Bab 7- Masa untuk kelas

237 22 0
                                    

"Wei...apa patut aku buat? Aku nak tolong dia tapi...aku takut." tanya Khairul bersama senyuman kelat. Daun pokok sakura gugur dan mengenai mukanya. Angin bertiup sepoi sepoi bahasa.

"Heh, aku patut tahu. Terima kasih, Tuan Ryozo." gumamnya perlahan sebelum bangun dari duduk. Mata biru lautnya memandang sayu bayangan Tuan Ryozo.

Dia mengangguk faham sebelum berjalan pergi meninggalkan pokok sakura.

"Aku..akan cuba."

□□□□□

"Macam mana Mori-san?" soal France apabila melihat Doktor Mori menangguk angguk, selepas memeriksa keadaan Daniela.

"Dia cuma demam biasa, dia pengsan sebab tak cukup tidur dan tak makan sarapan." jawab Doktor Mori, selamba. Sebelum memandang ke arah pintu. Khairul yang berdiri di situ hanya menatap mata Doktor Mori, kosong.

"France, kau boleh keluar."

"Baik." balas France sebelum melangkah keluar dari bilik rawatan, meninggalkan Doktor Mori dan Khairul bersendirian. Ouh..tidak lupa juga, Daniela yang masih pengsan.

"Ada apa kau nak cakap dengan aku?" soal Mori. Matanya menatap tajam mata biru laut Khairul.

"Ia tentang Daniela." jawab Khairul tenang, dia tersengih sebelum berjalan mendekati Daniela yang tidur di katil.

"Nia, aku tahu kau dah jaga." ujarnya sebelum mengoncang sedikit tubuh Daniela. Daniela mengeliat kecil sebelum membuka mata, membuatkan Mori terkejut. Macam mana?

"Tau, tau je kau ni." balas Daniela sebelum bangun dari perbaringan. Mata merahnya memandang Mori yang terkejut.

"Hehe~ Yo, Mori-san!" sapa Daniela selamba, dia tidak menghiraukan pandangan terkejut Mori. Khairul di hadapannya, hanya diam.

"Nee..Nia, kau ingat tak apa yang jadi tahun lepas?" Khairul menyoal, membuatkan Daniela mengiringkan kepala ke kiri, tak faham.

"Tahun lepas? Hmm..,"

"Kau ingat tak?" soal Khairul.

"Kalau tak silap aku, aku jatuh dari tempat tinggi dan ada tangan cuba capai tangan aku, tapi tak dapat." jawab Daniela sebelum perutnya berbunyi. Serentak itu, mukanya merah.

"Lapar, betul." ujar Khairul sambil mengelengkan kepala. Mori di belakangnya cuba menahan ketawa.

"Baka!" jerit Daniela, menahan malu. Kedua-dua belah tangannya menutup muka. Bukan salah dia! Perut dia yang berbunyi tiba-tiba!

"Nah." ujar Khairul sebelum menghulurkan sebungkus roti berperisa jagung di hadapan Daniela.

Mata merah Daniela terus bersinar teruja sebelum mengambil roti jagung.

"Mhm! ROTI JAGUNG!" jeritnya tanpa sedar, yang dia diperhatikan oleh Khairul dan Mori. Bungkusan plastik dibuka, sebelum dia mula makan roti jagung seperti kanak-kanak yang mendapat gula-gula.

"Terima kasih!" ucapnya setelah habis makan roti. Daniela tersengih tanpa rasa bersalah saat melihat Khairul mengelengkan kepala.

"Uhm...Nia lepas sekolah, kita pergi mall boleh tak?" tanya Khairul sambil menunduk. Daniela yang mendengar hanya menganggukan kepala, setuju.

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now