🌸bab 75🌸

3.9K 153 27
                                    

Safiyya membetulkan lilitan selendang yang menutupi kepalanya.Dia tersenyum sendirian di hadapan cermin.

"Dah siap ke?" tegur Farhana.

Arisya dan Natalia turut berada di dalam biliknya.

"Dah.Cantik tak aku?"

"Tak nak puji kau.Nanti kau kembang.."

"Ishh,korang ni.Jom,turun.Orang dah ramai dekat bawah tu.." ujar Arisya.

Mereka berempat turun ke bawah.Di saat itu,Fawwaz Rizqi terpandang ke arah Safiyya.

Terpegun dia dengan kecantikan gadis itu.Namun,dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

Safiyya duduk bersimpuh di sebelah mamanya.Tangannya terasa sejuk tiba-tiba.

Dengan sekali lafaz,Hafiey sah menjadi suami kepada Safiyya.Semua tetamu yang hadir tersenyum gembira.

Setelah menyarungkan cincin kepada Safiyya,Hafiey mengucup dahi isterinya itu.

Kemudian,tetamu dibenarkan menjamu selera.

Safiyya dan sahabat-sahabatnya mula bergambar bersama-sama.Hafiey pula berbual dengan tetamu yang hadir.

Fawwaz Rizqi mula mendekati Safiyya.

"Fiyya.." ujarnya.

Safiyya mengeluh seketika.

"Ada apa?" ujar Safiyya bersahaja.

"Aku nak ucapkan tahniah atas pernikahan kau.Kita still boleh jadi kawan kan?"

Safiyya tersenyum sinis.

"Lepas kau dah rancang kemalangan tu,kau still ada hati nak kawan dengan aku?"

"Fiyya,percayalah.Aku tak buat semua tu.." rayu Fawwaz Rizqi.

"Dah lah,Fawwaz.Aku tak nak dengar dah pasal hal tu.Kalau boleh,aku tak nak ingatan aku kembali balik.Sebab apa?Sebab semuanya menyakitkan aku.."

Fawwaz Rizqi sedikit terasa dengan kata-kata Safiyya.

"Aku minta maaf.Aku tahu sebab aku,kau jadi macam ni.Aku minta maaf sebab banyak seksa kau.Aku banyak buat kau terluka.Aku doakan kau bahagia dengan Hafiey.."

Safiyya menahan air matanya dari tumpah.

"Memang aku akan bahagia pon dengan Hafiey.Kau tak payah risaulah.." ujar Safiyya dengan angkuh.

Fawwaz Rizqi menghadiahkan senyuman kepada Safiyya setelah mendengar kata-kata gadis yang dicintainya itu.

"Aku pergi dulu.Assalamualaikum.."

Fawwaz Rizqi beredar dari situ.Puan Suraya dan Puan Salmah memerhati mereka dari jauh.

"Puas hati aku!" ujar Lysa Qyrina yang turut memerhati mereka berdua itu.

Bella Airina tersenyum mendengar kata-kata sepupunya.

"Padan muka Fawwaz kan?Merana lah Fiyya tak pilih dia.."

"Ha'ah kan?Tapi tak pe,kalau Fiyya tak de,aku ada.."

"No way!Aku yang patut bersama dengan Fawwaz.."

🌸🌸🌸

Safiyya naik ke bilik.Dia agak terkejut sedikit apabila terlihat Hafiey yang sedang baring sambil mata terpejam di atas katil.

Dia mendekati suaminya.Agak gugup dia apabila merenung Hafiey yang sedang tidur itu.

'Maafkan aku,Fawwaz.Bukan niat aku untuk sakitkan kau.Mungkin Hafiey yang terbaik untuk aku.Ya Allah,hilangkan rasa cinta aku terhadap Fawwaz..' sempat Safiyya berdoa dalam hatinya.

Air mata yang jatuh di pipinya segera diseka.Selendang yang menutupi kepalanya ditanggalkan.

Hafiey yang baru tersedar dari lenanya tersenyum melihat Safiyya.Sungguh cantik isterinya sewaktu tidak bertudung.

Dia bangun dari pembaringan.Kemudian,dia duduk seketika di atas katil.

"Fiyya.." ujarnya.

"Ehh,Fiey.Aku buat kau terbangun ke?Sorry.."

Rasanya okay kut dikekalkan sahaja panggilan itu.

"Tak de lah.Aku memang dah tersedar ni.."

Mata Hafiey tidak berganjak daripada memandang isterinya.

"Cantik.." pujinya.

Safiyya tersenyum malu.

"Thanks.."

"Sama-sama.."

Setelah selesai membersihkan diri,mereka berdua berlalu turun ke bawah.

Kelihatan Puan Suraya,Puan Salmah dan Fawwaz Rizqi serta Safira berkumpul di ruang tamu.

"Haih pengantin baru ni.Sweet je.." ujar Puan Salmah.

Safiyya mengambil Safira dari dukungan Puan Suraya.

"Hurm..Fawwaz balik dulu lah.Nanti jammed pulak.." ujar Fawwaz Rizqi lalu berdiri.

"Kau nak balik mana?" soal Hafiey tidak mengerti dengan kata-kata Fawwaz Rizqi.

"Balik rumah aku.." balas Fawwaz Rizqi.

"Lah,kenapa tak tidur sini?"

"Tak pe lah,Fiey.Aku gerak dulu.."

Fawwaz Rizqi ingin mengambil Safira namun Safiyya menghalang.

"Erm,Fawwaz.Tak payah lah bawak Fira.Aku tak puas lagi nak main dengan dia.." ujar Safiyya.

"Ha'ah lah,Fawwaz.Tak payah lah bawak Fira.Mama pon tak sanggup nak berpisah dengan cucu mama ni.." kata Puan Suraya pula.

"Okay lah kalau macam tu.Fira,papa balik dulu ye?Bye.." sempat Fawwaz Rizqi mengucup dahi dan pipi si kecil.

Safira yang berada dalam dukungan mak yong nya sudah mula merengek.Seperti faham yang papanya mahu meninggalkannya.

Fawwaz Rizqi memandu kereta meninggalkan perkarangan rumah itu.


Sorry kepada team Fawwaz😭Ramai sgt team Hafiey ni😉Yg team Hafiey,are you guys happy now?😂Sorry jugak ye dh lama update.Hampir 2 minggu lebih kot.Fon ditarik sbb trial.So time cuti ni dpt balik😅Bukak sklh ditarik balik😔Hahaha..😂😂

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now