🌸bab 17🌸

3.9K 137 7
                                    

"Okay,kamu semua boleh masuk dalam bas yang saya dah aturkan tempoh hari.." kata Puan Raihana selaku ketua guru sepanjang perkhemahan dijalankan.

Safiyya masuk ke dalam bas dan mengambil tempat duduknya.Natalia duduk di sebelahnya.

Di belakang mereka,Fawwaz Rizqi dan Aqeef.Farhana dan Arisya juga duduk bersama.

Setelah hampir 1 jam berada di dalam bas, hampir semua murid yang berada di dalam bas itu tidur termasuk Safiyya.

Fawwaz Rizqi hanya membelek fonnya.

"Fawwaz,nak coklat tak?" ujar Lysa Qyrina ramah.

"It's okay.Kau bagi jelah orang lain.." tolak Fawwaz Rizqi.

"Coklat ni khas untuk kau.Aku ikhlas ni.Ambil lah.."

Dengan tidak rela,Fawwaz Rizqi ambil juga coklat itu.Lysa Qyrina tersenyum bahagia.

Aqeef disebelah Fawwaz Rizqi hanya memerhati sepupunya itu.

Susah betul kalau dapat sepupu yang digilai ramai ini.

"Nah.."

Fawwaz Rizqi menghulurkan coklat itu kepada sepupunya.Aqeef dengan selamba mengambil coklat itu.

"Sedap,bro.Kau tak nak?" kata Aqeef.

"Aku jaga gigi.." balas Fawwaz Rizqi sambil tersengih.

"Poyo lah kau!"

Setelah beberapa jam perjalanan,mereka sampai di tapak perkhemahan.

"Okay,kita akan bermalam di sini selama 3 hari 2 malam.Apa-apa masalah bagitahu saya.."

"Cikgu,saya ada masalah.Saya tak nak satu khemah dengan minah ni.." celah Safiyya.

"Kau ingat aku nak satu khemah dengan kau?" kata Lysa Qyrina.

"Tu bukan masalah.Tu sengaja cari masalah.Dah,pasang khemah masing-masing pastu berkumpul semula di sini.." arah Puan Raihana.

Safiyya dan Lysa Qyrina masing-masing menjeling.Dengan keadaan terpaksa,mereka mula memasang khemah.

"Sofi!Macam mana nak pasang khemah ni?" kata Safiyya sambil memanggil adiknya yang sedang memasang khemah di sebelahnya.

Sofiyya sudah ketawa melihat kakaknya.

"Eee..kakak manja!Tu pon nak mintak tolong adik!" ujar Hanna Damia.

"Apa masalah kau?Suka hati aku lah!Kau jeles kan sebab kau tak de adik?!Sebab tu tak puas hati dengan aku.." balas Safiyya geram.

Di khemah pelajar lelaki,mereka hanya memerhati kemudian kembali memasang khemah.

"Ni kenapa ni?Tak habis-habis gaduh.Cepat pasang khemah!" kata Puan Sarah.

"Fiyya ni,cikgu.Budak manja!" balas Lysa Qyrina.

"Kamu berdua ni memang patut saya hantuk je kepala tu.Biar biul sikit.Tak habis-habis bergaduh.Ni kalau salah sorang ni lelaki,memang saya kahwinkan je kamu berdua ni.."

"Memang tak lah aku nak kahwin dengan kau!" kata Lysa Qyrina.

"Ingat hensem sangat ke sampai aku nak bersuamikan kau?!" balas Safiyya.

"Sudah!"

Puan Sarah sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.Makin menjadi-jadi pula perangai budak-budak ni.

🌸🌸🌸

Selesai sahaja solat isyak berjemaah,Safiyya dan rakan-rakannya keluar dari dewan yang dijadikan sebagai tempat beribadat.

"Weh,aktiviti malam ni apa?" soal Natalia.

"Tah,aku tak tahu.Yang aku tahu malam esok punya aktiviti.Night walk.Tak sabarnya!" ujar Farhana teruja.

Safiyya hanya mendiamkan dirinya.Tiba disaat itu,dia terasa ada seseorang yang melanggar bahunya.

Dia berpaling.

"Ops,Sorry!Tersengaja.." ujar Darlina.

Lysa Qyrina dan Hanna Damia sudah ketawa.Mereka berlalu ke khemah untuk meletakkan telekung.

Safiyya pula ingin memberikan pengajaran kepada tiga malaun itu namun dihalang Arisya.

"Dah lah.Kau ni Fiyya.."

"Apa masalah dorang hah?Aku ni tak ganggu dorang pon.." kata Safiyya tidak puas hati.

"Jom lah letak telekung ni.." ajak Farhana.

Mereka mula bergerak ke khemah masing-masing.

Setelah selesai aktiviti pada malam itu,semua murid berada di atas jambatan.

Mereka dibenarkan berada di situ untuk beberapa minit.Mereka memerhati aliran sungai.

Kemudian,mereka diarahkan untuk berkumpul.

"Okay,malam ni kita tidur awal sebab tak de aktiviti sangat.Untuk esok,kita akan bangun seawal jam 2.30 pagi untuk berqiamulail.." kata Encik Fahmi.

Semua murid beredar ke khemah masing-masing.

"Aku nak tempat yang paling selesa.." kata Lysa Qyrina apabila memasuki khemah.

'Apalah masalah pompuan ni?Mama!Fiyya tak nak satu khemah dengan pompuan ni!'

Hati Safiyya sudah meraung.Dia rindukan mamanya.


DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now