🌸bab 68🌸

4K 148 24
                                    

Suasana di rumah itu sungguh sibuk dengan persiapan tahlil yang akan diadakan pada malam hari.

Safiyya naik ke tingkat atas.Disaat itu,dia terdengar suara bayi menangis.

Tanpa berfikir panjang,dia terus meredah masuk ke dalam bilik itu.Kelihatan Safira yang dibaringkan di atas katil sedang menangis.

Dia mendekati anak buahnya.Dia mendukung si kecil dengan berhati-hati.Ditepuk-tepuk bayi itu agar tidak menangis.

"Sayang,sayang kenapa ni?" ujarnya.

Tangisan Safira sudah sedikit reda.

"Fira,papa dat..datang ni.." kata Fawwaz Rizqi namun terkejut dengan kehadiran Safiyya di dalam biliknya.

Safiyya mula tidak keruan.Dia meletakkan kembali Safira di atas katil.

"Err..sorry,Fawwaz.Aku main redah je masuk tadi.Aku terdengar Fira menangis,tu yang.."

"Tak pe.Aku faham.." pintas Fawwaz Rizqi.

"Erm..aku turun dulu lah.."

Segera Safiyya beredar dari situ.Tidak selesa berduaan dengan Fawwaz Rizqi.

Fawwaz Rizqi hanya memerhati.Dia mula mendekati anak kecilnya.

"Fira,kenapa mama tinggalkan papa?Macam mana papa nak besarkan Fira seorang diri?"

Safira yang tidak mengerti apa-apa hanya memandang wajah papanya.

'Maafkan aku,Fiyya.Sampai sekarang,cinta aku pada kau tak pernah padam.Aku tahu aku kejam pada kau.Ya,sejak Sofi jadi isteri aku,aku dah nekad nak cintakan dia tapi aku tak boleh tipu diri aku.Aku memang sayangkan dia tapi aku cintakan kau.Kerana kau..kerana kau bidadari dihati aku..' getus Fawwaz Rizqi.

🌸🌸🌸

Orang ramai mula membanjiri rumah mereka.Tahlil arwah bermula.

Setelah selesai,para tetamu yang hadir dihidangkan dengan sedikit juadah.

Fawwaz Rizqi hanya memerhati Safiyya dan sahabat-sahabatnya bermain dengan Safira.

"Woi!" sergah Riezq Farhan.

Terkejut Fawwaz Rizqi apabila disergah sebegitu.

"Apa kau ni?"

Suara Fawwaz Rizqi sedikit tegas.

"Lah,rilek arhh.Aku gurau je.."

Hykarl Arriz dan Danish Emir juga sudah sedikit gerun dengan riak wajah sahabat mereka itu yang kelihatan agak tegang.

Ye lah,siapa je yang okay apabila isteri meninggal dunia?

"Fawwaz,aku minta maaf lah.Aku nak bergurau je tadi.." ujar Riezq Farhan serba salah.

"Tak pe lah.Salah aku juga.Aku..aku tak tahu kenapa tapi aku rasa kosong sangat sekarang ni.Daddy dah tinggalkan aku.Sekarang,Sofi pulak.Aku tak kuat.." luah Fawwaz Rizqi.

"Fawwaz,kitaorang sentiasa ada ngan kau.Kau tak boleh macam ni.Cuba kau tengok Fira tu.Dia perlukan kasih sayang kau.Perhatian dari kau.Erm..Fawwaz,apa kata kau kahwin lagi?Aku bukan apa,aku kesiankan Fira.Fira perlukan kasih sayang seorang mama.." kata Hykarl Arriz.

Fawwaz Rizqi terdiam seketika.

"Aku sokong apa yang Karl cakap tu.Kau kahwin lagi tak bermakna kau lupakan Sofi.Kitaorang tak paksa kau.Ni just cadangan je.." ujar Daniah Emir pula.

Fawwaz Rizqi memandang ketiga-tiga sahabatnya itu.

"Okaylah,kitaorang balik dulu.Kau jangan keje dulu buat sementara ni.Kitaorang tak nak kau sakit pulak nanti.Kitaorang sayang kau.." kata Riezq Farhan.

Mereka bertiga mula beredar dari situ.

"Fiyya,aku rasa aku gerak dulu lah.Esok aku keje.." ujar Farhana sambil menghulurkan Safira kepada Safiyya.

Safiyya mengambil huluran Farhana.

"Aku pon nak balik jugak lah.." kata Arisya.

"Aku pon weh.." kata Natalia pula.

Mereka bertiga bersalaman sesama sendiri.Kemudian,masing-masing mula meninggalkan perkarangan rumah itu.

Fawwaz Rizqi mula mendekati Safiyya.Dia berdiri di sebelah gadis itu.

"Fiyya.."

Safiyya memandang ke arah sebelah.

"Aku nak tidurkan Fira.Kau pon rehatlah.Mesti penat kan?" ujar Fawwaz Rizqi sambil memandang wajah Safiyya dan Safira yang sudah kelihatan mengantuk.

Safiyya memberikan si kecil kepada Fawwaz Rizqi.

"Thanks sebab jaga Fira.Aku masuk dulu.Selamat malam.Kau pon masuk lah.Bahaya duduk kat luar malam-malam ni.." pesan Fawwaz Rizqi sebelum masuk ke dalam rumah.

Safiyya hanya menganggukkan kepalanya.Pesanan lelaki itu pernah didengarinya suatu ketika dahulu.Ayat yang sama sahaja.

Setelah menidurkan si kecil,Fawwaz Rizqi berdiri di balkoni luar sambil memerhati Safiyya yang masih berada di luar rumah.

'Aku tahu aku tak layak untuk kau,Fiyya.Aku harap akan ada seorang lelaki yang boleh jaga kau sebab aku tak dapat jaga kau.Aku tak mengharapkan kau balas cinta aku.Cukup sekadar aku dapat luahkan pada kau tapi itu takkan berlaku..' getusnya.

'Maafkan abang,Sofi.Abang bukan suami yang terbaik untuk sayang.Maafkan abang.Abang akan jaga Fira sebaik yang mungkin.Itu janji abang pada sayang..' getusnya lagi.

Dia masuk ke dalam bilik.Dia membaringkan tubuhnya di sebelah Safira.



Ada yg nangis?😅😢

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now