🌸bab 77🌸

3.6K 136 6
                                    

Hafiey mendekati isterinya yang sedang duduk di atas katil itu.Dia ingin memberitahu yang lusa dia harus mengikuti Fawwaz Rizqi ke Desari namun dia risau isterinya itu akan melenting.

Safiyya yang perasan suaminya itu seperti mahu berkata sesuatu terus memandang wajah Hafiey.

"Ada apa kau ni?Nak cakap tu,cakap je lah.." ujarnya.

"Macam mana kau tahu aku nak cakap something kat kau?"

"Aku tahu lah.Cepatlah,apa dia?"

"Lusa aku nak pergi Desari.." jujur Hafiey berkata.

"Apa?Kenapa kau kena pergi sana?Haa..aku tahu.Kita nak pergi honeymoon kan?" kata Safiyya ceria.

"Bukan.Aku pergi sana sebab nak teman Fawwaz.Ada masalah sikit kat Desari tu.."

Mendengar sahaja nama Fawwaz Rizqi,dia terus tiada mood.Apalah masalah lelaki itu?Dia yakin Fawwaz Rizqi mempunyai agendanya tersendiri!

"Ni mesti dia paksa kau kan?"

"Tak lah,Fiyya.Aku yang nak.."

"Sampai hati kau kan?Belum sampai seminggu kita kahwin,kau dah nak tinggalkan aku?"

Safiyya mula berdiri.Dia berlalu ke arah balkoni bilik sambil berpeluk tubuh tanda merajuk.

"Aku tak tinggalkan kau lah.Aku ada je dengan kau.." pujuk Hafiey.

Tangan isterinya dipegang kemas.

"Hurm..yelah.Kau pergi berapa lama kat sana?"

"Tak sure lagi.."

"Ohh,okay.."

Safiyya melepaskan tangan suaminya.

"Kau nak pergi mana?"

"Aku nak turun bawah kejap.Kau nak pape tak?"

"Aku nak air.Tak kisah lah air pape.Aku haus.."

"Okay.."

Safiyya melangkah ke arah pintu.Dia berlalu ke anak tangga.Dia menuju ke dapur.

Tangannya mengambil satu gelas.Kemudian diisi dengan serbuk nescafe.

Sedang dia membuat nescafe ais untuk si suami,seseorang tiba di dapur itu.

Tanpa melihat siapa gerangan itu pun,dia boleh mengagak siapa.

"Bijak betul kan rancangan kau?"

Dia sengaja memerli Fawwaz Rizqi.

"Kau cakap apa ni?Aku tak faham.." jujur Fawwaz Rizqi berkata.

"Tak faham ke buat-buat tak faham?" kata Safiyya sinis.

"Serius aku tak faham,Fiyya.Apa lagi salah aku pada kau ni?"

"Ohh,tahu kau banyak salah?Apa motif kau ajak Hafiey pergi Desari?Kau sengajakan buat-buat kat Desari tu ada masalah?"

"Apa kau merepek ni,Fiyya?!" ujar Fawwaz Rizqi dengan nada suara yang agak meninggi.

"Kau tak payah pura-pura lah,Fawwaz!Aku tahu kau ada agenda tersendiri kan?!Sebab tu kau ajak Hafiey!Apa yang kau tak puas lagi hah?Hati kau memang busuk!"

Fawwaz Rizqi menahan amarahnya.Suka hati je menuduhnya melulu.

"Suka hati kau lah,Fiyya.."

Dia segera beredar dari situ.Safiyya pula berlalu naik ke bilik setelah siap membuat air.

🌸🌸🌸

Puan Salmah mendukung Safira sambil berdiri di tepi kolam renang.

Safiyya mendekati neneknya dan anak buahnya.

"Nenek!" ujarnya.

"Kamu ni,Fiyya.Terkejut nenek.." kata Puan Salmah.

"Fiyya gurau je lah,nek.."

Safiyya tersenyum.

"Fiyya,nenek nak cakap sikit,boleh?Harap Fiyya tak marah nenek lah.."

Safiyya memandang neneknya.Macam serius je.

"Ada apa nek?"

"Pasal Fiyya dengan Fawwaz.Sampai bila kamu nak bersikap macam ni pada Fawwaz?"

"Nek,Fiyya ni isteri orang tau.Buat apa kita nak bercakap pasal orang yang tak de kena mengena dengan Fiyya?"

"Nenek tahu,Hafiey tak tahu kan pasal kamu berdua?"

"Nek,dah lah.Fiyya dengan dia tak de pape hubungan tau?Fiyya masuk dulu lah.."

Safiyya berura-ura mahu masuk ke dalam rumah namun langkah terhenti apabila neneknya berkata sesuatu.

"Fiyya,jangan guna alasan Fiyya isteri Hafiey untuk tutup perasaan kamu.Nenek tahu apa perasaan kamu terhadap Fawwaz.Dan jangan biarkan dendam menghantui diri kita,Fiyya.."

Safiyya meneruskan langkahnya.Dia mendekati suaminya yang berada di ruang tamu itu.

"Borak apa dengan nenek kat luar tu?Macam serius je?" ujar Hafiey.

"Tak de pape.Borak kosong je.Kau tengok cerita apa ni?"

Safiyya sengaja mengalihkan topik perbualan mereka.

"Cerita hindustan je.."

"Ohh.."

"Fiyya,aku ada something tau nak bagi kat kau.." ujar Hafiey sambil menghulurkan sebuah kotak agak besar itu.

"Apa ni?"

"Buka lah.."

Safiyya mengambil kotak itu lalu dibukanya.Terdapat blouse di dalamnya.

"Untuk aku?" kata Safiyya sedikit teruja.

"Bukan untuk kau.Untuk bakal madu kau.."

"Hah?"

"Ha'ah.Cantik tak?Aku tak pandai sangat nak pilih-pilih ni so aku ikut kau.Kalau kau kata cantik,cantik lah.."

"Nah,ambil balik.."

Safiyya menutup kasar kotak itu.Dihulurkan semula kepada suaminya.

Hafiey ketawa.

"Untuk kau lah.."

"Tak nak!"

"Blouse tu untuk kau.Betul.Cantik kan?Suka tak?"

"Betul untuk aku?Cantik,aku suka.Bila kau beli ni?"

"Ye,untuk kau.Aku beli masa aku teman member pergi beli hadiah untuk hari lahir isteri dia so aku nampak blouse ni.Aku belilah.."

"Terima kasih.."

Safiyya tersenyum bahagia.

"Sama-sama.."








DIA Bidadari Di HatikuDove le storie prendono vita. Scoprilo ora