Kisah Silam II

717 119 21
                                    

Seminggu telah berlalu. Esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Pertandingan diadakan di SBPI Gombak sempena Hari Memartabatkan Bahasa Arab.

"Esok bertanding, harini baru nak buat perjumpaan." Keluh Firas.

Dia, Ridzuan dan Humaira kini berada di perpustakaan untuk membuat perbincangan. Sebelum ini Firas berkali-kali ingin mereka membuat perjumpaan tetapi ditolak Humaira dengan alasan tiada apa yang hendak dibincangkan kerana mereka hanya perlu mengulangkaji subjek berkenaan. Tambahan, dia seorang sahaja perempuan jadi dia tidak begitu selesa.

"Kan saya dah kata kalau nak buat, buat je lah antara kamu dengan Ridzuan. Saya tak kisah." Kata Humaira.

"Alaa tak bestlah berdua je. Ridzuan ni serius orangnya. Boring."

Ridzuan memandang Firas tak puas hati. "Kau ingat aku nak ke berdua-duaan dengan kau?"

Firas menjelir lidah. Dasar pengawas junior kerek!

"Sudah. Benda dah lepas. Kita jumpa harini sebab nak bincang untuk esok. Tahu kan esok berkumpul kat mana, pukul berapa, pakai baju apa.." Humaira memulakan bicara.

"Tahu.." Tangan Firas menongkat dagu. Gaya malas. Ridzuan mengangguk kepalanya.

"Humaira, kita kan tingkatan 4, subjek arab tingkatan 5 punya kau study juga tak? Walaupun tak belajar lagi." Ridzuan mengemukakan keresahannya selama ini.

"Hmm baca juga tapi mungkin tak berapa nak faham betul-betul. Yalah baca sendiri kan."

Firas memandang mereka berdua. "Well aku yang tingkatan 5 ni pun banyak lagi yang tak belajar. Masih awal tahun kan. Tapi better la dari korang sebab aku dah belajar semua tajuk tingkatan 4 punya."

"Tulah.. kita usaha dulu, selebihnya tawakkaltu 'alallah." Ujar Ridzuan.

Humaira mengangguk.

"By the way, Humaira.. aku sebenarnya nak minta tolong daripada kau. Tu yang aku kacau kau haritu." Firas memandang Humaira yang berada di hadapannya. Dia merujuk kepada peristiwa yogurt strawberi tempoh hari.

"Kacau?" Kening Ridzuan terangkat. Telinganya sudah bersedia untuk mendengar perbualan seterusnya.

"Ha apa dia?" Humaira menunjukkan minat.

Firas menoleh ke arah Ridzuan di sebelahnya. "Kau jadi saksi eh.."

"..aku nak kau, Humaira menyamar jadi girlfriend aku.."

"Hah?" Humaira membulatkan mata. Terkejut.

Berkerut dahi Ridzuan mendengar kata-kata Firas.

Firas tersengih melihat reaksi dua orang juniornya. "Lek, it's just menyamar. Nothing more, okay? Desperate ni." Rayu Firas.

"Limaza?" Sengaja Humaira menyebut perkataan arab. Terbawa-bawa.

"Ada sorang perempuan ni.. haih aku dah tolak banyak kali dan tak layan pun, tapi dia kacau juga."

"Tolak?"

"Dia tu sebok nak jadi girlfriend aku. Walaupun berkali-kali aku marah dia buat tak endah je. Penat."

"Wow, dahsyat. Perempuan mana ni? Kitorang kenal ke?"

"Tak.. Dia kawan sekolah lama aku, SMK. Aku katalah aku tak nak couple. Dia kacau gak. Bila aku kata dah ada girlfriend, dia tak percaya. Aku bagilah random gambar perempuan mana tah aku pun tak kenal, muka aku blurkan then dia kata nak jumpa perempuan tu."

Aku, Kau & Dia Место, где живут истории. Откройте их для себя