🌸bab 11🌸

4K 147 3
                                    

"Ma,tandatangan borang ni.." pinta Sofiyya.

Puan Suraya memandang borang diberikan Sofiyya.Dia membaca seketika.

Takkan nak terus tandatangan kan?Mestilah kena baca dulu.

"Borang kem rupanya.."

Sofiyya senyum.Dia memang suka menyertai perkhemahan.

"Fiyya,Fiyya tak pergi kem?" soal Puan Suraya tatkala melihat anak sulungnya yang baru turun dari tangga itu.

"Ohh,Fiyya lupa.Kejap ye Fiyya ambilkan borang tu.."

Dia kembali naik ke bilik.Diambilnya borang kebenaran itu.

Setelah mengambilnya,dia kembali turun ke bawah.Diberikan kepada mamanya.

Puan Suraya segera menandatangan borang itu.

"Pergi sana hati-hati.Dengar cakap cikgu.Jangan nak membantah.." pesannya kepada dua puterinya.

"Sofi pergi dapur kejap.." kata Sofiyya sebelum beredar ke dapur.

Safiyya menonton tv.Remote control dipegangnya.Channel 393 menarik perhatiannya.

"Fiyya,mama nak cakap sikit.." kata Puan Suraya.

"Ada apa,ma?"

"Esok malam kita pergi rumah Tengku Raziq ehh?" kata Puan Suraya berhati-hati.

"Mama pergi jelah dengan Sofi.Fiyya tak nak.."

"Fiyya,kenapa Fiyya tak boleh terima Tengku Raziq?Dia baik lah.."

"Sebab dia bukan papa Fiyya!Dah lah,ma.Fiyya malas nak cakap pasal hal ni lagi.."

"Fiyya,mama merayu pada Fiyya.Sekali je.Mama janji lepas ni mama takkan paksa Fiyya lagi.."

Safiyya memandang wajah mamanya.Serba salah pula melihat mamanya begini.

Dia mengeluh perlahan.

"Okay,fine!"

Puan Suraya tersenyum gembira.Sofiyya yang mendengar dari dapur juga tersenyum.

🌸🌸🌸

Pada malam itu,Puan Suraya memandu kereta menuju ke rumah Tengku Raziq.

Mereka bertiga masuk ke dalam rumah mewah itu.Mak Kiah menjemput mereka ke dalam.

Mereka duduk di ruang tamu.

"Puan duduk lah dulu.Mak Kiah panggilkan Tengku kejap.." ujar Mak Kiah.

"Err..jangan lah panggil saya puan,panggil je Su.."

"Baik,Su.."

Fawwaz Riqzi yang baru pulang ke rumah terkejut melihat kedatangan tetamunya.

"Aunty.." ujarnya.

"Ehh,Fawwaz.Kamu dari mana ni?" soal Puan Suraya ramah.

Safiyya dan Sofiyya hanya mendengar sambil bermain fon.

"Fawwaz jumpa kawan tadi.."

"Ohh.."

Serentak itu,Tengku Raziq mendekati mereka.

"Jom,kita makan malam.." ajaknya.

Terkejut juga dia melihat Safiyya ikut sekali.Selalunya tidak mahu ikut.

Sempat juga dia memberikan senyuman kepada anak muda itu.Safiyya yang perasan hanya memandang.

Mereka semua beredar ke meja makan.

"Tambah-tambah.Jangan malu-malu.Tak lama lagi kan kita nak jadi satu keluarga.." kata Tengku Raziq.

Setelah selesai makan,Safiyya menuju ke halaman luar.Malas dia mendengar perbualan mamanya dan Tengku Raziq.

"Best kan duduk sini.Sejuk je.." kata Fawwaz Rizqi yang tiba-tiba muncul.

Safiyya menjeling ke arah lelaki itu.Dia beredar dari situ.

"Aku sebenarnya tak suka cara kau layan daddy aku.."

Langkah Safiyya terhenti.Dia menoleh ke arah Fawwaz Rizqi.Dia berpeluk tubuh.

"Tu daddy aku tau.Kau patut hormat dia.Bukan biadap dengan dia.Cuba kau anggap dia macam papa kau.."

"Papa?Papa aku sorang je.."

"Fiyya,aku tahu hati kau sebenarnya lembut kan?Cuba kau buang ego kau.Insya-Allah,hidup kau pasti akan merasai bahagia.."

"Apa kau merepek ni hah?"

"Daddy aku tu baik,Fiyya.Cuba kau kenal-kenal dengan daddy aku.Tak lama lagi daddy aku akan jadi daddy kau.."

"Mungkin kalau kau cakap dengan Sofi,Sofi akan terima.Tapi bukan pada aku.Sorry.."

Safiyya beredar dari situ.Fawwaz Rizqi mengekori langkah gadis itu.Kelihatan mamanya masih berbual dengan Tengku Raziq.

"Fiyya,Fiyya nak bilik mana nanti?Fiyya pilih lah yang mana Fiyya suka.." kata Tengku Raziq.

"Ha'ah,ayong.Sofi dah pilih dah tadi.Bilik Sofi sebelah bilik Fawwaz.."

Fawwaz Rizqi hanya tersenyum.

"Bilik sebelah Sofi tu ada kosong.Tu akan jadi bilik Fiyya ye.." kata Tengku Raziq lagi.

"Diam tu dia terima lah tu.." sampuk Fawwaz Rizqi.

"Erm..kami minta diri dulu ye.Dah lambat ni.." kata Puan Suraya meminta diri.

"Ye lah,hati-hati.."

Puan Suraya mengangguk faham.Safiyya dan Sofiyya menyalam Mak Kiah.

Mereka masuk ke dalam kereta.Setelah beberapa minit,mereka sampai di rumah.

"Fiyya,terima kasih untuk malam ni.." kata Puan Suraya.

Safiyya menganggukkan kepalanya.

"Erm..Fiyya naik bilik dulu.Selamat malam.."

Tangan mamanya disalam.

"Ye lah.."

"Sofi pon masuk bilik dululah.Mengantuk dah ni.Good night,mama.."

"Good night too,sayang.."
















DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now