Hari Sukan

673 82 49
                                    

     Humaira baru sahaja pulang daripada mahkamah syariah. Urusan pembahagian harta faraid baru sahaja berakhir.

     Oleh kerana dia merupakan satu-satunya anak tunggal perempuan, dia mendapat satu per dua daripada harta peninggalan ayahnya. Manakala selebihnya diberikan kepada ahli keluarga yang lain.

     Pakaiannya dikemas dan dimasukkan ke dalam bagasi. Dia telah buat keputusan untuk keluar daripada rumah ini dan tinggal bersama keluarga Pak Long dan Mak Long nya.

     Tambahan dia lagi selesa di sana kerana anak-anak mereka semuanya perempuan. Pak Longnya pula merupakan abang kandung kepada abi nya.

     Usai kemas, dia membawa dua buah beg menuruni tangga. Kelihatan Mama Roha sedang memandangnya dengan pandangan sayu.

     "Aira..."

     Jantung Humaira berdebar. Jujur, dia sememangnya tidak sampai hati hendak membuat Mama Roha sedih. Namun apakan daya, itulah pilihan yang dirasakan baik untuknya dan untuk semua orang. Cukuplah keluarga ini telah banyak berjasa kepadanya. Humaira risau. Risau dia akan berasa selesa dengan kebaikan yang mereka berikan. Dia tidak layak untuk menerima lebih lagi.

     Beg tersebut diletak, tangan Mama Roha disambut lalu diciumnya lama.

     "Aira minta maaf. Aira..." Humaira tidak dapat menghabiskan kata-katanya. Hatinya terasa sendu.

     "Mama dah anggap Aira macam anak Mama sendiri. Aira nak tinggalkan Mama?" Mama Roha menyentuh lembut pipi Humaira.

     'jangan nangis, Maira!' dia berusaha menahan air matanya daripada mengalir.

     Bibirnya diketap. Dia menunduk. "Aira sayang Mama. Aira sayang keluarga ni. Tapi Aira sedar Aira bukanlah siapa-siapa. Aira tak boleh terus-menerus terima kebaikan keluarga ni." Katanya perlahan.

     "Aira..." Tangan Humaira digenggam erat.

     Humaira mengangkat muka. Dia melemparkan senyuman manis. "Ye ma?"

     "Aira jadi menantu Mama nak?"

     Terus senyuman di bibirnya berubah kendur. Terkedu. Dia menggeleng laju.

     "Aira tak sedia lagi nak kahwin. Aira nak tumpukan dalam pembelajaran dahulu. Banyak lagi yang Aira perlu pelajari. Nak kahwin pun kan kena ada ilmu."

     Kedengaran Mama Roha melepaskan keluhan. "Mama dah agak kamu akan kata begitu. Sebelum ini pun mama ada kata perkara yang sama pada Aeril, tapi dia pun tolak. Mama tahu kamu ada hati kat Arief, tapi nampaknya jodohnya orang lain. Mama nak sangat kamu jadi menantu mama."

     'erk, mama Roha pun boleh teka? Allahu, obvious sangat ke aku suka Arief dulu?' Humaira malu sendiri.

     Wajah mama Roha dipandang bersama senyuman di bibir. "Ma, ini tidak bermakna Aira perlu kahwin dengan Aeril kan? Kami saling tidak menyukai, jadi mengapa perlu dijodohkan?"

     Humaira meluahkan apa yang dirasainya dengan nada lembut, bimbang mama akan terasa hati.

     "Takkan kamu tiada langsung perasaan pada dia? Kamu berdua nampak serasi tau. Si Aeril tu jarang bercakap dengan perempuan, tapi dengan kamu, mama tengok selalu bergaduh. Masih tidak ada rasa apa-apa?"

     Humaira menggaru kepalanya yang kebetulan terasa gatal. Please Mama, I don't like this conversation. End it, please!

     Otaknya ligat berfikir hendak mencari alasan.

     "Kalau ada jodoh, tak ke mana. Maka tidak perlu tergesa-gesa." Papa Yusuff muncul dari luar rumah.

     Terkejut Humaira  dan Mama Roha dibuatnya.

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now