Childhood Friend

916 118 3
                                    

"Assalamualaikum, Aira dah balik."

"Waalaikumussalam." Jawab Mak Yah yang sedang mengemas surat khabar di ruang tamu.

"Mama Roha mana?" Humaira berbisik.

"Puan masih belum pulang. Oh jadi Aira pulang dengan Ae..."

Sebaik sahaja Mak Yah ingin menyebut nama 'Aeril', Humaira terus berlari menaiki tangga menuju ke biliknya. "Aira naik dulu." Katanya dalam keadaan tergesa-gesa.

"Assalamualaikum," Ketika itu juga Aeril memasuki rumah. Sempat dia memandang ke arah Humaira yang sedang berlari. Dah kenapa perempuan ni?

Mak Yah menjawab salam buat kali kedua. Dia kehairanan melihat telatah Humaira. Namun dia kembali menyambung tugasnya.

Aeril menaiki tangga menuju ke biliknya. Sebelum masuk ke bilik, sempat dia melihat ke bilik Humaira, yang hanya terletak bersebelahan biliknya sahaja. Namun bilik mereka dipisahkan oleh tangga yang menuju ke tingkat tiga.

************************************

Humaira mencari-cari sesuatu di atas meja. Dia mencapai sebuah buku album. Helaian demi helaian diselak.

"Ha jumpa!" Sebuah gambar lama ditatap.

Gambarnya sewaktu kecil bersama dua orang budak lelaki dan seorang wanita. Dia mengamati gambar dua budak lelaki itu. Seingatnya, seorang bernama Arief dan seorang lagi.. Aeril! Ya nama mereka sama. Cuma dia masih tidak dapat mengecam wajah Aeril tadi kerana ditutup dengan mask yang dipakai.

Dia teringat satu peristiwa semasa kecil. Dia yang paling kecil itu sering dibuli oleh Aeril dan Arief lah yang selalu menenangkannya.

~Imbas Kembali~

"Hey Aira. Tengok ni." Aeril menunjukkan sesuatu kepada Humaira.

Humaira yang berambut ekor kuda terkejut apabila melihat seekor rama-rama di tangan Aeril. Rama-rama itu didekatkan ke muka Humaira.

Apa lagi, terus Humaira melarikan diri ke arah Arief yang turut berada di taman itu. "Huwargggh Aira takut!!" Dia menyorok di belakang Arief. Dia menangis.

"Aeril, kamu tahu kan Aira takut rama-rama. Kamu sengaja kan?!" Marah Arief.

"Alahai dengan rama-rama pun takut? Ahahahaha." Aeril ketawa mengejek.

Makin kuat tangisan Humaira apabila Aeril mentertawakannya.

"Aira jangan risau, rama-rama tu tak akan berani nak apa apakan Aira. Abang kan ada untuk lindungi Aira." Kata Arief.

"Betul ni? Abang Arief kena janji tau!" Tangisan Humaira semakin kendur.

"Ya janji."

"Yeay!" Humaira kembali ceria. "Buu Aira tak takut rama-rama tu. Sebab Aira ada Abang Arief." Humaira menjelir lidah ke arah Aeril.

"Ceh. Penakut!" Aeril mencebik lalu meninggalkan mereka berdua. Rama-rama yang ditangkapnya dilepaskan.

~Imbas kembali tamat~

Huh! Buat sakit hati je ingat peristiwa tu! Aku dah berazam dari dulu tak mahu bertemu dengan dia sejak berpisah dulu. Yalah, mana boleh perempuan tunjukkan kelemahan dia depan orang lelaki.

Namun sekarang masing-masing sudah besar. Perangai sudah tidak seperti dahulu. Entah-entah dia sudah lupa. Baguslah kalau begitu.

Humaira bangun. Tuala dicapai. Mujur bilik air berada dalam biliknya. Jadi dia tidak perlu bersusah payah memakai tudung ke bilik air.

************************************

Malam itu, Humaira menyiapkan kerja sekolahnya di ruang tamu. Hendak menemani Mak Yah yang sedang memasak di dapur.

"Aduh, susahnya addmath ni!" Tangannya menongkat dagu.

Kedengaran bunyi kereta memasuki halaman rumah. Mesti Mama Roha!

"Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam." Humaira menjawab ceria.

Kelihatan Mama Roha masuk ke dalam rumah bersama seorang lelaki. Pak Cik Yusuf! Mesti Mama Roha menjemput Pak Cik Yusuf di airport. Kerana dia baru pulang dari oversea.

"Ni Aira yang Mama cerita tu? Lama dah tak jumpa. Dah besar." Pak Cik Yusuf melemparkan senyuman.

Humaira senyum. Pak Cik Yusuf juga seperti Mama Roha. Baik.

"Makan malam sudah siap. Mari makan." Pelawa Mak Yah kepada semua yang ada di situ.

Pada masa yang sama, Aeril menuruni tangga. "Selamat pulang, mama papa." Katanya.

Aira sedikit terkesima. Ni ke Aeril? Pertama kali dia nampak muka Aeril tanpa mask. Tapi.. Ceh bajet hensem je tu!

"Oh Aeril! Terima kasih ambilkan Humaira kat sekolah tadi." Ujar Mama.

"Hmm." Aeril terus duduk di meja makan. Dia lapar.

Aeril memandang sebentar ke arah Humaira dengan pandangan tajam. Dia seperti tidak puas hati dengannya.

Humaira perasan akan pandangan Aeril itu. Namun, dia buat-buat biasa sahaja. Aku rasa aku tak buat salah apa kat dia. Buat apa aku nak takut.

Usai makan, Humaira menyambung kerja sekolahnya di ruang tamu. Mama Roha dan Aeril turut berada di situ. Manakala Pak Cik Yusuf naik ke atas untuk membersihkan diri.

"Ma, bila Along pulang?" Tanya Aeril.

Perhatian Humaira teralih. Along? Maksud dia abang Arief ke?

"Along balik esok. Nanti papa yang ambil dia. Esok papa cuti." Jawab Mama Roha.

"Oh." Aeril kembali fokus pada siaran televisyen.

'Kenapa semua orang nak balik ni? Ada apa-apa kah?' Humaira tertanya-tanya.

"Aira," panggil Mama Roha.

"Ya?"

"Lusa ada majlis akad nikah adik Mama. Di Johor. Aira ikut sekali ye?"

"Oh sebab itu ke semua orang balik ni? Termasuk Pak Cik Yusuf?" Tanya Humaira.

Mama Roha mengangguk. "Jangan panggil pak cik Yusuf, panggil Papa Yusuf. Macam kamu panggil Mama Roha. Ok?"

Aira tersenyum. "Ok." Dia kembali menyambung kerja sekolahnya.

************************************

*Jangan lupa vote & comment

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now