kenapa? Nampak macam tak ok ke?"

     "Takde lah.. Emm takziah Mai. Moga roh arwah dicucuri rahmat. Aku tahu kau kuat." Ain membawa topik itu tiba-tiba. Dia  menghadiahkan senyuman.

     "Terima kasih." Ujar Humaira sambil tersenyum. Namun Ain tidak pasti makna senyuman tersebut.

     'Aku tak kuat sebenarnya, Ain. Aku tak kuat.'

************************************

     Loceng tamat persekolahan berbunyi.

     Humaira di antara orang terawal keluar daripada pagar sekolah. Perlahan sahaja dia mengorak langkah.

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now