🌸bab 89🌸

3.7K 139 2
                                    

Safiyya berdiri di balkoni luar sambil menghirup udara segar pada pagi itu.Dia memeluk tubuhnya.

Fawwaz Rizqi yang sedang merapikan rambutnya memandang ke arah isterinya yang berada di balkoni luar itu.

Dia meletakkan sikat di meja.Pantas dia menuju ke balkoni luar.

"Kau buat apa dekat luar ni?" soalnya sedikit pelik.

"Tak de buat apa.." balas Safiyya sambil menoleh ke arah suaminya.

Senyuman terukir di bibirnya.Fawwaz Rizqi bermain-main dengan rambut isterinya yang panjang mengurai itu.

Dicium-ciumnya rambut itu.

"Apa kau buat ni?Rimaslah.."

"Saja.Aku suka bau rambut kau.Wangi.Kau pakai syampu apa?"

"Sunsilk je.."

"Ohh.."

Kini,Fawwaz Rizqi membelai-belai pula rambut Safiyya.

"Ishh,tangan kau gatal betul kan?" rungut Safiyya tidak puas hati.

"Suka hatilah.Erm..Fiyya,tak sangkakan mulut aku ni masin.."

"Masin?Kenapa pula?"

"Ye lah,dulu aku pernah cakap yang kau akan kahwin dengan duda anak sorang dan kau pula cakap kat aku yang aku akan kahwin dengan janda anak lima.Ingat tak?"

"Ingat.Aku tak sangka lah pulak yang kau rupanya duda anak sorang tu.."

Fawwaz Rizqi tersengih.

"Haa..aku tahu.Kau ni suka makan garam kan waktu kecik-kecik dulu.Betul tak?Sebab tu mulut kau ni masin.." tembak Safiyya.

"Merepek!"

"Aku gurau jelah.Janganlah marah.."

"Muka aku ni nampak macam tengah marah ke?"

"Sikit lah.."

Fawwaz Rizqi segera mendukung Safiyya.Terjerit sedikit Safiyya.Dia memaut pada leher suaminya.

"Apa kau buat ni?"

"Saja.."

Fawwaz Rizqi tersenyum nakal.

"Weh,turunkan aku.Malu lah kalau Fira nampak.."

Bahu lelaki itu dipukul perlahan namun beberapa kali juga.

"Shh,kalau kau tak nak Fira nampak,dengar cakap aku.." ugut Fawwaz Rizqi.

"Apa dia?"

Perlahan-lahan Fawwaz Rizqi membawa Safiyya masuk dan meletakkan isterinya itu ke atas katil.

Sempat dia berbisik.

"Pergi sediakan baju untuk esok.."

"Hah?" kata Safiyya yang tidak mengerti sambil dahinya berkerut sedikit.

"Esok kan kawan kau dengan sepupu aku kahwin.."

"So?"

"Pergi lah.Kau tu dah lah lambat.Tak tahu nak pakai baju apa lah.Shawl ke bawal lah.."

"Tu je?Yang kau sampai dukung aku kenapa?"

"Kau kan jalan lambat.Aku tolong cepatkan.."

"Ishh!" ujar Safiyya geram dengan tindakan lelaki itu kemudian berlalu keluar dari bilik.

🌸🌸🌸

Aqeef dan Natalia selamat diijabkabulkan pada hari itu.Semua hadirin tersenyum melihat kedua-dua mempelai.

"Jaga kawan kitaorang ni baik-baik.Kalau kau tak jaga Lia,siap kau!" ujar Farhana seakan memberi amaran.

"Wowowow..lek arhh.Tahulah Aqeef jaga isteri dia ni.." kata Riezq Farhan pula.

"Kitaorang just ingatkan je.." kata Arisya pula.

"Korang berdua ni bila pulak?" soal Arriz Hykarl.

"Cakap kitaorang,yang korang tu?Ada ke calon?" kata Farhana.

Safiyya dan Fawwaz Rizqi sibuk berbual dengan Aqeef dan Natalia.Malas mahu masuk campur urusan budak-budak yang tidak matang itu.

"Tahniah,beb.Aku doakan kau ngan Aqeef bahagia sampai jannah.." ucap Safiyya.

"Thanks.." balas Natalia sambil tersenyum.

"Qeef,tahniah.Tak sangka kau dapat juga mengorat Lia ni.Aku sebagai sepupu kau bangga dengan kau.." ujar Fawwaz Rizqi sambil menepuk-nepuk bahu sepupunya itu.

"Poyolah kau!" kata Aqeef sambil ketawa.

Safiyya dan Natalia hanya tersenyum mendengar kata-kata suami mereka.

"Aku ikhlas lah,Qeef.."

"Fiyya,suami kau ni sihat ke tak ni?Baik kau bawa dia pergi klinik.Check apa yang patut.." cadang Aqeef.

"Main kasar kau ehh?Okaylah.Sayang,jom kita balik.." ajak Fawwaz Rizqi sambil meraih tangan isterinya.

"Awal lagi lah,Fawwaz.." kata Danish Emir pula.

"Korang tak de anak lagi memang lah.Aku ni dah ada so orang yang dah ada anak je yang akan faham.."

"Fine!"

Safiyya berpeluk-pelukan bersama tiga orang sahabatnya itu.

"Aku balik dulu.Senang-senang datanglah rumah.."

Dia mengikuti langkah Fawwaz Rizqi.Fawwaz Rizqi mula menghidupkan enjin kereta.Kemudian berlalu dari situ.

Sempat dia menekan hon keretanya.Aqeef dan yang lain mengangkat tangan mereka.

Sepanjang perjalanan,Safiyya hanya diam.Tangannya menepuk-nepuk Safira.Safira lena di bahu mamanya.

"Nak pergi makan tak?" ujar Fawwaz Rizqi tiba-tiba.

"Tak nak lah.Aku kenyang lagi lah makan lauk kenduri tadi.Kenapa?Kau lapar ke?Kalau kau lapar,berhenti jelah.Aku teman kau makan.."

"Baiknya isteri aku ni.."

Kepala isterinya yang dibalut dengan shawl itu diusap perlahan.Safiyya hanya tersenyum.

"Aku nak tahu je.Kita tapau jelah untuk malam nanti.Kau tak payah masak.."

"Okay.."










DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now