🌸bab 61🌸

4.1K 143 23
                                    

Safiyya sudah siap mengemas beg pakaiannya.Dia hanya memerhati gerak geri Puan Suraya yang menghampirinya.

"Fiyya dah siap kemas?" soal Puan Suraya.

"Dah,ma.." balas Safiyya bersahaja.

"Kalau macam tu,kita balik sekarang ye?Nenek dah tunggu kita kat rumah.."

"Okay.."

Mereka berdua melangkah keluar dari bilik itu.

Setelah hampir satu jam di dalam kereta,mereka tiba di rumah.Safiyya hanya memerhati kereta Fawwaz Rizqi yang diparkir elok di garaj kereta.

Puan Suraya memarkirkan keretanya di sebelah kereta Fawwaz Rizqi.

Safiyya masih membatukan dirinya di dalam kereta.Entah mengapa kakinya tidak ingin melangkah keluar dari kereta.

Puan Suraya memandang anaknya pelik.

"Fiyya,kita dah sampai ni.Jom turun.." ajak Puan Suraya.

Safiyya teragak-agak ingin keluar dari kereta.Dia hanya mengikuti langkah mamanya dari belakang.

Pintu kaca rumah mewah itu ditolak Puan Suraya.Semua mata yang ada di ruang tamu memandang ke arah mereka berdua.

"Fiyya.."

"Ayong.."

Safiyya hanya memandang neneknya dan adiknya.

Puan Salmah mendekati cucunya.Dia memeluk erat Safiyya.

Fawwaz Rizqi yang berada di sebelah Sofiyya hanya melihat.Safiyya sempat memandang ke arah Fawwaz Rizqi namun hanya seketika sahaja.

"Fiyya naik bilik.Rehat ye?" arah Puan Suraya.

Safiyya hanya menganggukkan kepalanya.Anak tangga ditujunya.Apabila sampai di hadapan biliknya,pintu biliknya ditolak perlahan.

Dia duduk di birai katil biliknya.Keadaan sekeliling diperhatinya.

Fon lamanya yang berada di dalam beg pakaian diambil.Dia mula berdiri.Meja soleknya dituju.

Laci meja solek itu ditariknya.Dicampaknya fon lamanya itu ke dalam laci lalu ditolak kembali laci itu.

Ingin sahaja cincin di jari manisnya dicampak sekali ke dalam laci itu namun risau pula ada yang menanyakan hal itu.

Mesti ada yang mengesyakinya nanti.Sakit hatinya memandang cincin itu.

Dia kalau boleh ingin melupakan semua tentang Fawwaz Rizqi.Kenapa lah ingatan dia kembali pulih?

🌸🌸🌸

Fawwaz Rizqi duduk di halaman rumah seorang diri.Fon diletakkan di atas meja.

Safiyya juga menuju ke arah halaman rumah.Terkejut dia melihat Fawwaz Rizqi yang sudah duduk di kerusi itu.

"Ehh,Fiyya?Duduklah sekali.." pelawa Fawwaz Rizqi.

"Tak pe lah.." tolak Safiyya.

"Duduk je.Aku tak makan orang lah.." kata lelaki itu sambil tersengih.

'Ingat comel lah buat muka macam tu?' getus Safiyya dalam hati.

Safiyya sempat memandang wajah Fawwaz Rizqi.

"Erm..Fawwaz,kau..kau sayang Sofi?"

Safiyya mula mengalihkan pandangannya.

Dahi Fawwaz Rizqi berkerut sedikit apabila mendengar soalan Safiyya.

"Mestilah aku sayang Sofi.Sofi kan isteri aku.." balas Fawwaz Rizqi kemudian dia tersenyum.

"Ha'ah kan?Siapa je yang tak sayang isteri kan?Mesti kau bahagia hidup dengan Sofi kan?"

"Alhamdulillah.Aku bahagia kongsi kehidupan aku dengan Sofi walaupon dulu aku tak pernah cintakan Sofi.." kata Fawwaz Rizqi jujur.

"Dulu kau tak pernah cintakan Sofi?Habis tu dulu kau cintakan siapa?" soal Safiyya pelik.

'Mesti Lysa kan?Tak pon Bella..' duga Safiyya dalam hati.

'Aku cintakan kau,Fiyya..' balas Fawwaz Rizqi namun dia hanya mampu mengatakan dalam hatinya sahaja.

Entah mengapa dia tidak mampu menyatakan perasaannya terhadap Safiyya.

"Fawwaz,aku tanya kau ni.Kau cintakan siapa dulu?"

Fawwaz Rizqi memandang wajah Safiyya sebelum membalas.

"Biarlah aku je yang tahu.Lagipon benda dah lama.Aku bahagia dengan hidup aku sekarang.."

"Kau janji dengan aku,kau akan jaga adik aku sampai bila-bila.Bahagiakan dia selama-lamanya.Jangan pernah sakitkan hati dia.." pesan Safiyya.

"Okay,aku janji.Aku janji aku akan jaga Sofi sampai bila-bila.Bahagiakan Sofi selama-lamanya dan takkan pernah sakitkan hati dia.Puas?"

"Okay,thanks.."

"Sama-sama.Erm..Fiyya,aku masuk dalam dulu lah.Kau tu pon.Masuk dalam.Anak dara tak elok kat luar rumah waktu senja.Nanti ada pulak yang teman.."

Fawwaz Rizqi mula berdiri dan melangkah meninggalkan perkarangan halaman rumah.

Safiyya hanya memerhati sehingga kelibat Fawwaz Rizqi hilang.

'Aku doakan kau dengan Sofi sentiasa bahagia,Fawwaz.Terima kasih sebab kau banyak ubah aku.Aku tak patut benci kau dan arwah daddy kau.Maafkan semua kesilapan aku,Fawwaz..'





DIA Bidadari Di HatikuTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon