Istikharah

687 105 27
                                    

Humaira menatap skrin telefonnya. Mesej daripada 'unknown' itu dibaca berulang kali.

-Sabtu depan-

Ringkas sahaja namun cukup untuk membuatkan Humaira gundah-gulana setiap masa. Kejadian semalam mula bermain kembali di layar fikirannya.

Jam loceng atas meja dilihat. Pukul 3:46 pagi. Dia tidak dapat melelapkan matanya dari tadi. Pusing sana, pusing sini, tak nak lelap juga.

Perlahan-lahan dia bangkit, tidak ingin mengejutkan tidur sepupunya, Aisyah yang turut berkongsi bilik yang sama. Bergerak menuju ke bilik air.

Sejadah dibentang. Telekung dicapai.

Humaira mula mendirikan solat sunat istikharah. Berserah sepenuh takdirnya kepada Allah SWT, Tuhan yang Maha Mengetahui Segalanya.

Selepas memberi salam, dia mengangkat tangan dan berdoa,

"Ya Allah, sesungguhnya aku meminta petunjukMu dalam pengetahuanMu, aku meminta kekuatanMu dengan kemampuanMu, dan aku mengharapkan daripada kurniaMu yang Agung. Maka sesungguhnya Engkau mampu dan aku tidak mampu, Engkau tahu dan aku tidak tahu dan Engkau Maha Mengetahui segala perkara ghaib.

Ya Allah jika Engkau tahu bahawa pernikahan ini baik bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan natijah urusanku, maka mampukanlah ia bagiku dan permudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah padanya bagiku.

Dan jika Engkau tahu bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan natijah urusanku, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah kebaikan padaku, di mana-mana pun ia, kemudian redhakan lah aku padanya.."

"..aameen.." Kedua tangannya meraup wajah.

**Fyi, doa ini adalah doa khas solat istikharah.. telah diterjemahkan**

Mengerjakan solat istikharah adalah simbolik pergantungan kita kepada Allah, menunjukkan bahawa kita ini adalah hamba Allah yang lemah, yang sangat memerlukan pimpinanNya.

Bila sebut tentang istikharah, rata-rata ramai orang akan fikir istikharah untuk kahwin. Sedangkan ia untuk meminta petunjuk kepada Allah. Petunjuk untuk semua perkara, bukan untuk jodoh semata. Namun dalam kes Humaira ini, dia sememangnya meminta petunjuk untuk jodohnya.

**************

Sekejap sungguh masa berlalu, sedar tak sedar hari ini merupakan hari Jumaat. Dan esok adalah hari di mana Aeril akan mengunjungi rumah Pak Longnya.

Untuk merisik ... ke?

Sepanjang itu juga dia tidak menerima sebarang tanda yang menjawab istikharah nya.

Mimpi? Tiada.

Rasa tenang dengan perancangan kahwin ini? Gelisah adalah.

Hati cenderung untuk terima? Entah.

Hmm bukan jodoh kot.

Yatta!

Humaira senyum sendiri. Tulah, awal sangat untuk dia berkahwin. Perjalanan hidupnya masih nun jauh di sana. Atau entah-entah ajal dahulu yang menjemputnya.

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now