🌸bab 59🌸

3.5K 114 5
                                    

Atas permintaan Puan Suraya,Safiyya dipindahkan ke HKL.Kini,Safiyya di bawah jagaan Arisya.

"Risy,Risy buat lah apa pon asalkan Fiyya sedar.Mama tak sanggup tengok Fiyya macam ni.." ujar Puan Suraya.

"Insya-Allah,ma tapi Risy tak berani jamin apa-apa.Kita berserah je pada Allah.." kata Arisya.

Dia memandang ke arah Safiyya yang masih terlantar di atas katil itu.

"Risy minta diri dulu lah.." ujarnya sambil menyalam Puan Suraya.

Puan Suraya menganggukkan kepalanya.Setelah itu,wajah pucat anaknya dipandang lama.

"Fiyya takkan tinggalkan mama kan?" soal Puan Suraya seorang diri.

"Fiyya kuat kan?Mama tahu anak mama yang ni kuat.Sangat kuat.."

Air mata Puan Suraya perlahan-lahan jatuh membasahi pipi.Dia pantas mengesat air mata itu.

"Fiyya akan maafkan mama kan?Maafkan mama,sayang.Mama banyak salah pada Fiyya.Mama minta maaf.."

🌸🌸🌸

Fawwaz Rizqi pulang ke rumah setelah tiga hari menghadiri kursus.

Dia sudah sedia maklum dengan kejadian yang terjadi pada Safiyya tempoh hari.Terkejut juga dia mendengar cerita itu.

"Fawwaz,terkejut nenek.." ujar Puan Salmah.

Fawwaz Rizqi hanya senyum sebelum menyalam Puan Salmah.

"Dah lama ke nenek sampai?"

"Dah sehari duduk sini.Tu pon mama kamu yang ajak.Ye lah,Fiyya kan dah dipindahkan ke HKL.Geram betul nenek dengan Lysa dan Bella tu.Nasib dia tak buat apa-apa pada Sofi.."

"Sofi mana nek?" soal Fawwaz Rizqi sambil matanya meliar mencari kelibat isterinya.

"Ada dalam bilik tu.Kitaorang baru balik lawat Fiyya.Nenek suruh dia rehat.Mama jaga Fiyya malam ni.."

"Teruk ke keadaan Fiyya?"

Fawwaz Rizqi ingin sahaja menampar mulutnya.Entah bagaimana soalan itu boleh terkeluar.

Kenapa dia seakan risau keadaan perempuan itu?

Puan Salmah memandang lama ke arah cucu menantunya sebelum menjawab pertanyaan Fawwaz Rizqi.

"Fawwaz risaukan Fiyya?" duga Puan Salmah.

Fawwaz Rizqi menelan air liurnya.Tengkuknya digosok-gosok perlahan.

"Err..nenek jangan salah faham.Fawwaz cuma nak tahu je.."

"Fiyya masih belum sedarkan diri.."

"Ohh..erm tak pe lah,nek.Fawwaz naik dulu nak tengok Sofi.." ujar Fawwaz Rizqi sebelum berlalu naik ke bilik.

Pintu bilik dibuka perlahan.Kelihatan Sofiyya sedang berdiri di balkoni bilik.

"Sayang buat apa tu?" ujar Fawwaz Rizqi.

"Abang?Abang dah lama sampai ke?Kenapa tak bagitahu Sofi yang abang balik hari ni?" kata Sofiyya sambil mendekati suaminya.

Fawwaz Rizqi tersenyum.

"Saja.Terkejut tak sayang?"

"Mestilah Sofi terkejut.Abang ni suka bagi Sofi terkejut.."

"Sorry.Abang nak mandi jap lepas tu kita sambung borak ehh?"

Fawwaz Rizqi berdiri kemudian mencapai tuala mandi dan berlalu masuk ke dalam bilik air.

Setelah hampir 20 minit di dalam bilik air,dia keluar.Setelah selesai memakai pakaian,dia beredar ke meja solek isterinya.

Rambutnya yang masih basah dirapikan.Sofiyya hanya memerhati.

"Abang.."

"Ye?"

"Sofi risaukan ayong.Ayong still dalam keadaan koma.."

Fawwaz Rizqi meletakkan sikat yang dipegangnya.Dia mendekati isterinya.

"Sayang,semua orang risaukan pasal Fiyya.Kita sama-sama doa supaya Fiyya cepat sedar.Okay?"

Sofiyya menganggukkan kepalanya.

"Abang dah makan?"

"Belum lagi.."

"Jom turun.Sofi siapkan makanan kejap.."

Sofiyya dan Fawwaz Rizqi berlalu turun ke bawah.Kelihatan makanan sudah siap dihidangkan.

"Fawwaz,Sofi,jom makan sekali.Nenek dah siapkan ni.." kata Puan Salmah.

Mereka bertiga mengambil tempat masing-masing.Tiba disaat itu,Puan Suraya turun ke bawah.

"Ma?Bila mama balik?" soal Sofiyya yang nyata terkejut dengan kehadiran mamanya.

Pelik juga dia dengan mamanya. Sebelum mereka pulang tadi,Puan Suraya ada mengatakan yang dia ingin menemani kakaknya malam ini.

"Malam karang mama pergi semula.Fawwaz pulak,bila sampai sini?"

"Baru je ma.." balas Fawwaz Rizqi.

"Dah lah berborak.Sekarang ni kita makan dulu.Lepas makan,kita sambung borak.." kata Puan Salmah.


Sorry ye yg menunggu update mlm td😔😅

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now