🌸bab 30🌸

4K 126 2
                                    

Safiyya turun dari biliknya.Kelihatan Fawwaz Rizqi sedang bersarapan di meja makan.

"Aku setuju kahwin dengan kau.." ujar Fawwaz Rizqi tatkala melihat Safiyya yang sedang menarik kerusi itu.

Tercengang Safiyya mendengar kata-kata lelaki itu.Dia memandang pelik ke arah Fawwaz Rizqi.

Hari itu cakap lain,hari ini cakap lain pula?

"Aku setuju pon sebab mama.Kalau bukan sebab mama,tak ingin aku beristerikan kau!" kata Fawwaz Rizqi seakan faham apa yang bermain di kepala Safiyya.

Puan Suraya yang baru muncul duduk di sebelah Safiyya.

"Lepas ni bolehlah korang cari barang pertunangan.." cadang Puan Suraya.

"Mama faham korang tak nak kahwin lagi.That's why mama nak korang bertunang dulu.Lepas habis study,korang kahwinlah.." sambung Puan Suraya lagi.

Safiyya dan Fawwaz Rizqi hanya diam.

🌸🌸🌸

Majlis pertunangan Safiyya dan Fawwaz Rizqi diadakan.Saudara mara belah keluarga Puan Suraya turut hadir.

Rakan-rakan rapat Safiyya dan Fawwaz Rizqi juga turut hadir.

Cincin pertunangan disarungkan di jari manis Safiyya.Para tetamu tersenyum.

Sofiyya yang berada di sebelah kakaknya hanya memerhati.Cincin yang dipakai kakaknya dipandang.Dia seakan pernah melihat cuma dia tidak berapa ingat di mana dia melihat cincin itu.

Setelah selesai sahaja majlis pertunangan,Safiyya masuk ke dalam bilik.

Dia tidak percaya statusnya kini telah berubah.Dia telah menjadi tunangan orang.

"Papa,Fiyya dah bertunang.." ujarnya sendirian.

Tiba disaat itu,fonnya berbunyi.

Arisya

Tahniah beb😁

Semoga menjd isteri yg solehah😉

X sangka ko ngan Fawwaz berjodoh😭

Nk jugak😝

Sorry..

X dpt dtg majlis ko😅😅

Safiyya tersenyum membaca whatsapp dari Arisya.

Tidak lama kemudian,Natalia pula menghantar whatsapp kepadanya.

Natalia

Congratulations my bestfriend😅

Aq doakan ko bahagia ngan Fawwaz😍

Jeles aq ngan ko ni😭

Ko doakan aq dpt 'tengku' jugak ehh😉😉

Sekali lagi Safiyya tersenyum.Ada-ada saja sahabat-sahabatnya itu.

"Fiyya.." tegur Farhana di muka pintu.

"Ada apa?"

"Boleh aku masuk?"

"Masuk jelah.Sejak bila pandai mintak izin ni?Selalunya main redah je.." perli Safiyya.

"Mummy aku lah ajar.Mummy aku kata kena minta izin sebelum masuk bilik orang.."

"Ohh,habis sebelum-sebelum ni kenapa tak minta izin?"

"Tu sebab aku tak matang lagi.." kata Farhana sambil tersengih.

"Banyak lah kau.."

Farhana duduk di sebelah Safiyya.Dia memandang cincin yang tersarung di jari manis sahabatnya.

"Tak sangka,sahabat aku sorang ni dah jadi tunang orang.."

"Hurm..kau rasa Fawwaz boleh terima aku?Ye lah,aku kan penyebab Tengku Raziq meninggal.."

"Fiyya,aku yakin satu hari nanti Fawwaz akan terima kau,sayang kau dan yang paling penting,dia akan mencintai kau sepenuh hati dia.." pujuk Farhana.

Safiyya hanya diam.Ye ke Fawwaz Rizqi akan mencintai dia?

Dia sendiri tidak tahu apa perasaan dia terhadap lelaki itu.Dia mengaku dulu dia membenci lelaki itu sama seperti dia membenci Tengku Raziq.

Namun sekarang,dia tidak pasti adakah perasaan benci itu masih ada ataupun tidak.

"Okaylah,Fiyya.Aku balik dulu ehh?Kau tukar lah baju.Takkan nak pkai baju tunang ni sampai esok pulak?Tahu lah dapat tunang hensem.." ujar Farhana sambil berdiri.

"Kau masuk sini semata-mata nak cakap ni je?" kata Safiyya pelik.

"Ye lah,dah kau terperuk je dalam bilik.Aku pon rajinkan diri aku untuk jenguk kau.."

"Ishh,jom lah aku hantar kau kat bawah.."

Mereka berdua keluar dari bilik.Apabila tiba di bawah,semua mata memerhati ke arah mereka berdua.

"Mama,Farhana balik dulu ye.." ujar Farhana.

"Nak balik dah?"

"Ha'ah.."

"Ye lah,hati-hati.." pesan Puan Suraya.

Mereka berdua melangkah keluar dari rumah.Kebetulan Fawwaz Rizqi dan sahabat-sahabatnya berada di luar rumah.

"Lawanya Fiyya.." puji Hykarl Arriz.

"Kau ni.Jeles Fawwaz nanti.." ujar Riezq Farhan.

Fawwaz Rizqi hanya mendengar.Sempat dia memandang tajam ke arah tunangnya.

"Aku balik dulu ye.." kata Farhana.

"Okay,hati-hati.."

Farhana dan Safiyya bersalaman dan berpelukan sesama sendiri.

Safiyya memerhati Farhana masuk ke dalam kereta.

Setelah itu,dia berjalan masuk ke dalam rumah.

Yeah,dah tunang!😂Tapi..kekal ke pertunangan dorg hingga ke jinjang pelamin?😉Stay tuned😍😍

DIA Bidadari Di Hatikuजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें