🌸bab 9🌸

4.1K 149 3
                                    

Safiyya menuju ke rumah papanya.Dia masuk menggunakan kunci pendua.

"Papa!" ujarnya teruja.

"Fiyya buat apa kat sini?" soal Encik Nizam terkejut dengan kehadiran anaknya.

"Erm..Fiyya ingat nak ajak papa makan malam dengan mama dan Sofi.Papa tak busy kan?"

"Sorry,Fiyya.Papa ada hal lain.Lain kali ye?"

Safiyya sudah memuncungkan mulutnya tanda merajuk.Macam-macam dia fikir untuk satukan semula papa dan mamanya namun jadi begini pula.

"Fiyya,jangan lah macam ni.Serba salah pula papa kalau Fiyya buat muka macam tu.." pujuk Encik Nizam.

"Papa memang tak sayangkan Fiyya kan?Papa sedar tak,papa dah lama tak luangkan masa untuk Fiyya,untuk Sofi?Ke papa dah ada yang lebih penting dari kami?"

Encik Nizam mengeluh perlahan.

"Okay,papa datang.." ujarnya mengalah.

"Sayang papa.."

Safiyya memeluk papanya penuh kasih.Dia berharap rancangannya untuk merapatkan semula papa dan mamanya berjaya.

"Papa datang pukul 8 tau.Jangan lambat.Fiyya tunggu.."

"Ye,sayang.Erm..Fiyya datang sini mama tahu tak?"

Safiyya diam seketika.

"Tak.Fiyya just bagitahu kat Sofi je.Lagipon waktu Fiyya nak gerak datang sini,mama dah keluar.Sofi cakap pergi jumpa Tengku Raziq.."

Jelas terpancar wajah menyampah Safiyya.

"Fiyya ni.Tengku Raziq kan bakal papa Fiyya.Cuba Fiyya terima dia.Papa yakin dia lagi baik dari papa.."

"Pa,Fiyya hanya ada papa sorang je.Takkan ada yang lain.Stop lah cakap pasal Tengku tu.Menyakitkan hati je.."

"Fiyya,tak baik benci pada orang.Tak lama lagi Tengku tu akan jadi papa Fiyya.Fiyya kena hormat dia.." nasihat Encik Nizam.

"Dah lah,pa.Fiyya datang sini nak spend time dengan papa.Bukan nak borak pasal Tengku tu.."

🌸🌸🌸

Pada malam itu,Safiyya sungguh teruja menanti kehadiran papanya.

Sofiyya pula hanya memerhati kakaknya.Puan Suraya menghidangkan lauk-pauk kegemaran bekas suaminya ke atas meja.

Itupun atas permintaan anak sulungnya.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam.."

Encik Nizam ditarik Safiyya ke meja makan.Safiyya menyuruh mama dan papanya duduk sebelah menyebelah.

Puan Suraya dan Encik Nizam hanya akur.

"Erm..kan bagus macam ni.." ujar Safiyya.

"Fiyya tak boleh buat selalu tau.Lagi-lagi nanti bila mama dah kahwin dengan Tengku.." kata Puan Suraya.

Safiyya mengeluh perlahan.

Setelah selesai makan bersama,Encik Nizam meminta diri untuk pulang.

"Papa ni.Awal lagi ni nak balik.Tunggu lah kejap.." kata Safiyya.

"Tak elok lah papa lama-lama kat sini.Tak manis orang tengok.Papa balik dulu ye.." balas Encik Nizam.

Sofiyya menyalam papanya.Begitu juga Safiyya.Puan Suraya hanya memerhati.

Encik Nizam masuk ke dalam keretanya lalu segera meninggalkan perkarangan rumah bekas isterinya.

Setelah itu,Safiyya terus naik ke bilik.Dia membaringkan tubuhnya di atas katil.

Dia bersyukur rancangannya pada malam ini berjalan dengan lancar.Dia mula berfikir rancangannya yang seterusnya.

"Ma,Sofi naik tengok ayong kejap.." ujar Sofiyya.

Puan Suraya menganggukkan kepalanya.Sofiyya segera menuju ke tangga dan masuk ke dalam bilik kakaknya.

"Apa yang ayong tengah rancang sebenarnya?" ujarnya.

Terkejut Safiyya apabila terdengar suara adiknya secara tiba-tiba.Dia tersenyum sinis dengan soalan adiknya.

"Salah ke ayong nak rapatkan semula papa dengan mama?Ayong rasa tak salah pon ayong buat macam tu.." kata Safiyya selamba.

"Ayong,mama dengan papa dah lama berpisah.Kalau dorang nak rujuk,dorang sendiri yang akan tentukan.Kita sebagai anak,kita hanya boleh support je our parents.."

"Sofi,kau tu budak lagi.Kau takkan faham apa yang ayong rasa.Ayong cuma nak papa dengan mama macam dulu.Tu je.."

"Ayong,Sofi faham.Tapi bagi Sofi biarlah dorang yang tentukan kebahagiaan dorang.."

"Kau yakin ke Tengku tu boleh jadi lebih baik dari papa?Ayong tak rasa macam tu.."

"Ayong,please.Mama ada kita berdua je.Mama perlukan sokongan kita.." pujuk Sofiyya lembut.

Dia tahu kakaknya itu mahu yang terbaik buat mama mereka.Dia tidak salahkan seratus peratus tindakan kakaknya itu.

Cuma baginya,biarlah mamanya yang menentukan kebahagiaannya sendiri.Dia juga mahu melihat mama dan papanya kembali seperti dulu.

Tapi,mungkin Tengku Raziq sudah tertulis untuk menjadi menggantikan tempat papanya.






DIA Bidadari Di HatikuWhere stories live. Discover now