Adik

593 80 12
                                    

Humaira memasukkan buku latihan addmath ke dalam beg. Selepas itu dia memusingkan badan ke kanan, memandang Ain.

"Buat apa tu?" Hairan. Kebiasaannya sebaik sahaja guru matapelajaran terakhir melangkah keluar dari kelas, Ain antara yang terawal bergegas meninggalkan yang lain. Namun bukan pada hari ini.

"Aku tengah senaraikan barang yang perlu aku beli untuk buat kuih raya." Katanya sambil khusyuk menulis.

"Amboi, puasa pun belum dah fikir kuih raya?"

Ain sengih. "Hee, mak aku jual kuih raya. Orang tempah."

"Eh sejak bila? Tak tahu pun."

"Baru tahun ni."

"Ouh.. jadi, lepasni kau terus pergi beli barang ke?"

"Yup, dengan kakak aku. Nak ikut?"

Humaira senyum lebar. "Nak!"

Sebelum itu, dia menghubungi gerangan insan yang sepatutnya menjemputnya hari ini untuk tidak mengambilnya. Kerana kakak Ain akan menghantar Humaira terus ke rumah.

**********


Di pasaraya,

"Ain, aku nak pergi sana kejap tau. Ada nak beli barang sikit."

"Okay." Jawab Ain. Kakaknya membalas dengan anggukan.

Humaira mendekati bahagian permainan dan meneruskan langkah ke arah tempat yang ingin dituju. Sudah lama dia teringin untuk miliki satu benda ni. Tidak pula dia menyatakan keinginannya kepada sesiapa termasuk umi dan abi, kerana dia maklum itu bukanlah barang keperluan ditambah lagi dengan harganya yang agak mahal.

Namun sekarang duit simpanannya sejak kecil sudah mencukupi untuk dia membelinya. O yeah!

Matanya menangkap benda yang dicari. Good! Tinggal satu sahaja di situ. Memang tunggu Humaira beli la ni.

'ahh masih cantik!'

Berwarna kuning oren, besar dan gebu!

Itulah dia Pikachu bermaskot Charizard! Ahh comelnyaaa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Itulah dia Pikachu bermaskot Charizard! Ahh comelnyaaa

Sebaik sahaja Humaira mengangkat tangan, seorang kanak-kanak lelaki dengan pantas mengambilnya terlebih dahulu.

"Huh?" Humaira terkejut.

Mereka berdua kini saling berpandangan. Budak itu memandang Humaira sambil memeluk erat benda tersebut.

"Akak lambat. Saya dapat dulu." Dia menjelir lidah sambil tersenyum jahat.

Humaira berdiri kaku di situ. Matanya masih tidak beralih pada barang yang dipeluk budak itu. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja berlaku.

Melihat Humaira yang tidak memberi reaksi, budak itu terus meninggalkannya.

Huh? Benda yang aku nak sangat dari dulu... dah tak ada? Macam tu je?

Aku, Kau & Dia Where stories live. Discover now