Keluarga

740 71 27
                                    

"Masuklah."

Semua terpinga-pinga dengan kehadiran insan yang tidak diduga itu. Mereka masih lagi berdiri di luar pintu.

"La.. kenapa tercegat lagi kat situ. Masuk!" Firas menekan suaranya. Senyumannya sentiasa lekat di bibir.

Akhirnya Naim mendahului yang lain masuk ke dalam bilik mesyuarat diikuti dengan Farhan dan Aliff. Mereka mendekati Firas.

"Lama tak nampak abang!" Ujar Naim teruja. Mereka berdua bersalaman.

Hampir semua pengawas sekolah rapat dengan Firas disebabkan seniornya itu sering mengunjungi bilik disiplin malah mereka berborak-borak kosong sedangkan tujuan sebenar dia ke sana adalah kesalahan melanggar peraturan sekolah.

"Honeymoon ke?" Farhan menyakat. Walaupun berbeza umur, Firas sentiasa melayan juniornya seperti kawan sebaya.

"Rasa-rasa?" Firas mengangkat kening dua kali sambil tersengih.

"Perghh dah kahwin tak jemput!" Aliff menyakat.

Firas hanya membalas dengan tawa. Tidak pula mahu menjawab.

Perlahan-lahan Humaira mendahului kaum hawa memasuki bilik mesyuarat itu. Jantungnya berdebar. Siapa sangka mereka akan berjumpa lagi setelah perjumpaan sebentar mereka pada hari sukan sekolah tempoh hari.

Apabila melihat Humaira masuk, Firas sedikit terkejut. Dia baru sedar akan kehadiran perempuan itu. Namun dia buat-buat biasa sahaja.

"Korang mesti penat kan? jap aku buat air untuk tetamu aku." Firas bangun daripada tempat duduknya.

"Apakah.." Terkeluar pertanyaan itu daripada mulut Humaira.

"Wow abang tak puasa ke? Nahnu sooimun." Naim bercanda. Ucapan arab yang bermaksud - kami orang yang berpuasa.

Kata-kata itu dibalas dengan sengihan. "Just kidding. Haa ambillah tempat masing-masing. Kita ada aktiviti ni."

"Aktiviti apa?" Soal Naim.

"Sabor. Duduk dulu. Sabar kan separuh daripada iman." Firas menepuk-nepuk bahu Naim yang semakin lama semakin kuat.

Lelaki itu pantas menangkap tangan seniornya. Bahunya terasa sakit. Namun dia langsung tidak kisah. Kerana sudah lali dengan seniornya yang sorang ini.

Masing-masing mengambil tempat di meja bujur yang besar itu. Kaum adam di bahagian hadapan manakala kaum hawa di bahagian belakang.

"Weh, kau dengan Firas ada apa-apa lagi ke?" Najwa berbisik ke telinga Humaira.

"Ish mana adalah!" Nafi Humaira dengan nada sedikit tinggi.

Sebelum ni pun ada apa-apa ke?

"Yo la tu." Radhwa tidak percaya.

Humaira menghela nafas. Sudah-sudahlah..

"Ha yang belakang tu membawang ke?" teriak Firas dari bahagian hadapan.

"Perempuan perempuan.." Aliff menggeleng kepala. Kata-katanya itu mengundang tawa Farhan dan Naim.

Ketika itu mata Humaira dengan Firas bertemu. Dan Firas menghadiahkan senyuman manis kepada Humaira, membuatkan gadis itu terpana buat seketika.

Syasya berdehem perlahan. Najwa mencuit lengan Humaira. Hanisah menutup muka kerana dia pula yang terasa malu. Manakala Radhwa, menahan dirinya daripada tersenyum lebar.

Humaira menarik nafas dalam-dalam. Dia cuba menenangkan hatinya yang sedang bergelojak. Huh..

'Aku ni bini orang."

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now