🌸bab 74🌸

4.3K 157 42
                                    

Safiyya berdiri di hadapan pintu rumah sambil memeluk tubuh.

Fawwaz Rizqi yang baru tiba di rumah memandang pelik ke arah Safiyya.

"Kau buat apa kat luar malam-malam ni?" ujarnya.

Safiyya memandang Fawwaz Rizqi.

"Aku tunggu kau.."

Makin pelik Fawwaz Rizqi dengan Safiyya apabila mendengar kata-kata gadis itu.

"Apa motif kau offer Hafiey kerja dekat syarikat kau hah?" kata Safiyya tidak puas hati.

Terkejut Fawwaz Rizqi apabila Safiyya tiba-tiba meninggikan suaranya.

"Kau nak pergunakan Hafiey kan?Sebab tu kau suruh dia kerja dekat ofis kau kan?Apa salah Hafiey pada kau hah?"

"Kau cakap apa ni?"

"Tak payah pura-pura baik lah,Fawwaz!Hati kau tu memang busuk!Tak boleh tengok orang senang kan?"

"Aku tak faham.Kenapa kau nak marah sangat ni?Kau marah sebab aku tak offer kerja dekat kau?Macam tu?"

"Aku tak hadap lah nak kerja dengan kau!Kalau boleh,aku tak nak tengok dah muka kau!Huh.."

Safiyya berlalu naik ke tingkat atas.Fawwaz Rizqi mengeluh.Apa lagi salahnya kali ini?

🌸🌸🌸

Hafiey sekeluarga tiba di rumah keluarga Safiyya.Mereka berbual di ruang tamu.

Safiyya sudah ada jawapan tentang lamaran Hafiey.Dia yakin itulah keputusannya.

"Fiyya,macam mana dengan lamaran Hafiey tempoh hari?" soal Puan Hasya ingin tahu jawapan dari Safiyya.

Safiyya memandang wajah mamanya kemudian dia menganggukkan kepalanya.

"Alhamdulillah.."

Fawwaz Rizqi yang turut ada di situ hanya memerhati.Hatinya sedikit hancur melihat anggukkan kepala Safiyya namun dia tahu,dia tiada hak untuk menghalang.

Safira di dalam dukungannya sudah sedikit merengek.Dia mengusap-usap belakang anaknya supaya tidak menangis.

"Ma,Fawwaz nak bawak Fira keluar kejap.." ujar Fawwaz Rizqi lalu berdiri.

Safiyya memandang ke arah Fawwaz Rizqi.Fawwaz Rizqi langsung tidak memandang ke arahnya sebaliknya melangkah keluar dari rumah itu.

"Bila kita nak langsungkan pertunangan dorang ni?" soal Puan Suraya.

"Fiyya tak nak tunang.Fiyya nak kahwin terus.." celah Safiyya.

"Kau tak nak tunang?" kata Hafiey sedikit pelik mendengar kata-kata Safiyya.

"Ha'ah.Aku nak terus kahwin je.Tak pe kan?"

"Okay lah kalau itu kemahuan kau.Aku ikutkan je.." balas Hafiey.

Bersyukur dia apabila Safiyya tidak menolak lamarannya.

Fawwaz Rizqi yang berdiri sambil membetulkan kedudukan Safira di dalam dukungannya memandang kolam renang.

Hafiey mendekati Fawwaz Rizqi.

"Aku tak sangka Fiyya akan terima lamaran aku.." ujar Hafiey.

Fawwaz Rizqi menoleh ke tepi.Dia memandang wajah ceria Hafiey.

"Kau okay tak ni?Muram je.." kata Hafiey yang perasan perubahan wajah Fawwaz Rizqi.

"Tak de apa lah.."

Fawwaz Rizqi berpura-pura tersenyum.

"Aku doakan kau dengan Fiyya bahagia hingga ke jannah.." ucapnya.

"Aamiinn.."

"Kau dah lama ke cintakan Fiyya?"

"Kalau nak kata lama tu boleh lah.Aku sendiri pon tak percaya boleh jatuh cinta dengan Fiyya tu.Macam mimpi je.."

"Kau janji dengan aku,kau takkan sakitkan hati Fiyya.Kau akan jaga dia macam mana kau jaga diri kau.Boleh?Fiyya tu dah banyak merana.Aku tak nak tengok dia sedih lagi.."

"Ye,aku akan jaga Fiyya macam mana aku jaga diri aku.Kau tak payah risau lah.."

"Tahniah.."

"Thanks.Kau jangan lupa datang tau.Aku nak kau yang jadi pengapit aku.."

"Insya-Allah.."

"Okay lah,aku masuk dulu.Aku pinjam puteri kau kejap boleh?Nak merasa jugak jadi seorang ayah.." kata Hafiey kemudian menghulurkan tangan untuk mendukung Safira.

Safira dihulurkan kepada Hafiey.Hafiey menyambut huluran Fawwaz Rizqi lalu masuk ke dalam rumah.

Kelihatan Safiyya keseorangan di ruang tamu.Dia mendekati Safiyya.

"Thanks.." bisik Hafiey di telinga Safiyya.

Terkejut Safiyya dengan kehadiran Hafiey bersama Safira.

"Kau ni terkejut aku.."

"Ala..kau ni.Gurau sikit pon tak boleh.."

"Bukan tak boleh.Lain kali bagi lah hint sikit..

"Nak hint-hint lepas kahwin ehh?"

"Ishh.."

Fawwaz Rizqi yang berada di luar rumah itu hanya melihat dan mendengar sahaja mereka berdua bergurau senda.

'Mungkin dia bukan jodoh kau..' bisik hati kecil Fawwaz Rizqi.

Puan Suraya yang perasan akan kehadiran Fawwaz Rizqi hanya memerhati.

Mungkin Hafiey jodoh yang terbaik yang telah ditentukan oleh Allah untuk anak sulung itu.








DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now