Special: Aeril

820 125 22
                                    

   Aeril melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia perasan banyak mata-mata memandang ke arahnya.

     Perkara biasa.

     Sekarang ini, dia sedang membuat perbincangan bersama ahli kumpulannya untuk menyiapkan assignment. Mereka berempat berkumpul di cafeteria dalam satu meja bulat.

        "Ok, yang ni kau settlekan. Aku buat part ni." Kata ketua kumpulan, Haikal kepada Aeril.

       "Aeril boleh buat sorang tak? Ke nak Mira tolong?" Tanya Mira prihatin.

       "Takpe, aku boleh buat." Jawab Aeril tanpa memandang ke arah Mira. Dia sedang meneliti kertas kerjanya.

      "Amboi, kat aku tak tanya pula boleh buat ke tak? Dengan Aeril bukan main ambil berat." Haikal mencebik.

      Mira yang berwajah ayu itu terdiam. Tidak tahu hendak kata apa.

      Kawan Mira di sebelahnya pantas memukul Haikal dengan buku nota. "Ish kau ni. Kerja kau senang je. Sebab tulah dia tak tanya!"

     "Aduh sakitlah! Yang kau nak back up si Mira tu kenapa? Sibuk je ."

      "Biarlah, dia kawan aku!" Raudah jelir lidah.

      Tiba-tiba Aeril bangun. "Dah tak ada apa-apa kan? Aku balik dulu." Dia terus melangkah pergi.

      Ketiga-tiga yang lain saling berpandangan. Hairan dengan tindakan Aeril. Baru setengah jam mereka berkumpul.

      "Yang kau ni pun satu, Mira. Kalau suka pun, janganlah obvious sangat. Haih." Raudah menepuk bahu Mira.

     "Eh mana ada lah. Mira hanya nak tolong dia je. Mana ada sebab lain!" Nafi Mira.

     "Hmm yelah tu. Hei Haikal, kau kan rapat juga dengan si Aeril tu, dia ada girlfriend tak? Kan couple-couple ni benda biasa kat U ni. Tambahan lagi, Aeril tu handsome. So?"

      Haikal menjungkit bahu. "Haih perempuan perempuan. Pantang nampak lelaki good looking sikit. Aku pun handsome apa." Gurau Haikal. Dua orang perempuan di hadapannya sudah buat muka nak termuntah.

      Kemudian dia sambung "tapi tak pernah pula aku tengok dia jalan berdua atau cakap pasal perempuan. Lagi pula jaranglah aku tengok dia bercakap dengan perempuan. Tak ada kot."

      "Wah kalau macam tu ada peluanglah kau!" Raudah mencuit lengan Mira.

      Mira tersipu-sipu malu. "Ish kau ni!"

************************************

     Aeril duduk di sebuah pondok. Dia tahu kawan-kawannya di cafeteria itu mesti hairan melihat tindakannya.

     'Ahh kisah pulak! Tiba-tiba aku rasa takde mood.'

     Entah kenapa bila dia dengar nama Mira, hatinya tersentak. Bukan sebab Mira tadi, tapi nama 'Mira' tu buatkan dia teringat seseorang. Kerana nama mereka hampir sama.

     'Mira... Maira... Humaira!'

     Nama itu...

     Walaupun masa telah berlalu, dia masih ingat lagi gadis yang pernah menjadi teman kecilnya. Dan mungkin juga.... Ah takde lah!

    Aeril membuang prasangka itu jauh-jauh. Walhal dia sendiri pun tidak pasti.

************************************

      Hari ini dia akan pulang ke rumah. Dah lama juga dia tak jumpa keluarganya. Tiga bulan? Empat bulan? Entahlah.

     Enjin kereta Toyota Vios putih hadiah daripada Papanya dihidupkan. Sepatutnya sekarang dia bersama kawan-kawannya menonton teater khas di universiti ini, namun dia malas. Dia mahu segera pulang.

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now