"Hisy! Abang ini! Sempat lagi nak mengatal. Sudahlah! Nanti lambat kita nak pergi rumah papa dan mama abang itu." Senyuman bertukar masam. Syifa cepat meneruskan lipatannya. Zaim menarik nafas dan kemudiannya dia mengambil kunci kereta.

Deruan kereta milik Zaim buatkan Datin Hamimah tersedar dari lamunan. Cahaya dari kereta itu menyuluh di ruangan luar rumah ini. Lantas dia bangun dari sofa dan melangkah ke pintu. Senyuman terukir apabila anaknya membuka pintu kereta untuk isterinya keluar. Romantik betul! Tapi, bagus juga senang dia nak menimang cucu pertamanya nanti.

"Assalamualaikum mama?" Sapaan diberikan kepada Datin Hamimah yang sudah menunggu di ruang tamu utama. Terus Syifa menyambut salam, begitu juga dengan Zaim.

"Walaikumusalam. Datang jugak, ingatkan tak datang?" Soal Datin Hamimah.

"Mestilah datang, mama. Kan Zaim dah janji nak datang." Balas Zaim dengan senyuman terukir.

Mereka kemudiannya duduk di atas sofa. Masa ini, Datin Hamimah memandang muka anak menantunya dan anaknya silih berganti.

"Papa ada dekat atas. Masih rehat lagi." Beritahu Datin Hamimah.

"Papa okey ke mama? Risau jugak Zaim dibuatnya." Yalah siapa tidak risau dengan papanya yang sudah menghidap penyakit jantung.

Datin Hamimah merenung anak mata Zaim. Anak bongsunya adalah harapan mereka sekarang. Kalau diharapkan Aishah, jangan ingatlah nak menjenguk ayahnya yang kini sakit. Dia tahu, Aishah masih belum memaafkan mereka lagi. Walaupun peristiwa itu sudah lama berlaku. Tapi tidak bagi Aishah.

"Papa macam itulah. Tak boleh sibuk, nanti sakit jantung mulalah datang." Jawab Datin Hamimah. Dah puas dia nasihatkan suaminya, tapi macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Nasihat langsung tak didengari. Sudahnya jadi begini.

"Sabarlah mama. Ada masa ini, kita doakan yang baik-baik untuk papa." Syifa memberikan kata-kata semangat. Dia pun tak boleh nak cakap banyak.

Datin Hamimah angguk.

"Syifa macam mana sekarang?" Soal Datin Hamimah kini beralih pada Syifa pula.

"Macam inilah mama. Sihat alhamdulilah." Syifa senyum.

"Bukan itu maksud mama." Kata Datin Hamimah.

"Emmm... maksud mama?" Syifa memandang suaminya di sebelah. Zaim angkat bahu, tanda tidak faham soalan mamanya.

"Syifa dah mengandung?"

Gullppp! Mahu tersedak dibuatnya. Wajah Syifa berubah manakala Zaim sudah terbatuk-batuk.

"Errr... Belum lagi mama." Jawab Syifa perlahan. Matanya tunduk dari memandang Datin Hamimah.

"InshaAllah ada itu nanti. Mama selalu doakan untuk Syifa dan juga Zaim. Mana tahu, minggu depan Syifa mengadung? Siapa tahukan?" Wajah Datin Hamimah sungguh gembira kalau pengharapan yang dicipta menjadi. Syifa sajalah menantu yang boleh diberikan zuriat penyambung keturunan mereka. Kalau nak diharapkan Aishah, dia tak mungkin dapatkan cucu lagi. Arghh... Sudahlah, Aishah pun agaknya sudah melupakan mereka sekeluarga.

"Zaim pun harap macam itu juga mama. Syifa pun katanya tak sabar nak ada anak dengan Zaim, kan sayang?"

Mata Syifa terbuka luas. Tak sangka suaminya berkata sedemikian. Lagi bertambah malu bila Datin Hamimah sudah ketawa kecil. Apa yang lucu agaknya?

"Betul ini, Syifa? Mama gembira sangat. Bolehlah mama dapat cucu cepat." Bukan main suka lagi Datin Hamimah dibuatnya. Zaim juga tidak terkecuali.

