🌸bab 60🌸

4.1K 144 22
                                    

Setelah hampir dua minggu Safiyya koma,hari ini dia sudah sedarkan diri.

Dia memandang ke arah kanan.Terkejut dia melihat Fawwaz Rizqi berada di sampingnya.

"Kau dah sedar?" soal Fawwaz Rizqi yang nyata terkejut melihat Safiyya yang sudah sedarkan diri.

"Apa kau buat kat sini?Mama mana?"

"Mama dengan Sofi pergi kafe.Aku cuma temankan kau je.."

Safiyya mengalihkan pandangannya.

"Erm..kau tolong panggilkan Risy boleh?Aku tak selesa kita berdua macam ni.." pintanya tidak lama kemudian.

"Okay.."

Fawwaz Rizqi mula melangkah keluar dari bilik yang menempatkan Safiyya.

Safiyya memandang sekeliling.Dengan harapan ada jalan yang membolehkan dia untuk meloloskan diri dari bilik itu.

Dia memandang tingkap yang terbuka sedikit luas.Takkan dia nak terjun ikut tingkap?Bahaya tu!

Dia memandang pula pintu bilik air.Apa je yang boleh buat dalam tu?

Sedang dia memikirkan bagaimana cara untuk dia melarikan diri,pintu biliknya sudah dikuak.

"Fiyya!Alhamdulillah,kau dah sedar.Kau okay tak ni?" soal Farhana.

Dia memandang Farhana pelik.Tadi dia cuma inginkan Fawwaz Rizqi memanggil Arisya,tidak menyangka pula Farhana serta Natalia ada sekali.

"Kau okay tak ni?" soal Arisya pula apabila melihat sahabatnya itu seakan tiada respon.

"Aku okay.."

Tiba disaat itu,pintu sekali lagi dikuak.

"Fiyya!Fiyya dah sedar?" ujar Puan Suraya sambil mendekati anak sulungnya.

"Alhamdulillah,ma.Berkat doa mama.." balas Safiyya sambil tersenyum nipis.

Dia memandang pula ke arah Sofiyya.Hatinya berasa sakit melihat Fawwaz Rizqi berdiri bersebelahan dengan adiknya.Bahu adiknya dipeluk erat lelaki itu.

Dia cepat-cepat mengalihkan pandangan kerana takut ada yang perasan.

"Fiyya,aku rasa esok atau lusa kau dah boleh balik.Pembalut kat kepala kau ni dah boleh buka.Nanti aku tampal plaster ye?" ujar Arisya.

"Okay.Aku pon dah tak sabar nak balik rumah.Bosan duduk kat hospital ni.Aku nak kerja.." kata Safiyya sedikit teruja.

Puan Suraya hanya mendengar.Pada masa yang sama,dia risau jika ingatan anaknya itu sudah kembali pulih.

Kata Arisya,kemungkinan ingatan Safiyya kembali pulih itu ada.

🌸🌸🌸

Safiyya yang keseorangan di biliknya hanya memerhati langit yang gelap di luar tingkap biliknya.

Dia memandang bintang-bintang yang ada pada langit malam itu.

"Kenapa semua orang tak jujur pada aku?Memang betul kata Lysa dengan Bella,semua orang di sekeliling aku,tak boleh dipercayai!"

Ye,dia kini sudah ingat semuanya!Namun dihadapan orang ramai,dia hanya berpura-pura hilang ingatan.

"Kenapa papa tinggalkan Fiyya seawal ini?Kenapa Fiyya tak ikut jejak papa?Kenapa Fiyya tak mati je time Fiyya accident dulu?Fiyya keseorangan kat sini,pa.Semua orang tak pernah sayang Fiyya macam papa sayangkan Fiyya!"

Air matanya deras jatuh membasahi pipinya.

"Nasib Fiyya memang malang kan,pa?Fiyya takkan pernah dapat apa yang Fiyya nak kan? Fiyya memang takkan ditakdirkan dengan Fawwaz kan,pa?Dia lebih layak untuk Sofi.Kenapa Fiyya jatuh cinta dengan dia,pa?Fiyya mengaku Fiyya terlalu ego.Fiyya terlalu menangkan sangat ego Fiyya ni dan akhirnya,kesakitan yang Fiyya dapat.."

"Fiyya memang tak layak bahagia ke,pa?"

Safiyya mengesat air matanya.Tiba disaat itu,dia terpandang ke arah cincin di jari manisnya.

Dia segera menanggalkan cincin itu.Dia menggengam kuat cincin itu.

"Cincin?Cincin pemberian mama konon.Mama pon sanggup tipu Fiyya?Kenapa aku mudah sangat percayakan dorang ni?Ohh,lupa.Aku kan hilang ingatan.Orang cakap betul ke,tipu ke,semuanya aku percaya.Lurusnya kau ni,Fiyya.."

Dia kembali menyarungkan cincin 'pemberian mama'nya itu.Dia menutup tingkap dan berlalu ke katil.

Fon lamanya diambil.Sebelum dia dan Sofiyya pulang ke kampung lagi dia sudah menjumpai fon itu.

Dia ingin menanyakan pada mamanya tentang fon itu namun dia membuat keputusan untuk menyimpan fon itu dahulu.

Yang dia semakin pelik,fon itu berada di celah-celah pakaiannya yang berada di dalam almari pakaian.

"Fon rosak konon.Pandai betul mama cari idea untuk tipu Fiyya.Tak pe,Fiyya pulak yang akan tipu semua orang lepas ni.." nekad Safiyya.

Safiyya dh ingat guys😅

DIA Bidadari Di HatikuOnde histórias criam vida. Descubra agora