Dia

1K 99 4
                                    

     "Terima kasih Mama."

     "Sama-sama. Balik nanti Mama jemput Aira juga ye?"

     Humaira mengangguk. Selepas menyalami Mama Roha, dia turun dari kereta.

     Semalam dia telah mencadangkan supaya Mama Roha dan Mak Yah memanggilnya dengan panggilan 'Aira'. Sepertimana Umi dan Abi memanggilnya. Dan hanya mereka yang rapat dengannya sahaja memanggilnya sedemikian.

     Humaira melepasi pagar sekolah. Baju kuning cair tersarung kemas di tubuhnya. Dia merupakan pengawas sekolah.

     Dia telah maklum kedudukan kelasnya. Jadi, dia terus mengatur langkah menuju ke kelas 5 Biruni.

     Di kelas, beberapa orang kawannya telah mengambil tempat terutamanya di barisan tengah kelas. Semestinya Humaira juga ingin memilih tepat duduk di bawah kipas. Nasib menyebelahinya apabila tempat duduk di barisan  belakang sekali masih kosong.

     'Mujur aku datang awal' getusnya.

     Perhimpunan pagi berakhir dengan ucapan panjang daripada pengetua sekolah. Beberapa peraturan sekolah disebut dan ciri pemakaian yang kemas dititikberatkan.

     "Mama mahu panggil beberapa orang pelajar yang mama rasa pakaiannya kemas dan betul." Pengetua itu menggelar dirinya sebagai 'mama'.

     "Ridzuan Aliff ada? Adik-adik yang baru masuk sekolah boleh tengok abang kamu ini. Dia Ketua Umum. Ha segak bergaya nampak." Mama memuji sebaik sahaja Ridzuan berdiri di sebelah kiri Mama.

     "Pelajar perempuan pula.. kamu yang pengawas tu. Humaira Nasuha kan?"

     Humaira yang sedang berdiri di belakang terkejut apabila namanya dipanggil. Dia memandang kawan-kawannya yang juga merupakan pengawas. Mereka tersenyum-senyum. 'Ish mulalah tu nak sakat aku'.

     Humaira berdiri di sebelah kanan Mama. Dia hanya merupakan pengawas biasa. Tiada jawatan yang tinggi jika nak dibandingkan dengan Ridzuan Aliff itu.

     "Anak-anak sekalian, lihat mereka berdua. Secocok bagai buah pinang dibelah dua. Sama-sama nampak kemas. Semua orang pun suka pandang kalau macam ini. Mama nak kamu semua pakai kemas-kemas biar orang luar nampak anak-anak Mama ini semuanya tampak segak dan lawa. Tak semestinya sebab rupa je nak kena lawa. Kita nak tunjukkan yang orang-orang Islam ini kemas dan bersih. Boleh anak-anak Mama?" Panjang lebar Mama berucap.

     "Boleh!" Bersemangat mereka menjawab. Terutamanya pelajar tingkatan satu dan dua. Ada juga yang mengatakan "In Shaa Allah."

     'Haih mama ni, tidak perlulah nak padan-padankan anak orang.'

***********************************

     "Ain, asal kau senyum-senyum macam kerang busuk ni?" Humaira memandang pelik kawan di sebelahnya. Kena sampuk agaknya.

     "Haihh untungnya kau,Mai. Orang padankan kau dengan si Ridzuan tu. Dahlah kacak, hensem pula tu." Ain tersengih-sengih.

     Humaira mengerut dahi. "Kau ni waras ke tak? Kacak dengan hensem tu sama je maksudnya. Aduh macam tak belajar bahasa Melayu lagaknya."

     "Tahu je. Tapi tak boleh nak describe lain dah. Hensem sangat. Mesti kau banyak haters kat luar sana. Hahahaa." Ain gelak jahat.

     "Kenapa nak kena ada haters? Aku bukannya girlfriend dia ke apa. Lagipun, tak nak lah aku dia tu. Aku nak yang suara sedap. Yang boleh ajar aku mengaji dan nyanyi kat aku setiap hari. Oh sweetnya!" Humaira memandang ke atas. Sedang berimaginasi.

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now