Hiking

507 64 52
                                    

Dia mendongak ke atas. Awan-awan di langit biru ditatap penuh khusyuk. Sejak dirinya menginjak ke alam sekolah menengah, memandang langit merupakan salah satu daripada hobinya. Kerana dengan memerhatikan alam ciptaan Allah ini, jiwanya terasa tenang.

Tenang dari segala kekusutan hidupnya yang perlu mematuhi peraturan sekolah yang baginya agak ketat. Di luar nampak sahaja taat, namun sebenarnya jiwanya sedang memberontak.

"Aku dah agak kau kat sini." Satu suara menyapa. Namun dia tidak menoleh. Kerana mengenali pemilik suara tersebut.

Tidak lama selepas itu orang tersebut mengambil tempat di sisi kanannya. Turut meniru gayanya memandang langit.

"Kebelakangan ni kau selalu sangat duduk sini. Terfikirkan seseorang ke? Buah hati?"

Dia menghela nafas. "Nampak ni?" Penumbuk diangkat.

Lelaki itu tertawa. "Habis? Apa yang seronok renung langit daripada bermain bola sepak?"

"Tak minat." Ujarnya ringkas.

Kawannya itu terangguk-angguk. Faham benar. "Kau memang. Nak tahu tak, aku baru je jaringkan satu gol tadi."

"Tahniah. Nanti aku belanja air sirap limau." Jawabnya kedengaran mendatar.

Lelaki itu tersengih. "Aku nak yang dalam plastik ikat tepi. Banyak sikit."

Dia turut tersengih.

Suasana menjadi sepi seketika. Masing-masing menghalakan pandangan mereka ke langit.

"Dengarnya esok Firas nak datang sini?" Dia bertanya.

"Yup! Esok kan outing. Jadi aku cadang nak pergi hiking. Dia tak datang sini, tapi tunggu kita kat Denai Puteri nanti."

"Hiking?" Dia membesarkan mata. Terkejut.

"Kenapa? Kau tak nak?"

Bibirnya menarik sengih. "Menarik."

*****

"Mana Firas?" Aeril bersuara.

Dia dan Irwan kini berada di tapak permulaan yang menjadi tempat berkumpul sebelum memulakan aktiviti mendaki gunung/bukit.

"Sini!" Seorang lelaki, memakai t-shirt jersi merah sedang berdiri di belakang mereka berdua. Senyuman lebar menghiasi wajah jejaka tersebut.

"Dah lama sampai?" Irwan bertanya. Dia memakai baju sukan sekolahnya. Firqah hijau.

Firas menggeleng. "Lebih kurang setengah jam yang lalu."

Pandangannya teralih pada Aeril. Lelaki itu dipandang atas bawah. "Aku perasan kau selalu pakai baju warna biru. Tak ada warna lain ke?" Katanya sambil bercekak pinggang.

Aeril tunduk memandang baju yang dipakainya. Kening sebelah terangkat. "Suka hati akulah nak pakai baju warna apa pun."

"Dia memang suka warna biru. Hampir semua baju dalam almari dia penuh dengan baju warna biru. Cuma malangnya, rumah sukan dia warna merah hahaha!"

Aeril yang ketika itu memakai t-shirt berwarna biru cerah, hanya menjeling sekilas ke arah Irwan.

Firas tersengih namun tidak lama. Matanya perasan satu perkara pada Aeril yang lagi aneh daripada sebelum ini.

"Kau tahu ke tak kita nak hiking ni?" Soalnya bersama dahi yang berkerut.

Aeril mengangguk. "Asal?"

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now