Imam

836 96 7
                                    

Mujur catering telah diupah. Jadinya banyak kerja diuruskan oleh mereka. Usai majlis, mereka pulang ke rumah Tok Ma.

Humaira mengambil peluang ini untuk berehat rehat di balkoni rumah. Rumah Tok Ma 50% diperbuat daripada kayu dan 50% daripada batu. Malah rumah ini diubah suai menjadi besar dan cantik. Untung Tok Ma mempunyai anak-anak yang berkerjaya.

"Menung apa tu?" Celah satu suara.

Humaira menoleh. Seorang perempuan yang menutupi kepalanya dengan selendang menghadiahkan sebuah senyuman kepada Humaira. Dia adalah anak saudara Tok Ma. Sepupu Arief dan Aeril.

     Humaira membalas senyuman itu. "Hmm teringat kat umi abi. Apalah yang mereka tengah buat sekarang. Hajar tidur sini ke?"

     "Hajar nak tidur sini, tapi mummy nak balik juga malam ni. Katanya banyak kerja kat rumah."

     "Ohhh."

     "Mai, kenapa tak ikut je sekali buat haji? Kan senang." Tanya Hajar.

     "Hmm Mai nak je. Tapi abi tak kasi sebab sekarang waktu sekolah. Dahlah tahun ni Mai SPM jadi takut tertinggal banyak pelajaran. Abi ni jenis yang pentingkan pelajaran sikit. Walaupun haji ni lagi penting, umi kata Mai muda lagi. Boleh buat dengan suami Mai nanti ahahaha." Humaira tergelak sendiri apabila teringat kata-kata uminya.

     Hajar turut ketawa. Namun hanya seketika tatkala melihat Aeril muncul depan pintu. Dia kelihatan berbaju melayu biru dan berseluar slack hitam. Di tangannya memegang songkok.

     "Oi pergi bersiap. Tok Ma ajak solat isya' berjemaah kat surau.

     "Hajar ikut sekali ke? Amirul mana?" Tanya Hajar.

     "Adik kau tu pun ikut. Dia kat dalam sedang bersiap." Kata Aeril sambil terus menuruni tangga.

     Humaira dan Hajar sama-sama meluru masuk ke dalam rumah.

************************************

     Di surau,

     Mereka-(Tok Ma, keluarga Papa Yusuff dan keluarga Hajar) menunaikan solat isya' berjemaah. Mereka ke surau dengan hanya berjalan kaki oleh kerana jarak beberapa meter sahaja dari rumah.

     Imam membacakan surah al-fatihah dan al-insyirah pada rakaat pertama. Alunan suaranya begitu merdu dan sedap didengari. Bacaan y tajwid yang tepat. Sesetengah orang lebih pentingkan bacaan berlagu tetapi tajwid ke laut.

      Tenang sekali para makmum yang mendengar. Malah boleh membawa sendu bagi sesiapa yang menghayati.

     Usai memberi salam dan selepas wirid, telinga Humaira dapat menangkap kata-kata imam -"Along baca doa."

     Walaupun perlahan, Humaira tetap  yakin dengan apa yang didengarinya. Along? Takkanlah..

     Habis baca doa, tidak kira tua mahupun muda, Humaira mendengar perbualan mereka bercakap tentang imam.

     "Weh siapa yang jadi imam tu? Sedapnya suara!"

     "Suara macam orang muda yang jadi imam."

     "Aku nak suami macam ni doh."

    "Usha-usha sikit weh sape imam. Manalah tahu dia akan jadi imam aku dan anak-anak aku."

    "Aku nampak! Hensem weh imam tu! Serius muda lagi!"

     'alahai deme ni. Aku pun suka juga dengar suara imam ni. Tapi tak adalah sampai nak tahu sangat siapa orangnya. Rilekslah, ramai je lagi yang suara sedap cuma kome yang tak tahu.'

     "Mai, cuba teka siapa yang jadi imam tadi." Hajar mengangkat kening dua kali sambil tersenyum.

     "Ha? Manalah Mai tahu. Pertama kali solat kat surau ni."

     "Alaaa Mai kenal orangnya. Tekalah."

     "Hmmm."

     "Sedapkan suara cucu Tok Ma!" Tok Ma mencelah.

     "Alaaa Tok Ma.. janganlah spoil. Hajar nak suruh Mai teka ni!"

     Tok Ma hanya ketawa.

     'cucu? Jadi betullah andaian aku!'

     "Aeril? Patutlah awal je dia pergi surau." Duga Humaira.

      "Yup! Sebelum ni pun dia pernah jadi imam juga. Arief pun sama. Dah dua-dua suara sedap kan.."

     "Dah jomlah balik. Mummy kau tunggu kat rumah tu nak balik." Ajak Tok Ma.

     Hanya mereka bertiga perempuan yang ke surau. Mummy Hajar dan Mama Roha 'special'.

     'tak sangka Aeril pun suara sedap. Ingatkan abang Arief je. Huh harini dua-dua orang tu serlahkan bakat mereka!'

************************************

Di rumah Tok Ma,

     "Wuuu calon suami terbaik di abad ini!" Arief menyakat Aeril yang sedang menonton televisyen. Siku Arief sengaja diletakkan di atas bahu Aeril.

     "Ish diamlah!" Aeril menepis siku Arief. Matanya masih fokus di kaca tv.

      Humaira yang sedang membaca majalah tidak jauh dari mereka hanya memasang telinga.

     Arief masih lagi dalam tawanya. "Humaira, kau tahu tak Aeril kita ni famous sekarang?"

     Humaira mengangkat kepala apabila namanya dipanggil. Famous?

     Pantas Aeril menjeling tajam ke arah Arief. "Alongggg!"

     Arief bangun, bersedia untuk lari. Sambil tu dia sempat menjerit "ok nak cakap tu je. Ciao dulu!"

     Humaira terhibur melihat telatah abang-adik itu. Mana satu sebenarnya abang ni? Arief ke Aeril? Macam budak-budak pula Arief ni. Matang lagi si Aeril.

************************************

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now