Kejutan

709 93 51
                                    

"Eh kamu.."

"Humaira ada?"

Melihat pertanyaannya tidak dijawab, lelaki itu berdehem seketika sebelum mengucapkan salam.

"Assalamualaikum, pak long."

Pak Long mengukir senyuman. Seolah-olah memang menantikan lelaki itu memberi salam terlebih dahulu.  "Waalaikumussalam. Amboi, baru balik Malaysia terus cari Humaira?"

Dia tersengih. "Bukan apa, rasa bersalah kat Humaira sebab tak dapat hadir masa pengebumian paksu dan maksu haritu." Nadanya semakin perlahan apabila membangkitkan semula isu tersebut.

Pak long membuka kunci pada pintu pagar. Mempelawa lelaki yang sangat dikenalinya itu masuk ke dalam rumah.

"Tak mengapa. Kami faham kamu sibuk kat Dubai sana. Sekarang ni tengah cuti ke?"

Mereka berjalan beriringan. Pak long menepuk-nepuk belakang lelaki itu.

"Haah. Dapat cuti je terus balik Malaysia. Rindu. Humaira ada tak?"

"Ah dia dah tak duduk sini. Tinggal kat rumah mertua dia."

Lelaki itu memberhentikan langkahan. Riak terkejut terpamer pada wajahnya.

"Dia dah kahwin? Serius? Kalau tak silap dia baru tingkatan lima kan?"

"Kahwin mudalah kiranya. Lebih kurang dua tiga minggu dah."

"Ouh.. Dengan siapa?"

"Abang Aeril !" Laung satu suara dari dalam rumah. Seketika kemudian terpacul keluar seorang perempuan yang bertudung sarung sambil tersenyum ke arah mereka berdua.

"Hai Sarah. Lama tak jumpa. Nah ada buah tangan sikit dari Dubai." Sebuah beg kertas yang dipegangnya sedari tadi diserahkan kepada gadis itu.

"Wah terima kasih, abang!" Dia menjenguk-jenguk isi di dalamnya.

"Ha siapa Aeril tu?"

"Dia tu.." Teruja sekali Maisarah ingin beritahu.

"Nanti nantilah nak sembang pun. Masuk dalam dulu." Pak Long mencelah.

Lelaki itu mencemik. Namun tetap meneruskan langkah.

Mereka sama-sama masuk ke dalam rumah teres dua tingkat.

**********


Humaira baru sahaja keluar daripada tandas. Sekadar membasuh muka.

Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia perlu terasa dengan kata-kata Firas sebentar tadi. Bukannya aku yang syok kat dia pun dulu.

Dia pernah terdengar bahawa berdosa apabila seorang isteri mempunyai perasaan cinta kepada orang lain selain suaminya. Kerana itu, Humaira betul-betul kena jaga hatinya.

Cuma dia sendiri ragu-ragu. Wujudkah perasaan cinta itu kepada suaminya, Aeril?

Dia merasakan seolah-olah peristiwa akad nikah itu semua bagaikan mimpi sahaja. Kerana selepas itu, dia  meneruskan kehidupan hariannya seperti biasa. Langsung tiada perubahan apa-apa secara zahirnya.

Ditambah lagi dengan Aeril yang telah terbang jauh entah ke mana. Call pun idok.

"Huh.." Nafas dihela panjang.

Humaira tahu dirinya masih banyak kekurangan. Namun dia berusaha untuk buat yang terbaik dan terima semua ini dengan hati yang redha.

Maka dia mengambil keputusan untuk bertindak terlebih dahulu dengan memberi mesej kepada si suami. Kerana teringat akan kata-kata abang Arief tentang kerisauannya terhadap adiknya itu. Bimbang Aeril mempunyai masalah dalaman yang tiada siapa tahu.

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now