Bab 30 - Future?

116 11 1
                                    

Dia melihat sekeliling, hanya api marak menyapa pandangan. Tiada langsung tanda sahabat-sahabatnya.

'Apa yang terjadi?'

Sebentar tadi, mereka baru sahaja bergelak tawa tentang kolej atau universiti yang akan mereka masuk. Baru sebentar tadi, dia mendengar jenaka Lufti yang membuatnya ketawa kecil.

Baru sahaja sebentar tadi dia melihat Khairul dimarahi Jake. Baru sahaja dia berbual dengan Zakuan, selepas itu... hanya api marak yang menyapa pandangannya.

Perlahan-lahan api marak itu membuka laluan membuatkan dia menyengetkan kepala. Tidak mahu menunggu dengan lebih lama, dia melangkah melalui laluan itu.

Matanya memerhati sekeliling, kaca yang menunjukkan cebisan memorinya membuatkan dia tersenyum kelat. Memori sewaktu dia kecil sehingga sekarang.

Susuk tubuh rakan-rakannya mula terbentuk sebaik dia sampai di pengakhiran laluan api.

Khairul, Zakuan, Jake, Daniela, Khaisara, Reo, Zana, Riana, Rania, France dan yang lain-lain.

Tunggu...

Dia menoleh ke belakang apabila terasa seperti ada orang yang memerhatinya. Dua orang individu, seorang gadis berambut biru gelap dan seorang pemuda berambut putih tersenyum ke arahnya.

"Nice to meet you, headmaster." Gadis dan pemuda itu membongkokkan badan, tanda hormat.

"A-apa?" Belum sempat dua individu itu menjawab, api marak kembali menyelubungi pandangannya.

--AZ!

Muaz!

Woi bangunlah!

Mengapa dia mendengar suara Jake memanggilnya? Bukan dia sudah tidur ke?

Woi, pendek!

Bangunlah!

Pelik, suara Zakuan pula dia dengar. Apa sebenarnya yang terjadi? Itu semua mimpi ke?

Muaz...

bangun sebelum aku makan semua biskut kau!

Ugutan dari Lufti pula kedengaran. Dia tertidur ke? Apa maksud semua ni?

Muaz...kau kena bangun dari mimpi ni.

'Muaz, please wake up! We need you!'

What the heck?!

Apa maksud semua benda ni?!

Dia langsung tak faham apa-apa!

"Muaz! Just wake up!" Jeritan Zakuan membuatnya membuka mata perlahan-lahan. Dia menutup matanya kembali sebelum membukanya semula. Tubuh lesunya dibiarkan terbaring, kesakitan setiap pukulan masih terasa walaupun sudah beberapa jam.

"Luft. Muaz dah bangun!"

"...Kenapa setiap Khairul tak ada mesti kau pengsan Muaz?" Lufti menyoal, mata biru kelabu merenung manik hitam milik Muaz. Soalan itu membuatnya terdiam sebelum tersenyum janggal.

"...Tak -tak ada apa-apa." Dia membalas laju sambil mengelengkan kepala. Mata hitam miliknya tidak membalas tatapan mata biru kelabuan Lufti. Bahagian dalam bibirnya digetap perlahan.

No--to freakinh--hell, I will let them know!

"Yeah, you won't let your 'family' know about what you truly are huh, doll?"

'Suara tu-! M-macam mana?!' Muaz segera mengalihkan pandangan lalu menutup mata tidak mahu sesiapa melihat warna matanya.

"Muaz kau okay?"

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now