🌸bab 54🌸

3.5K 117 8
                                    

"Sofi,cantik tak fon ayong?" soal Safiyya sambil menunjukkan fon barunya kepada adiknya.

"Ayong beli fon baru?" kata Sofiyya pelik sambil memandang fon itu.

"Ha'ah.Mama cakap fon ayong yang dulu tu dah rosak so ayong belilah yang baru.Nombor pon ayong beli sekali.."

Sofiyya memandang mamanya yang sedang berbual dengan suaminya di ruang meja makan.Apa yang mamanya cuba buat ni?

"Erm..Sofi,ayong dah lambat ni.Nak keluar dengan dorang.."

"Ayong hati-hati tau drive.." pesan Sofiyya.

"Okay dear.."

Safiyya beredar ke luar rumah.Kemudian,Fawwaz Rizqi dan Puan Suraya mendekatinya.

"Sayang,abang ada hal ni.Sayang tinggal dengan mama ye.." kata Fawwaz Rizqi.

"Okay.."

Mereka berdua melangkah ke luar rumah.Sofiyya menyalam suaminya.

"Jaga diri tau.."

"Abang pon.."

Setelah itu,Sofiyya beredar masuk ke dalam rumah.Puan Suraya memandang wajah muncung anak bongsunya itu.

"Sofi ni kenapa?Merajuk Fawwaz tinggalkan Sofi?Haih,anak mama sorang ni.Manja betul sejak berbadan dua ni.." ujar Puan Suraya sambil tersengih.

Sofiyya juga hanya turut tersenyum.

"Ma,Sofi nak tanya sesuatu boleh?" soalnya tidak lama kemudian.

"Apa dia?Tanyalah.."

"Kenapa mama suruh ayong beli fon baru?Fon lama ayong tu kan elok je.Kenapa mama tipu ayong?"

"Sofi,Sofi tak sayang perkahwinan Sofi ke?Mama tahu apa yang mama buat ni salah tapi ni je cara yang ada.Mama tak nak ayong pelik.Dalam fon lama dia tu ada nombor Fawwaz.Sofi rasa ayong tak pelik ke kalau nampak nombor Fawwaz?"

"Tapi mama tipu ayong.Ma,satu hari nanti semua ni akan terbongkar juga.Ma,Sofi terlalu sayangkan perkahwinan Sofi.Sofi dah lama cintakan Fawwaz tapi Sofi pendam perasaan Sofi sebab Sofi dapat rasakan yang Fawwaz sukakan ayong.Sofi pendamkan lagi perasaan Sofi bila mama nak dorang kahwin.Hati Sofi sakit sangat waktu,ma.." jujur Sofiyya berkata.

Perlahan-lahan air matanya jatuh.

"Sofi,maafkan mama.Mama tak tahu pon yang Sofi suka Fawwaz.." ujar Puan Suraya serba salah.

Sungguh dia terkejut mendengar pengakuan anak bongsunya itu.Kenapa lah dia langsung tidak perasan?Adakah selama ini dia berat sebelah?

"Tak pe lah,ma.Fawwaz dah jadi suami Sofi pon.." balas Sofiyya sambil tersenyum kelat.

Sampai sekarang dia tidak pasti suaminya itu mencintainya ataupun tidak.

🌸🌸🌸

Safiyya keseorangan berjalan ke parking kereta setelah selesai bertemu dengan sahabat-sahabatnya.

Disaat itu,dua buah motosikal mendekatinya.

"Hai,cantik.." ujar lelaki yang menunggang motosikal berwarna biru.

"Awak nak apa?Saya tak kenal awak.." balas Safiyya.

"Jom naik motor dengan abang.." kata lelaki yang menunggang motosikal berwarna hitam pula.

Safiyya mula mengeluh.Orang dah tak nak layan tu,blah je lah!Tak faham bahasa Melayu betul!

Fawwaz Rizqi yang baru selesai berjumpa client di luar,terlihat ke arah gadis yang dikacau oleh dua orang lelaki.

Dia mendekati mereka.

"Woi!" ujarnya.

Kedua-dua lelaki itu merengus kasar.Mereka memandang Fawwaz Rizqi geram.

"Kau siapa?!"

Fawwaz Rizqi terkejut melihat gadis itu.Ternyata Safiyya.

"Aku suami dia!Kenapa?!"

"Suami?Suami atas kertas!Huh..dia tak layak untuk kau.Kau tak payah nak sibuk hal kitaorang!Blah lah!" halau lelaki yang menunggang motosikal hitam itu.

"Aku suami dia.Mesti lah aku layak untuk dia!Korang siapa nak kacau isteri aku?!"

Fawwaz Rizqi mula hilang sabar.Baru sahaja ingin menumbuk kedua-dua lelaki itu,salah seorang lelaki itu menayangkan sebilah pisau ke arahnya.

Lengan Fawwaz Rizqi terkena pisau itu.Fawwaz Rizqi terjatuh ke jalan.

Kedua-dua lelaki itu melarikan diri.Safiyya mula cemas melihat keadaan adik iparnya begitu.

"Fawwaz,Fawwaz okay?"

Ingin sahaja Safiyya menyentuh lelaki di hadapannya namun akalnya menghalang.

Fawwaz Rizqi hanya mengangguk lemah kepalanya.

"Jom,aku bawa kau pergi hospital.Teruk tu.." kata Safiyya cemas.

"Tak pe.Bawa aku pergi klinik je.Tak de apa lah.Aku okay.."

Fawwaz Rizqi mula berdiri.Safiyya mengikuti langkah lelaki itu.

Fawwaz Rizqi menghulurkan kunci keretanya kepada Safiyya.Safiyya tercengang seketika.

"Ambil lah.Bawa aku pergi klinik.Macam mana aku nak drive klau keadaan aku macam ni?Kereta kau tu lepas kita pergi klinik kita datang ambil balik.."

Safiyya tidak membantah.Terus diambilnya kunci kereta mewah itu.

Setelah selesai mencuci dan membalut lengan,Fawwaz Rizqi keluar dari bilik doktor.

Safiyya yang duduk di ruangan menunggu terus berdiri apabila terlihat lelaki itu.

"Jangan bagitau Sofi hal ni.." pesan Fawwaz Rizqi.

"Aik?Kenapa pulak?Sofi kan isteri kau.Nanti dia cakap apa pulak.." kata Safiyya pelik.

"Aku tak nak dia risau.."

"Ok..okay.Erm..Fawwaz,thanks.." ucap Safiyya.

"Tak de hal lah.."

Mereka berdua melangkah keluar dari klinik itu.








DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now