🌸bab 4🌸

4.9K 192 19
                                    

"Nurul Safiyya.."

Safiyya memandang gerangan yang memanggilnya.Ternyata lelaki itu yang memanggilnya.

"Macam mana kau tahu nama penuh aku?" soalnya pelik.

Fawwaz Rizqi sekadar tersenyum nakal.

"Kita kan bakal jadi adik-beradik,mestilah aku tahu nama penuh kau.Senanglah nanti aku nak akad nikah kan?"

Sengaja dia mengusik gadis itu.Safiyya menjelingnya.

"Apa kena mengena kita jadi adik beradik dengan akad nikah pulak ni?Siapa tah nak kawin dengan kau.Aku takkan kawin dengan anak perampas!"

Terus mati senyuman Fawwaz Rizqi.Dia kembali dengan muka seriusnya.

"Safiyya,yang kau cakap tu daddy aku.Aku tak suka kau cakap macam tu kat daddy aku.Aku tak nampak salah pon kalau daddy aku kahwin dengan mama kau.."

"Huh..memanglah senang kau cakap.Aku nak tanya kau,mummy kau mana?Cuba kau klau mummy kau yang nak kawin sedangkan daddy kau masih ada.Apa kau rasa?Mestilah kau nak tengok dorang bersama balik kan?Itu yang yang aku nak.Tapi daddy kau dah hancurkan semuanya!"

"Okay,aku pulak nak tanya kau.Kau tak sayang mama kau ke?Mama kau yang dah mengandungkan kau,yang dah lahirkan kau dan yang dah besarkan kau.Mama kau sanggup buat saja untuk kau.Mama kau sikit pon tak pernah merungut.Tapi bila mama kau buat keputusan nak kahwin,kau bantah.Kenapa?Kenapa kau tak boleh terima apa yang mama kau nak buat?Tak salahkan klau kita happykan ibu bapa kita?"

"Dah lah,kau tak payah nak nasihatkan aku.Aku tak perlukan nasihat kau.." kata Safiyya dengan angkuhnya walaupun dia terkesan sebenarnya dengan kata-kata lelaki itu.

Dia beredar dari situ.Sudahlah dia dan lelaki itu sahaja yang berada di dalam kelas memandangkan semua pelajar sudah pulang.Nanti tidak pasal-pasal dituduh berzina pula.

Dia sampai di rumah.Kelihatan mamanya sedang duduk di ruang tamu.

"Fiyya.."

Langkah Safiyya terhenti.Dia memandang ke arah mamanya.

"Malam ni kita keluar makan dengan Tengku Raziq tau.." kata Puan Suraya.

"Keluar makan?Ma,kalau mama nak keluar makan,mama pergi jelah.Tak perlu lah ajak Fiyya.Lagipon Fiyya malas nak keluar dengan orang asing.Perampas pulak tu!"

Puan Suraya menampar anak gadisnya.Tangannya bergetar menahan amarah yang sedang membuak-buak.

"Fiyya,kenapa biadap sangat kamu ni?Mama tak pernah ajar tau anak-anak mama biadap.."

"Ohh,mama nak cakap papa lah yang ajar Fiyya biadap?Macam tu?Disebabkan orang asing tu,mama tampar Fiyya?!Fiyya benci mama!"

Safiyya berlari masuk ke dalam bilik.Air matanya jatuh.

Dia memegang pipinya yang terasa perit.

🌸🌸🌸

Malam itu,Puan Suraya dan Sofiyya bersiap untuk makan malam bersama Tengku Raziq.

Puan Suraya mengetuk pintu bilik anak sulungnya.

"Masuk jelah.Pintu tak kunci.." kata Safiyya.

Puan Suraya masuk ke dalam.

"Fiyya tak nak ikut?" soalnya.

"Tak nak.."

"Tapi mama tak masak pape untuk malam ni.Fiyya tak lapar ke?Nanti Fiyya sakit macam mana?"

"Kalau Fiyya mati sekali pon,belum tentu mama ambil berat pasal Fiyya.."

"Ayong!Kenapa cakap macam tu kat mama?" tegur Sofiyya yang baru muncul di dalam bilik kakaknya.

Safiyya hanya diam.Dia mengambil bantal lalu menutup mukanya dengan bantal.

"Fiyya,mama dengan Sofi pergi dulu.." ujar Puan Suraya.

Puan Suraya memandu keretanya.Sofiyya hanya diam.

Mereka sampai di sebuah restoran.Kelihatan Tengku Raziq dan Fawwaz Rizqi sedang menunggu mereka.

"Sorry,kami lambat.Ada hal tadi.." ujar Puan Suraya.

"Berdua je?Fiyya mana?" soal Tengku Raziq.

"Erm..dia kat rumah.Ada homework katanya.."

Fawwaz Rizqi dan Sofiyya membalas senyuman.Masing-masing hanya diam.

"Orderlah.Saya belanja.." kata Tengku Raziq.

Setelah beberapa jam,makan malam bersama,mereka meninggalkan restoran itu.

Sampai sahaja di rumah,Puan Suraya dan Sofiyya masuk ke dalam rumah.

Kelihatan Safiyya sedang terbaring lemah di atas lantai ruang tamu itu.

"Ya Allah,Fiyya!" kata Puan Suraya tatkala terlihat anaknya itu.

"Ma,apa kita nak buat ni?" ujar Sofiyya yang turut cemas dengan keadaan kakaknya itu.

"Kejap,mama call Tengku Raziq.."

Panggilan disambungkan.

Tidak lama kemudian,Tengku Raziq dan Fawwaz Rizqi sampai.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" kata Tengku Raziq.

"Apa kita nak buat ni?" kata Puan Suraya panik melihat keadaan anaknya yang tidak bermaya itu.

"Fawwaz,angkat Fiyya.Kita pergi hospital.." arah Tengku Raziq.

Fawwaz Rizqi tiada pilihan lain.Dia menuruti kata daddynya.Mereka semua berlalu ke hospital.

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now