🌸bab 15🌸

4K 128 0
                                    

"Abang!Mana Fiyya ni?" ujar Puan Suraya cemas setelah melihat bilik anaknya kosong semasa dia hendak mengejut anaknya solat bersama.

"Sabar,Su.." pujuk Tengku Raziq.

"Abang nak Su sabar macam mana?!Fiyya tu anak Su!Dia tu pompuan!Kalau jadi pape kat dia macam mana?!"

Puan Suraya sudah mula hilang sabar.Takut terjadi sesuatu pada anak sulungnya.

"Kenapa ni?" soal Fawwaz Rizqi yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

"Ayong hilang.." balas Sofiyya.

"Fiyya hilang?!"

Terkejut dia mendengar kata adik tirinya.Seingatnya semalam gadis itu ada sahaja dan pagi ini dikhabarkan hilang pula.

Baru dia teringat,gerak geri gadis itu semalam agak pelik.Dia yakin Safiyya tidak hilang tetapi melarikan diri!

"Dah,sekarang ni kita solat dulu.Kita sama-sama doa supaya Fiyya selamat.." kata Tengku Raziq.

Mereka mengangguk setuju.Setelah selesai solat subuh secara berjemaah,mereka berkumpul di ruang tamu itu.

Puan Suraya sudah seperti hilang arah.Sofiyya pula tidak henti-henti memberi kata-kata semangat kepada mamanya.

"Abang,kita buat laporan polis je lah.." ujar Puan Suraya.

"Tak boleh,Su.Selagi belum 24 jam,kita tak boleh buat laporan.."

"Abang,Fiyya hilang!Su takut dia kena culik.Su risaukan Fiyya.."

"Mama,Fawwaz rasa Fiyya tak kena culik.." kata Fawwaz Rizqi.

Semua mata memandang Fawwaz Riqzi.

"Maksud Fawwaz?"

"Erm..Fawwaz teka je.Mana tahu dia larikan diri.Ye lah,mama kan dah tampar dia semalam.."

Puan Suraya diam seketika.Mungkin betul kata anak tirinya itu.Salah dia juga kerana menampar anaknya.

Selepas bersarapan,kedengaran orang memberi salam.

Safiyya masuk ke dalam rumah itu dengan hati tidak rela.Kalau tidak disebabkan papanya,belum tentu dia balik ke rumah ini.

Puan Suraya terus memeluk anak sulungnya.

"Fiyya!Fiyya pergi mana ni?Mama risau tau tak?!"

"Mama tak payah risau lah.Fiyya gi rumah papa je.Hidup lagi.Tak mati lagi.." balas Safiyya acuh tak acuh.

"Fiyya!" tegur Encik Nizam.

"Erm..Fiyya naik bilik dulu lah.."

Safiyya beredar naik ke tangga.Sewaktu itu,dia bertembung dengan Fawwaz Rizqi.

"Kau dari mana?"

"Perlu ke kau tahu?"

"Kau memang betul-betul melampau Fiyya!Kau tak kesiankan mama kau ke?!Mama kau macam orang hilang arah tau tak bila tahu kau hilang!Cuba lah kau berubah sikit!Jadi matang!Jangan buat perangai macam budak-budak!"

"Huh..kau tu orang luar.Tak perlu lah nasihat aku.Aku tahu jaga diri aku.."

Safiyya menjeling Fawwaz Rizqi kemudian dia berlalu masuk ke dalam bilik.

🌸🌸🌸

"Ayong,ayong pergi mana semalam?" kata Sofiyya.

"Aku ada je kat rumah papa.Kenapa?"

"Ayong ni.Kesian mama tau.."

"Mama je kau kesian?Habis aku?"

"Ayong,mama dengan daddy dah kahwin pon.Jangan lah macam ni.." pujuk Sofiyya.

"Tah lah,Sofi.."

Safiyya melepaskan keluhan.

"Ayong,jangan lah buat mama risau.Mama sayangkan ayong.."

"Kalau betul mama sayangkan aku,mama takkan kahwin dengan Tengku Raziq.." balas Safiyya bersahaja.

"Sofi tak tahu nak cakap apa dah.Sofi keluar dulu lah.."

Sofiyya beredar ke luar.

"Sofi,ayong buat apa?" kata Puan Suraya.

"Ayong baring kat atas katil.."

"Hurm..tak pe lah.Mama nak keluar kejap dengan daddy.Fawwaz,jaga rumah ye.." pesan Puan Suraya.

"Baik,ma.." balas Fawwaz Rizqi.

Sofiyya dan Fawwaz Rizqi hanya memerhati Puan Suraya dan Tengku Raziq masuk ke dalam kereta.

"Sofi.."

"Hurm.."

"Lusa kita berkhemah kan?"

"Ha'ahlah,macam mana lah aku boleh lupa.Erm,aku naik kejap.Nak kemas baju.Takut lupa pulak.."

"Okay.."

Safiyya yang berada di dalam bilik hanya membaringkan tubuhnya lalu mengambil bantal kemudian dipeluknya.

Fonnya dicapai.

Bff🏖🏜🏞⛱

Natalia
Hi guys😁

Farhana
Apa kau?

Arisya
Korang dah siap ke kemas barang2 kem?

Natalia
Belum lagi..

Farhana
Aku dah..

Arisya
Fiyya,kau baca je?Tak nak balas ke?

You
Sorry.Aku tak de mood😞

Natalia
Kenapa ni?Kau patutnya happy tau lusa kita nak pergi camping..

Farhana
Betul😂

You
Okaylah.Aku nak rehatkan diri kejap..

Fonnya ditutup dan diletakkan di sebelah katil.

DIA Bidadari Di HatikuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora