🌸bab 19🌸

3.7K 137 3
                                    

Setelah 3 hari berkhemah,mereka mula mengemas barang-barang untuk pulang.

"Huh!Naik bas pon lembablah kau ni,Fiyya!" ujar Lysa Qyrina sambil menolak kasar bahu Safiyya.

Nasib baik Safiyya tidak terdorong.Apalah masalah pompuan itu?

Ada saja ketidakpuas hatinya terhadap Safiyya.Safiyya mengambil tempat di tepi tingkap.

"Fiyya,aku tak nak balik lagi.Nak duduk sini lama-lama.Tak puas lah.." kata Natalia.

"Meh,aku cakap kat cikgu suruh tinggalkan kau kat sini.." balas Safiyya.

"Kau ni.Kita tinggal berdualah kat sini.."

"Tak nak aku.Kau nak,kau ajak Risya dengan Farhana.Aku tak nak.."

"Kau ni.Gurau sikit pon tak boleh.."

Natalia mengambil air mineral yang dipegangnya lalu diminum.Safiyya pula hanya memandang permandang di luar tingkap itu.

🌸🌸🌸

Mereka bertiga sampai di rumah.Masing-masing kelihatan penat.

"Macam mana kem?Okay?" soal Puan Suraya ingin tahu.

"Mama dari mana ni?" ujar Sofiyya.

"Mama dengan daddy dari hospital.Lawat papa.."

"Lawat papa?Kenapa dengan papa?!"

Suara Safiyya sedikit meninggi apabila terdengar berita tentang papanya.

"Papa kena tahan wad.."

"Fiyya nak pergi lawat papa.Mesti papa perlukan teman.Fiyya nak jaga papa malam ni.." nekad Safiyya sebelum melangkah ke pintu utama namun dihalang Puan Suraya.

"Tapi Fiyya kan baru je balik.Mesti Fiyya penatkan?"

"Tak pe,ma.Apalah yang penatnya klau nak dibandingkan dengan keadaan papa.Fiyya pergi dulu.."

Tangan mamanya disalam penuh hormat.

"Tak pe,ma.Fawwaz pergi sekali.."

"Kalau macam tu,Sofi pon nak ikutlah.Sofi pon nak jenguk papa.."

Sofiyya dan Fawwaz Rizqi mengikuti langkah Safiyya.

Mereka bertiga menaiki kereta Vellfire milik Tengku Raziq.

Sampai sahaja di hospital,Safiiya segera menuju ke kaunter pertanyaan dan melangkah ke arah bilik yang diberitahu nurse itu.

"Papa!Macam mana boleh jadi macam ni?!" ujar Safiyya apabila pintu bilik yang menempatkan papanya ditolak kasar.

Encik Nizam hanya tersenyum melihat anaknya.

Tidak lama kemudian,Sofiyya dan Fawwaz Rizqi pula masuk.

"Fawwaz dengan Sofi pon ada sekali?" kata Encik Nizam.

"Ye,uncle.Uncle apa khabar?Okay?" kata Fawwaz Rizqi ramah.

"Kau nampak papa aku okay ke klau dah duduk dalam bilik macam ni?" ujar Safiyya sinis.

"Fiyya,tak baik cakap macam tu.Fawwaz,maafkan anak papa ye.."

"Tak pe,uncle.Saya tak ambil hati pon.."

"Apa pulak uncle?Fawwaz panggil je papa.Erm,Fawwaz dengan Sofi ni ada pape ke?"

"Ada pape apa,papa?" kata Sofiyya pelik.

"Mana lah tahu.Nanti dah habis sekolah boleh kahwin.."

Safiyya hanya mendengar.Malas nak ambil port.

"Papa ni merepek je.."

"Apa salahnya?"

Sofiyya dan Fawwaz Rizqi berpandangan sesama sendiri.

"Fiyya,Fiyya tak nak cari sorang ke?Mana tahu umur papa tak panjang.Tak de siapa pulak yang jagakan puteri manja papa ni.." kata Encik Nizam seakan bergurau walaupun itulah hasratnya sebelum dia menutup mata.

Kata doktor,penyakitnya sudah berada di tahap kritikal.

"Lambat lagi,papa.Fiyya kalau boleh nak habiskan study dulu.Buat apa cari pasangan hidup kalau Fiyya masih ada papa yang boleh jaga Fiyya?Fiyya janji,lepas Fiyya habis SPM,Fiyya akan duduk dengan papa.." nekad Safiyya.

"Fiyya ni.Sekarang memanglah papa ada,tapi nanti papa dah tak de,Fiyya macam mana?"

"Papa ni.Fiyya tak suka lah papa cakap macam ni.Kalau boleh,Fiyya nak Fiyya yang pergi dulu.."

"Fiyya ni merepek.."

Sofiyya dan Fawwaz Rizqi hanya mendengar perbualan dua beranak itu.

"Fiyya janji dengan papa tau,kalau papa dah tak de nanti,Fiyya akan jaga mama.Duduk dengan mama.Sofi pon sama.." pesan Encik Nizam.

"Okay,papa.Sofi ingat pesan papa.." balas Sofiyya.

"Fiyya?Fiyya dengar tak pesan papa ni?"

"Okay.." kata Safiyya malas.

"Fawwaz,Fawwaz jaga anak-anak dara papa tau.."

Fawwaz Rizqi mengangguk faham.

Mereka bertiga pulang setelah agak lama berada di hospital.Ikutkan hati Safiyya tidak mahu pulang namun dihalang papanya.

Encik Nizam tidak mahu anak sulungnya itu tahu tentang penyakitnya.











DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now