Syifa menjeling tajam suaminya. Suaminya sudah ketawa apabila melihat wajahnya yang berona merah menahan malu.

"Emmm... InshaAllah, doakan semuanya dipermudahkan." Kata Syifa masih lagi malu. Zaim terus memeluk isterinya. Kali ini lebih erat.

Senang hati Datin Hamimah melihat pasangan suami isteri itu. Memang tak salah pilihan. Dia seharusnya membiarkan Aishah menentukan siapa bakal suaminya dulu. Kalaulah dia dan suami tak menyuruh Aishah kahwin paksa, pasti Aishah dah bahagia sekarang.

"Mama sentiasa doakan. Anak ini anugerah Allah. Syifa kena jaga baik-baik. Zaim pun sama. Jangan bagi Syifa buat kerja berat-berat." Bebel Datin Hamimah.

"Mama... Syifa tak mengandung lagilah." Kata Syifa menidakkan. Dia tak mahu memberikan harapan yang tinggi.

"Sayang... Sayang kata mual tadikan?"

Melopong mulut Syifa. Bila masa? Melihat suaminya sudah memeluknya lebih erat, mulutnya seakan terkunci. Mengiyakan saja di depan mama.

"Amboi... Tak lama lagi ini." Usik Datin Hamimah. Rasa tak sabar pula nak menimang cucu. Harapnya benih mereka menjadi.

"Esok lepas balik kerja, abang belikan pregnancy test untuk sayang. Nanti sayang check okey? Tak sabar nak ada anak dengan sayang..." Sengaja dia beromantik di depan mamanya. Tanda bahagia. Dia tak mahu mamanya runsing lagi dengan masalah papa. Syifa disebelah terpaksa melayani suaminya.

Datin Hamimah mengeleng kepala melihat mereka berdua. Biarlah, mood mereka masih muda. Akhirnya dia meminta diri untuk naik ke atas.

Masa yang ada, Syifa mencuit tangan suaminya sepuas hati.

"Abang ini! Malu Syifa!" Muka Syifa berubah masam. Kalau tadi bolehlah dia buat muka plastik depan mama.

"Syifa... Abang nak mama happy bila tengok kita happy, ceria, gelak ketawa. Abang tak nak mama sedih lagi. Sayang pun tahukan, mama sayang sangat-sangat dengan papa. Dalam hidup kita ini, mesti ada seseorang yang paling kita sayang, at least keluarga kita. Kan?" Jelas Zaim tak mahu isterinya merajuk.

Air muka Syifa berubah. Tidak lagi masam dan merajuk. Betul juga suaminya cakap.

"Sayang marah lagi?" Soal Zaim mula memujuk.

Syifa geleng. Tapi tetap muka selamba.

"Habis, muka itik ini?"

Syifa berkerut.

"Abang! Sampai hati cakap Syifa itik!" dah mula dah!

"Okey abang gurau aje sayang. Esok, abang belikan pregnancy test untuk sayang eh?"

Bantal kusyen dibaling tepat ke muka suaminya. Geram!

"Abang suka eh bab-bab ini? Syifa tak mengandung lagi! Mual pun tak ada." Tapi entah kenapa tekaknya pula tetiba rasa nak mual. Eh? Tangannya mengurut tekaknya. Yalah! Dia tak tipu. Terus dia bangun.

"Abang mana toilet?" Zaim yang tersengih tadi tetiba terpingga.

"Jalan terus aje, jumpalah toilet. Kenapa sayang? Ada yang tak kena ke?" Zaim juga bangun merapati isterinya. Segera Syifa menolak badan suaminya. Hish! Dia rasa bertambah loya bila berdepan dengan suaminya.

"Abang! Jangan dekat nanti, Syifa muntah dekat baju abang. Dah..." Terus Syifa berjalan laju menuju ke tandas. Dia belum habiskan katanya.

Zaim mencekak pinggang. Kemudian dia senyum. Makbul betul doa mama tadi! tak sia-sia dia bawa Syifa ke sini! Dia menadah tangan sambil tersenyum. Alhamdulilah. Terima kasih Ya Allah.

Suamiku yang aku sayang #SYASМесто, где живут истории. Откройте их для себя