🌸special chapter 3🌸

3.6K 124 2
                                    

"Nenek harap Ziera tak kacau dah Fiyya.Biarlah dia bahagia dengan keluarga dia sekarang.." ujar Puan Rahmah.

Haziera memandang neneknya tidak puas hati.

"Nek,Ziera cakap benda betul.Fiyya tak sepatutnya cari pengganti Hafiey.Dia sepatutnya setia pada Hafiey sorang je.."

"Ziera,semua yang berlaku ni sudah ditetapkan.Kita kena redha.." nasihat Puan Rahmah lagi.

Sungguh dia berasa agak segan dengan sahabatnya,Puan Salmah akan sikap cucunya itu.

"Nek,semua ni berpunca dari suami baru Fiyya tu!Dia punca Hafiey meninggal!Klau tak sebab dia bawa Hafiey ke Desari,semua ni takkan berlaku!"

Safiyya yang berada di luar rumah terdengar perbualan antara cucu dan nenek itu.

"Ehh,Fiyya?Buat apa kat luar ni?" soal Puan Hasya terkejut melihat bekas menantunya yang berada di luar rumah.

"Erm..Fiyya nak bagi lauk ni je.Nenek suruh bagi kat ibu sekeluarga.."

"Ohh,naik lah duduk.Boleh kita sembang-sembang.." ajak Puan Hasya.

"Tak pe,Fiyya sekejap je ni.." tolak Safiyya.

"Tak payah susah-susah lah,ibu.." sampuk Haziera.

"Ibu nak ke dapur dulu.Takut ayam dalam kuali tu hangus pulak.." ujar Puan Hasya kemudian berlalu ke dapur.

Sempat Safiyya bersalam dengannya.Baru sahaja Safiyya ingin berlalu pergi dari situ,langkahnya dihalang Haziera.

"Aku tak habis lagi nak cakap dengan kau ni.."

"Kak Long nak cakap apa?Fiyya kena balik ni.Takut Fawwaz.."

Belum sempat Safiyya menghabiskan kata-katanya,Haziera sudah memotong.

"Fawwaz apa?Risau?Huh..aku tak faham betul dengan kau ni.Kau ni jenis mainkan perasaan orang ke?Kenapa kau kahwin dengan Hafiey?Nak balas dendam sebab tak dapat bersama dengan Fawwaz kau tu?Kotor betul taktik kau kan?"

"Kak Long,saya kahwin dengan Hafiey tak de kena mengena dengan Fawwaz.Saya ikhlas terima Hafiey sebagai suami saya.." balas Safiyya.

"Ikhlas?Kau faham ke erti ikhlas?Fiyya,aku just nak ingatkan kau.Aku nak kau ingat balik siapa yang tolong kau masa kau susah dulu.Siapa yang ada waktu kau perlukan seseorang untuk ada dengan kau masa kau sedih?Tanya hati kau.."

Safiyya memandang bekas kakak iparnya itu.Dalam fikirannya muncul wajah arwah Hafiey.

Haziera tersenyum puas dapat meracuni fikiran Safiyya.

"Fiyya minta diri dulu.."

Safiyya segera beredar dari situ.Sampai sahaja di rumah,kelihatan Fawwaz Rizqi sedang mendukung Syaqira sambil dan bermain dengan Safira di ruang tamu.

Dia terus masuk ke dalam bilik.Langsung tidak menegur tiga beranak itu.

Di dalam bilik,air matanya tiba-tiba deras jatuh membasahi pipinya.

Adakah selama ini dia salah membuat keputusan?Salahkah dia mahu bahagia bersama dengan orang yang dicintainya?

Wajah Hafiey kembali menjengah dalam fikirannya.

🌸🌸🌸

Fawwaz Rizqi duduk di birai katil sambil memerhati isterinya yang sedang menidurkan Syaqira di dalam buaian.

Setelah Syaqira lena,Safiyya segera menuju ke katil.

"Lama kau kat rumah Nek Rahmah?Buat apa?" soal Fawwaz Rizqi.

"Tak de apa.Borak je.." balas Safiyya.

"Ohh,Kak Long ada cakap pape tak?"

"Tak de.Erm..aku nak tolong nenek kat dapur kejap.Kau rehatlah.."

Safiyya segera keluar dari bilik itu.Fawwaz Rizqi mula curiga dengan reaksi isterinya itu.Pasti ada sesuatu yang telah berlaku.

Puan Salmah yang sedang menyediakan minuman petang sedikit terkejut dengan kehadiran cucunya.

"Fiyya ni.Terkejut nenek.."

"Sorry.."

Melihat riak wajah Safiyya yang agak berlainan,Puan Salmah mula mengagak yang Safiyya mungkin mempunyai masalah.

"Fiyya kenapa ni?Gaduh dengan Fawwaz?"

"Mana ada Fiyya gaduh dengan Fawwaz.Kitaorang okay je.."

"Nenek kenal cucu nenek.Kalau tak gaduh dengan Fawwaz,mesti ada masalah kan?" duga Puan Salmah.

Safiyya sedikit mengeluh.

"Nek,salah ke apa yang Fiyya buat?"

"Apa yang Fiyya buat?"

"Fiyya kahwin dengan Fawwaz?Salah ke nek?"

"Fiyya,sepatutnya soalan tu Fiyya tanya waktu sebelum Fiyya jadi isteri yang sah pada Fawwaz.Bukan sekarang.Fiyya dah ada Qira tau?Tak baik cakap macam ni.Kecil hati Fawwaz kalau dia dengar.."

Fawwaz Rizqi sudahpun mendengar perbualan antara mereka.Dia mengekori Safiyya secara perlahan-perlahan supaya isterinya itu tidak tahu.Dia bersembunyi di balik tiang dapur itu.

"Fiyya keliru.Fiyya takut apa yang Fiyya buat selama ni salah.."

"Fiyya,nenek tak tahu siapa yang dah racuni fikiran Fiyya.Nenek tahu ni kelemahan Fiyya.Mudah percaya dengan kata-kata.Buang segala perasaan was-was tu.Fawwaz,Qira dengan Fira adalah kebahagiaan Fiyya sekarang ni.." ujar Puan Salmah cuba menasihati cucunya.

"Fiyya cuba,nek.."

Fawwaz Rizqi segera beredar dari situ.Dia meraup wajahnya.

'Mungkin ni semua salah aku,Fiey.Kalau aku tak jujur dengan kau waktu tu,semua ni takkan berlaku tapi sekarang ni Fiyya dah jadi tanggungjawab aku.Aku akan cuba sedaya upaya aku untuk bahagiakan dia..' getusnya.



Maybe special chapter ni ada 10 bab.X pon 8.I'm not sure.Btw,enjoy okay?😍

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now