'Dia'

729 98 30
                                    

     Sebulan telah berlalu sejak peristiwa syahdu itu. Alhamdulillah Humaira dapat menerimanya dengan hati yang redha. Walaupun pada mulanya sangat sukar untuk dia menerima semua itu. Sungguh berat dugaan yang diberikan padanya. Sekarang, menjadi tugas Humaira untuk mendoakan umi abi nya di alam sana.

     Kerana memahami, Mama Roha langsung tidak membawa isu seperti yang diperkatakan Aeril iaitu tentang perkahwinan mereka. Harapnya Mama Roha sudah lupakan semua itu.

     Pagi tadi, Mama Roha memberitahu bahawa Iliya ingin bertemu dengan Humaira di hospital. Dia masih tidak dibenarkan pulang kerana tidak sembuh sepenuhnya. Katanya ada sesuatu yang ingin dibicarakan.

    Balik dari sekolah, Mama Roha membawa Humaira ke hospital Sungai Buloh.

    Pintu bilik dibuka.

    "Assala...." Ucapan salam tidak dapat dihabiskan.

    Kelihatan Iliya ada pelawat. Seorang lelaki.

    "Humaira.." 'Dia' berdiri.

    Mama Roha mendahului Humaira masuk ke dalam.

    "Awak siapa ye?" Soalnya pada lelaki yang tidak dikenalinya itu.

    'Dia' menunduk sedikit. "Saya bekas kawan sekolah Iliya."

    Mama Roha terangguk-angguk mengerti.

    "Humaira, kenapa tercegat lagi kat situ? Masuklah."

    Ibarat tersedar dari lena, Humaira tersentak. "Err nak pergi toilet kejap."

    "Okay." Mujur Mama Roha tidak syak apa-apa.

    "Biar saya temankan!" Tiba-tiba, 'dia' bersuara.

   Semua memandangnya tak percaya.

   "Err maksud saya, kebetulan saya nak pergi kantin. Lapar."

   "Alright pergilah." Iliya seakan mengerti.

   Humaira senyap. Tanpa berkata apa, dia terus pergi meninggalkan semua. Tanpa menunggu si 'dia'.

   Dan.. ya. Humaira berjalan melepasi tandas wanita. Itu hanyalah alasan semata.

   "Mai, tunggu."

   Humaira meneruskan langkah.

   "Humaira!" 'Dia' meninggikan suara.

    Humaira berhenti. Tanpa menoleh belakang, dia berkata, "Kau nak apa? Aku tak kenal kau lah." Perlahan suaranya.

   "Tenang.. Aku datang nak jumpa kau. Iliya yang beritahu aku yang kau ada kat sini." 'Dia' cuba memujuk.

    "Buat apa nak jumpa? Kau sendiri yang pergi membawa diri, kan? Lantas biarkan aku dihina dicaci tanpa pembelaan!"

   'Dia' menghela nafas. "Maafkan aku.. Aku ada sebab."

   "Apapun alasannya, benda dah lepas dah pun. Dan aku, dah lama lupakan kau sehinggalah kau muncul tiba-tiba di sini. Huh!" Humaira meneruskan langkah.

    "..."

Cerita 1 (imbas kembali) :

     Sejak peristiwa drama murahan depan pagar sekolah haritu, wajah Firas selalu menghiasi pandangan Humaira. Paling kerap, di bilik disiplin.

     Datang lambat ke sekolah, Firas salah seorangnya. Masa perhimpunan, Firas tidak membawa songkok. Waktu rehat, Firas tidak mahu turun ke kantin. Yang paling famous, Firas membawa motor Kawasaki nya mengelilingi sekolah semasa waktu pembelajaran berlangsung.

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now