🌸bab 47🌸

3.5K 127 2
                                    

Safiyya berjalan seorang diri di sebuah mall.Dia hanya melihat-lihat sahaja pakaian,beg dan tudung.

Tiada satu pun yang berkenan di hatinya.Dia bosan duduk di rumah jadi dia meminta izin pada mamanya untuk keluar.

Pada mulanya Puan Suraya enggan membenarkan anak gadisnya itu keluar,namun setelah mendengar rayuan dari Safiyya,dia pun membenarkan cuma bersyarat.

Syaratnya,Safiyya harus pulang awak ke rumah dan sentiasa berhati-hati.Puan Suraya risau juga membenarkan Safiyya memandu seorang diri.

Risau kejadian yang sama bakal berulang kembali.

Sedang Safiyya membelek-belek pakaian,seseorang menegurnya.

"Hai,Fiyya.Do you remember me?" soal gerangan itu.

"Lysa kan?" kata Safiyya.

"Kau ingat aku?"

Lysa Qyrina memandang Safiyya pelik.Kata Hanna Damia,Safiyya amnesia tapi macam mana pula dia boleh mengenali dirinya?

"Aku ingat sikit-sikit je.." balas Safiyya.

"Ohh,I see.."

Lysa Qyrina mengajak Safiyya ke sebuah restoran yang berdekatan kedai pakaian itu.

Setelah selesai memesan makanan,Safiyya hanya diam.Seingat dia,dia dan Lysa Qyrina tidak pernah rapat.Apatah lagi berbaik.

"Fiyya,kau ingat tak Tengku Raziq?"

'Tengku Raziq?Siapa tu?Nama dia macam familiar tapi..' getus Safiyya.

"Aku tanya kau ni.Kau dengar tak?"

Safiyya menggelengkan kepalanya.

"Siapa Tengku Raziq?"

"Ayah tiri kau.."

"Aku ada keluarga tiri?" soal Safiyya seakan tidak percaya.

"Ye,Tengku Raziq tu ayah tiri kau.Fawwaz tu pulak.."

"Apa kena mengena Tengku Raziq dengan Fawwaz pulak ni?Aku tak faham.." celah Safiyya dengan riak wajah blur.

"Kau boleh tak bagi aku habis cakap dulu?Dorang lah keluarga tiri kau.Fawwaz tu anak Tengku Raziq.."

Safiyya menganggukkan kepalanya.Sekarang,baru dia faham.

"Fiyya,kalau aku cakap ni,kau percayakan aku tak?"

"Apa dia?"

"Mama kau rampas kebahagiaan keluarga Fawwaz.Mama kau kajwin dengan Tengku Raziq sebab harta.Dan lagi satu,Sofi.Sofi rampas Fawwaz dari aku.Tolong Fiyya,aku dengan Fawwaz saling mencintai.Fawwaz kahwin dengan Sofi pon sebab dia terpaksa.."

Lysa Qyrina mula mereka-reka cerita.Safiyya merenung anak mata Lysa Qyrina.Dia cuba mencari kebenaran daripada Lysa Qyrina.

🌸🌸🌸

Safiyya tiba di rumah.Puan Suraya yang sedang duduk di ruang tamu itu memandang pelik ke arah anak sulungnya.

"Fiyya.." tegur Puan Suraya.

Safiyya memandang ke arah mamanya.Dia cuba menahan air matanya dari jatuh.

"Kenapa ni,Fiyya?"

"Mama,jujur dengan Fiyya.Kenapa mama rampas kebahagiaan orang lain?Kenapa mama buat semua ni?"

Puan Suraya makin pelik dengan anaknya.Bila masa dia rampas kebahagiaan orang ni?Mesti ada sesuatu yang terjadi.

"Fiyya cakap apa ni?Mama tak faham lah.Bila masa mama rampas kebahagiaan orang?"

"Mama jangan buat-buat tak tahu lah.Mama rampas kebahagiaan keluarga Tengku Raziq kan?Fiyya tak sangka,mama Fiyya sendiri buat macam ni.." kata Safiyya kecewa.

"Mama tak tahu Fiyya dengar mana cerita mengarut ni tapi mama tak pernah rampas kebahagiaan orang.Mama kahwin dengan Tengku Raziq sebab Tengku Raziq nak jaga mama.Tu pon selepas beberapa tahun mama dengan arwah papa berpisah.Terpulanglah pada Fiyya nak percaya atau tidak.."

"Ma,Fiyya minta maaf sebab tuduh mama.." ujar Safiyya serba salah.

"Fiyya,Fiyya baru jumpa siapa ni?Apa lagi dia cakap pada Fiyya?"

"Lysa.." jujur Safiyya berkata.

"Lysa?Sejak bila pulak dia dengan Fiyya berbaik?Selalunya ada je yang dia nak cari pasal.."

"Ma,Sofi kahwin dengan Fawwaz sebab apa?Lysa cakap dia dengan Fawwaz bercinta.Dia cakap Fawwaz kahwin dengan Sofi sebab terpaksa.."

Puan Suraya sudah menahan geramnya.Tidak sangka anak muda itu sanggup menabur fitnah.

"Fiyya,mama merayu pada Fiyya.Jangan percaya cakap Lysa.." kata Puan Suraya.

"Okay,ma.."

Safiyya meminta diri naik ke bilik.Tiba disaat itu,kepalanya terasa pening seketika.

Perlahan-lahan pintu biliknya dibuka.Dia menutup rapat biliknya.

"Kau pembunuh!Aku benci kau sampai bila-bila!"

"Fiyya,kenapa?Kenapa mesti daddy aku yang jadi mangsa?Kalau kau berdendam,dendam dengan aku.Bukan dengan daddy.."

"Kenapa kau suruh orang tu langgar daddy aku?Kenapa tak suruh dia langgar aku sekali?Kau memang nak tengok aku terseksa ke?Kau dah berjaya buat aku terseksa,Fiyya.Terima kasih!"

Safiyya terjatuh duduk di atas lantai.Telinganya ditekup bagi tidak mendengar suara itu.

Persoalannya,suara siapa itu?


Apa Lysa buat ni?Tak pasal2 Fiyya ngan mama dia gaduh..😦😦😠Bila masa tah dia ngan Fawwaz bercinta.Perasan!☹

DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now