🌸bab 1🌸

17.1K 258 13
                                    

Safiyya duduk di atas sejadah setelah selesai menunaikan solat subuh.

Dia teringat seketika kata-kata mamanya semalam.

Flashback

"Fiyya,sini kejap.." ujar Puan Suraya.

"Ada apa,ma?" soal Safiyya sambil duduk di sofa berhadapan dengan mamanya.

"Mama akan kahwin dengan Tengku Raziq tak lama lagi.Fiyya okay kan?"

"Hah?No way,mama!Fiyya takkan setuju!Fiyya dah ada mama dengan papa.Kenapa nak ada orang lain masuk dalam keluarga kita?!"

Sungguh Safiyya tidak merelakan mamanya untuk berkahwin dengan lelaki lain selain papanya.

Walaupun mama dan papanya sudah lama berpisah,dia tetap mahukan mama dan papanya sahaja.

Tidak mungkin dia boleh menerima lelaki lain menggantikan tempat papanya.

Kenapa mamanya seakan mudah berubah hati?Kenapa mamanya tidak boleh menerima papanya kembali?Apa salah papanya pada mamanya?Besar sangatkah kesalahan papanya?

"Fiyya,mama dengan papa dah lama bercerai.Tolonglah faham mama.." kata Puan Suraya.

"Ma!Hidup Fiyya dah cukup sempurna dah kalau mama dengan papa kembali bersama.."

Safiyya menuju naik ke biliknya.Pintu biliknya dihempas kuat.

End flashback

Setelah itu,dia bersiap-siap untuk ke sekolah.Dia menyarung tudung sekolahnya yang berwarna putih itu.

Kemudian,dia turun ke bawah untuk bersarapan.

"Fiyya,Fiyya nak apa?Biar mama buatkan.Nak nasi goreng?Ke nak roti sandwich?"

"Tak pe,ma.Fiyya ada tangan.Fiyya boleh buat sendiri.Nanti Fiyya sendiri jugak kan?" ujar Safiyya sinis.

Puan Suraya hanya mempamirkan senyuman.

"Fiyya,mama minta maaf pasal semalam.Mama.."

Belum sempat Puan Suraya menghabiskan kata-katanya,Safiyya segera memotong.

"Tak pe,ma.Okaylah,Fiyya nak gerak dah ni.Dah lambat.."

Safiyya menyalam mamanya dan beredar ke luar rumah.

Dia sampai di perkarangan sekolah.

"Fiyya!"

Safiyya menoleh ke belakang.Tiga orang sahabat rapatnya berdiri elok di belakangnya.

"Kenapa ni?Monyok je.Orang datang sekolah happy-happy,kau monyok semacam je.." ujar Natalia.

"Ha'ah lah,Fiyya.Kenapa ni?" soal Arisya pula.

"Aku okay je.Nanti jelah aku cerita.Kita pergi tapak perhimpunan dulu,okay?" kata Safiyya sambil cuba buat-buat ceriakan dirinya.

Mereka berempat berlalu ke tapak perhimpunan.

🌸🌸🌸

Setelah selesai perhimpunan,mereka dibenarkan masuk ke dalam.

Safiyya hanya termenung sambil tangannya membelek-belek buku di hadapannya itu.

"Fiyya,are you okay?" soal Farhana.

"Aku okay je.Tak de apalah.."

"Kau tak cerita pon lagi masalah kau kat kitaorang.Apa yang jadi sebenarnya?" kata Natalia.

"Erm.."

Baru sahaja Safiyya ingin memulakan cerita,Puan Raihana masuk ke dalam kelas bersama seorang pelajar lelaki.Murid baru lah tu.

Setelah memberi salam dan membaca doa,semua pelajar tertumpu ke arah pelajar lelaki itu.

"Dah-dah lah tenung anak teruna orang.Okay,hari ni kelas kita ada murid baru.So,sila perkenalkan diri kamu.." ujar Puan Raihana.

"Nama aku Fawwaz Rizqi bin Raziq.Panggil aku Fawwaz je.Tu jelah kot.."

Semua pelajar ketawa.

"Erm,Fawwaz.Kamu boleh duduk sebelah Aqeef.Okay,sekarang kita teruskan dengan karangan.Buku latihan karangan.."

Fawwaz Rizqi beredar ke arah Aqeef.Tidak sangka dia boleh sekelas dengan Aqeef iaitu sepupunya.

Setelah satu jam belajar subjek bahasa melayu,kedengaran loceng berbunyi menandakan waktu rehat.

"Okay,kelas.Karangan tu hantar hari Rabu.Semua boleh pergi rehat.." kata Puan Raihan.

Semua pelajar keluar dari kelas.Safiyya dan gengnya turut keluar dari kelas.

Mereka tiba di meja makan setelah membeli.

"Fiyya,ceritalah.." kata Arisya.

"Aku rasa tak sesuai nak cerita kat sini.Nantilah aku cerita.Lagipon benda tu tak penting pon.." ujar Safiyya malas.

"Lah,pulak dah?Erm..korang,Fawwaz tu hensem kan?" kata Natalia.

"Ha'ah lah.Hensem betul.Aku yakin dia tu anak orang kaya.Tengok gaya pon tahu.." kata Farhana pula.

"Hurm..pape je lah.."

Setelah beberapa minit rehat,mereka masuk ke dalam kembali.

Teaser

"Fiyya,kenalkan ni Tengku Raziq.Ni anak dia,Fawwaz.." ujar Puan Suraya.

Mata Safiyya memandang ke arah anak Tengku Raziq.Sungguh dia tidak percaya.

"Kau?"

Mereka berdua tersentak.

🌸🌸🌸

"Mama ni kenapa hah?Kenapa mama buat Fiyya macam ni?Apa salah papa kat mama?Besar sangat ke?!"

"Fiyya,mama merayu pada Fiyya.Urusan mama Fiyya tak payah sibuk.Mungkin jodoh mama dengan papa sampai situ je.Terima Tengku Raziq,ehh?" pujuk Puan Suraya.

"Never,ma!Fiyya takkan terima orang luar masuk dalam keluarga kita.Sampai bila-bila!Kalau mama kawin jugak dengan Tengku tu,Fiyya bunuh diri!" nekad Safiyya.

Safiyya berlari ke luar rumah.Air matanya makin deras jatuh.




DIA Bidadari Di HatikuOnde histórias criam vida. Descubra agora