🌸bab 58🌸

3.6K 121 19
                                    

Safiyya dan Sofiyya terkejut dengan kedatangan Lysa Qyrina dan Bella Airina ke kampung mereka.

Ketika itu,mereka hanya tinggal berdua di rumah kerana Puan Salmah berjumpa rakannya.

"Kenapa pandang kitaorang macam tu?Pelik ke macam mana kitaorang boleh sampai sini?" ujar Lysa Qyrina.

"Korang nak apa hah?Balik lah!" kata Sofiyya.

"You ni memang tak faham bahasa ke apa?I dah suruh you tinggalkan Fawwaz kan?Kenapa tak tinggalkan dia lagi?" kata Bella Airina pula.

"Dia suami saya.Tak de sebab untuk saya tinggalkan dia!"

"Korang ni siapa nak arah-arah adik aku tinggalkan suami dia?"

Safiyya mula mencelah.

"Fiyya,adik kau ni tak layak untuk Fawwaz.." ujar Lysa Qyrina.

"Habis kau nak cakap kau layak untuk Fawwaz?"

"Of course!" kata Lysa Qyrina begitu yakin.

"Lawa rumah nenek you all ni.." puji Bella Airina.

"Tapi lagi lawa kalau dihiasi dengan kebenaran,ketulusan serta kejujuran.Kan,Bella?"

"Apa maksud korang ni?" kata Sofiyya yang kurang jelas dengan kata-kata Lysa Qyrina.

Dia yakin yang kedatangan mereka ke sini kerana ada agenda tersendiri.Bukan boleh percaya mereka berdua ni.

"Sofi,kejujuran tu penting tau.Fiyya ni berhak tahu.."

"Tahu apa ni?" soal Safiyya pelik.

Apa lagi yang Lysa Qyrina ingin memberitahunya kali ini?Dalam hatinya,dia sudah bertekad tidak mahu lagi mempercayai kata-kata Lysa Qyrina.

"Fiyya,percayalah cakap Lysa.Apa yang Lysa cakap tu semuanya betul.You tak patut percayakan adik you,mama you and orang di sekeliling you.Dorang hanya tipu you.Kitaorang ni tak tipu you.Kitaorang ni jujur orangnya.I ngan Lysa tak sanggup tengok you macam ni,Fiyya.Percayalah.." kata Bella Airina dengan harapan Safiyya mempercayainya.

Safiyya memandang ketiga-tiga wajah yang berada di hadapannya.Kepalanya terasa berat tiba-tiba.

"Awak ni siapa?Saya tak pernah tengok awak pon.." soal Safiyya sambil menahan sakit di kepalanya.

"I Bella Airina.Cousin Lysa.I ni kawan you masa kita sama-sama study kat U.It's okay kalau you tak ingat I.I faham you tak sihat.."

"Tak,ayong.Bella tipu.." ujar Sofiyya.

Safiyya pula semakin pening.

"Fiyya,aku ada setiap masa dengan kau.Waktu kat sekolah.Kat U.Apa yang jadi kat kau,semua aku tahu.Ye,memang kau tak ingat,tapi aku ingat semuanya,Fiyya.." ujar Lysa Qyrina.

"Kau tak payah nak reka cerita lah!" kata Sofiyya geram.

Lysa Qyrina langsung tidak makan saman dengan kata-kata Sofiyya sebaliknya dia terus meneruskan idea jahatnya.

"Waktu sekolah dulu,kau tak rapat ngan mama kau.Malah kau benci mama kau hanya disebabkan mama kau nak kahwin dengan Tengku Raziq.Pastu papa kau meninggal.Bila masuk U pula,kau still tak dapat terima Tengku Raziq sebagai ayah tiri kau.Pastu,kau dituduh punca kematian Tengku Raziq.Fawwaz cakap kau punca daddy dia meninggal.Lepas beberapa bulan tu,mama kau suruh kau dengan Fawwaz kahwin.Perkahwinan kau ngan Fawwaz batal sebab adik kau ni!Adik kau ni perampas,Fiyya!Buka lah mata kau tu sikit.Percayakan aku.."

Lysa Qyrina mula merayu pada Safiyya.

"Aku takkan percaya kata-kata korang lagi.." nekad Safiyya.

"Korang balik lah!Jangan kacau kakak aku lagi.." arah Sofiyya.

"You ni memang tak guna,Sofi!"

Bella Airina mula naik hantu.Belum sempat dia ingin mendekati Sofiyya,Safiyya terlebih dahulu menghalang.

Akibat daripada itu,Bella Airina menolak kuat Safiyya yang dianggap Sofiyya sehingga menyebabkan kepala Safiyya terhantuk ke pasu.

"Ayong!" jerit Sofiyya apabila melihat kakaknya yang sudah terbaring longlai dengan kepala yang sudah berdarah.

Lysa Qyrina dan Bella Airina mula cuak.Mereka segera beredar dari situ.

🌸🌸🌸

Safiyya ditempatkan di hospital yang berdekatan.Sofiyya sempat menghubungi mamanya.

Setelah hampir setengah jam,seorang doktor wanita keluar dari ruangan itu.

"Macam mana dengan kakak saya?" soal Sofiyya cemas.

"Kakak awak mengalami kecederaan yang sangat serius di bahagian kepalanya.Apa yang saya boleh cakap buat masa ni,kakak awak berada dalam keadaan koma.." ujar doktor wanita itu.

"Koma?Berapa lama doktor?Kakak saya akan sedar semula kan?"

"Bergantung kepada pesakit.Kita sama-sama berdoa ye.Kalau tak de pape lagi,saya minta diri dulu.."

Puan Salmah memeluk Sofiyya.Sofiyya menangis dalam pelukan neneknya.

"Sofi sabar ye?Nenek yakin ayong mesti akan sedar semula.." kata Puan Salmah sambil mengusap-usap bahu cucunya.

"Macam mana kalau ayong tak sedar?Semua ni salah Sofi nek.Apa Sofi nak cakap kat mama?" kata Sofiyya sambil menangis.

"Mama takkan marah Sofi.Percayalah cakap nenek.Sekarang ni kita balik dulu.Rehat.Esok kita datang lagi.." pujuk Puan Salmah.

"Tapi ayong.."

"Dah,jangan risau.Kat sini ada doktor,ada jururawat yang boleh tengok-tengokkan ayong.Sofi pon kena risaukan diri Sofi juga.Kita balik ye?"

Sofiyya menganggukkan kepalanya.Mereka berangkat pulang ke rumah.


DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now