Gaduh

641 93 16
                                    


"Ha balik dah si Humaira ni. Mari masuk. Kenapa tercegat lagi kat situ?" Mak Long mempelawa Humaira masuk.

Humaira jadi kaku. Kakinya terasa berat untuk masuk ke rumah.

"Err Aira nak bagi Koko dan Kiki makan dulu. Sekarang ni waktu mereka makan." Segera dia mencipta alasan.

    Dua ekor beradik yang sedang galak bermain sesama mereka di halaman rumah, diambilnya lalu diletakkan ke dalam sangkar kucing. Eee kenapalah korang ni comel sangat! XD

Dia sedang berusaha untuk menenteramkan hatinya yang sedang galau itu dengan bermain dahulu bersama haiwan kesayangannya.

"Meoww~~"

"Awak.. kita tukar tempat sekejap boleh? Biar Aira duduk sini, awak masuk rumah. Bernas kan?" Dia berbicara dengan kucing yang sedang lahap makan makanannya.

"tolonglah awak, tak perlu cakap apa-apa. Duduk je kat situ. Please.." sebelah tangannya mengusap kucing berwarna hitam putih manakala sebelah lagi mengusap yang berbelang coklat.

"Oii,"

Humaira pantas menoleh.

Aeril sedang berdiri di muka pintu, dengan songkok dan baju melayunya. Sedang memandang ke arah Humaira.

Terperanjat Humaira dibuatnya. Kenapa dia kat sini?

"Masuk."

Humaira mengetap gigi. "kata hari Sabtu!"

"Tak jadi. Mama dengan Papa busy esok." Kata Aeril sambil matanya teralih pada dua ekor anak kucing yang sedang makan itu.

"Mental dan fizikal saya masih tak sedia lagi!"

"Nak sedia apa lagi? Setuju je. Tak ingat kes kat sekolah haritu?"

"Habis apa fungsi datang merisik kalau dah memang takde pilihan?"

"Adat. Lagipun mama papa tak tahu hal tu. Dah cepat! Tak elok buat yang lain tunggu." Aeril bergerak ke arah keretanya. Dia mengambil sesuatu.

"What's that?" Bungkusan plastik hitam di tangan Aeril menarik rasa ingin tahu Humaira.

"Potion. Kalau minum ni, boleh berubah jadi pelbagai rupa. Kau nak jadi kucing kan tadi?" Perli Aeril sinis.

Humaira mendengus. Suka betul pasang telinga!

"Hei Aeril.."

Aeril yang baru sahaja hendak melangkah masuk, terhenti seketika. Humaira yang sedang duduk bersila itu dipandangnya.

"Kau sebenarnya nak aku tolak lamaran ni kan? Mustahil takde angin takde ribut tetiba kahwin. Aku tak rasa kes kat sekolah haritu punca utama jadi macam ni. Sebenarnya kau nak jadi anak yang taat dengar cakap parents kau kan? Takpe, aku boleh jadi watak jahat yang tolak lamaran ni dan dibenci oleh semua. Baik tak aku?" Kata Humaira merapu.

"Pfft" Aeril cuba menahan diri daripada ketawa. Tanpa berkata apa, dia terus masuk ke dalam rumah.

'Ish dia ni. Aku cakap sorang-sorang ke apa. Aku dah rela nak jadi watak jahat tak hargai pun!' Humaira mengomel tak puas hati.

Wait a minute, dia gelakkan aku kan tadi? He think I'm a fool? Oo em jii

Perasaan gemuruhnya tadi hilang begitu sahaja. Perlahan-lahan Humaira melangkah memasuki rumah. "Assalamualaikum,"

Semua menjawab salam. Humaira menunduk sedikit sambil berlalu hendak menaiki tangga,

"Eh mahu ke mana? Sini duduk dulu." Mak Long menepuk-nepuk sofa di sebelahnya.

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now