🌸bab 80🌸

4.2K 149 13
                                    

Setahun kemudian,

Hujan yang turun membasahi bumi seperti itu juga air mata yang membasahi wajah Safiyya.

Sepanjang setahun ini,hidupnya bagaikan tidak tentu arah.Hampir setiap hari menangis.Menanti kepulangan suaminya.

"Fiyya,makan sikit.." ujar Puan Suraya sambil menatang dulang yang berisi nasi goreng dan gelas yang berisi air masak.

"Tak pe lah,ma.Fiyya tak de selera.." tolak Safiyya perlahan.

"Janganlah macam ni.Fiyya kena makan.Mama rindu Fiyya yang dulu.Yang ceria.Yang happy.Yang.."

"Fiyya yang mama cakap tu dah mati!" pintas Safiyya.

"Ya Allah,Fiyya.Cuba istighfar!Kamu ni cakap macam tak de agama!" marah Puan Suraya.

Safiyya menahan air matanya yang ingin jatuh.

"Mama keluar dulu lah.Makan,jangan nak layankan sangat perasaan tu.." pesan Puan Suraya.

Puan Suraya berlalu keluar dan menutup pintu anaknya.Dia berlalu ke tingkat bawah.

Safiyya hanya memandang makanan yang berada di tepi katilnya.Sungguh dia tidak mempunyai selera.

Frame gambar perkahwinannya dengan Hafiey ditatap lama.Kenapa tinggalkan dia sendirian di sini?

🌸🌸🌸

Di ruang tamu itu,kelihatan suasana agak tegang.

"Fiyya,mama nak Fiyya mulakan hidup baru.Mama tak nak tengok anak mama macam ni.Fiyya satu-satunya anak yang mama ada.."

Puan Suraya menelan air liurnya sebelum meneruskan kata-katanya.

"Jika dulu mama dah pisahkan Fiyya dengan Fawwaz,sekarang ni,bagi mama satukan korang semula.."

"Fiyya tak nak..." ujar Safiyya sambil menjeling ke arah Fawwaz Rizqi.

Benci dia melihat wajah itu.Wajah yang telah menyebabkan suaminya meninggal dunia!

"Fiyya,please.Tak baik meratapi Hafiey macam ni.Dah hampir setahun Hafiey tinggalkan kita.Mama nak tengok Fiyya bahagia.."

Safiyya tersenyum sinis.

"Bahagia?Mama ingat dia boleh bagi kebahagiaan pada Fiyya ke?"

Puan Suraya cuba mengawal amarahnya.

"Fiyya,tu mama kau lah.Cuba hormat sikit.." tegur Fawwaz Rizqi.

"Mesti kau suka kan,Fawwaz?Ye lah,aku dah terseksa.Aku dah tak de apa-apa.Aku dapat rasa kebahagiaan tu seminggu je.Tapi tak pe,aku redha.Kalau mama nak Fiyya kahwin dengan dia ni,baik.Fiyya setuju.Buatlah apa yang semua orang rasa terbaik.."

Safiyya beredar naik bilik.Dia menangis di atas katil.

Puan Suraya mengeluh perlahan.Dipandangnya wajah Fawwaz Rizqi.

"Bahagiakan anak mama.." ujarnya.

"Mama yakin dengan keputusan mama?Fawwaz bukan apa.Fawwaz tak nak Fiyya terseksa.Memang Fawwaz cintakan Fiyya tapi cinta Fiyya bukan untuk Fawwaz.Cinta Fiyya untuk Hafiey.." kata Fawwaz Rizqi.

Sejujurnya,dia sudah redha jika Safiyya bukan ditakdirkan untuknya.Dia tidak mahu kerana dia,Safiyya terseksa lagi.Cukuplah apa yang telah berlaku dahulu.

"Fawwaz,mama menyesal.Mama menyesal pisahkan kamu dengan Fiyya.Mama sengaja cakap Fiyya tak nak kahwin sebab mama takut kamu takkan tunggu Fiyya.Mama takut kamu tak setia pada Fiyya yang sedang bertarung nyawa waktu tu.." jujur Puan Suraya.

Ye,itulah sebab dia berkata sebegitu dahulu.

"Fawwaz tak salahkan mama pon.."

"Terima kasih,Fawwaz.."

Fawwaz Rizqi memaniskan mukanya kepada Puan Suraya.Sebenarnya,dia sedikit terkejut dengan kenyataan bekas ibu mertuanya itu.

Sungguh dia menyesal menuduh Safiyya bukan-bukan dahulu.Jika boleh diputarkan semula masa,jika dia tahu Safiyya kemalangan,dia sendiri yang akan jaga bekas tunangnya itu siang dan malam.

Dan,apabila Safiyya membuka mata,dia mahu menjadi orang pertama yang Safiyya lihat.Namun,semuanya sudah ditentukan Allah.

Dia berharap pernikahan yang bakal berlangsung ini berjalan dengan lancar dan dia berharap hubungannya dengan Safiyya kembali pulih seperti dahulu walaupun dia tidak dapat memiliki cinta gadis itu.






I'm back guys😅Sorry ye yg menunggu update.Saya tengah tunggu paper ekonomi je(jumaat dpn).After that,I'm done for trial.




DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now