Bab 3 - Musang...

309 39 0
                                    

Dewan terbuka.

"Reo, mana?" soal France saat, dia dan Daniela melangkah masuk ke dalam dewan. Rata-rata pelajar yang berada di situ adalah kelas Black dan kelas White.

"Bilik rawatan, kena tumbuk dengan Jake." balas Daniela sebelum memandang ke atas pentas. Seorang wanita berusia lewat 40-an hanya berdiri di situ tanpa berkata apa-apa.

"Apa orang tua tu buat dekat sini?" soal Daniela lebih kepada berbisik, saat mata biru sang wanita bertemu dengan mata merahnya.

"Entah." balas France sambil mengangkat bahu, untuk pengetahuan kamu semua.

Wanita kat atas pentas itu adalah pengetua Secret Academy, Quin Fragile. Kuasanya ialah Ais dan Angin. Kelebihannya ialah batalkan kuasa orang atau lebih dikenali sebagai Naturalize.

Ada dua kelebihan yang boleh membatalkan kuasa. Salah satunya ialah Naturalize. Naturalize, ialah kelebihan untuk membatalkan kuasa seseorang dan ia sentiasa aktif.

Lagi satu ialah Pacification. Ia membenarkan pengguna menenangkan orang dan mengambil sedikit kuasanya. Ia terdapat kesan sampingan.

"France, Nia!"

Serentak mereka berdua menoleh ke belakang, saat seorang pemuda berambut hitam bermata ungu melaungkan nama mereka.

"Lance." Daniela berkata perlahan sebelum memandang France yang berdiri disebelahnya. Bahu pemuda tersebut ditepuk sebelum dia berlalu pergi. Sempat dia berkata sesuatu yang membuatkan mata France yang datar bertukar tajam.

France menaikkan hud bajunya sebelum tersenyum sinis. Mata birunya menjadi datar semula,saat terlihat adiknya mengacau Blaze.

France hanya diam memerhati tingkah laku adiknya, Lance Taufiq yang dikejar oleh seorang pemuda berambut hitam bermata dwiwarna, merah dan biru.

"France!" Lance yang berlari terus bersembunyi di belakang France yang blur. Pemuda bermata dwiwarna, Blaze Ammar berdiri di hadapan France dengan wajah bengang.

"Lance..." ujar Blaze dengan nada yang mengerikan bercampur dengan aura gelap yang keluar dari badannya membuatkan Lance menelan air liur.

"Apa dia buat kali ni, Blaze?" soal France tenang, mata birunya menatap mata dwiwarna Blaze tenang.

"D-dia... cuba nak bunuh aku!" ujar Blaze, cuba menahan marah. France mengangkat bahu sebelum mengerling ke arah Lance di belakangnya.

"Lance... kau tau kan kita ni kumpulan?" soal France sebelum kepala Lance diketuk kuat. Lance terus menjerit kesakitan.

"Daiz! France tak sayang aku!" rengeknya kepada pemuda berambut putih yang berdiri di sebelah Blaze. Pemuda berambut putih yang dipanggil oleh Lance hanya membunyikan lidah, pura-pura pekak.

"Siapa je yang sayang kau? Muka pun hodoh, ada ke perempuan yang sayang kau eh? Ah... ya... Ibu dan Fi je perempuan yang sayang kau." balas France dengan nada sarkastik sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.

"Kau nak pergi mana?" soal Daiz, pemuda berambut putih bermata merah. Sekali pandang macam baik, sepuluh kali pandang macam pyscho.

"Tengok Reo." ringkas balasan France sebelum dia hilang dari pandangan. Daiz mengelengkan kepala, seorang dah macam mayat hidup, dua orang macam beruk dan lagi seorang suka buat kerja sendiri. Nasib dialah dapat kumpulan macam ni.

"Lance!" Lufti melambaikan tangan ke arah Lance yang bersembunyi di belakang Daiz. Lance membalas sebelum kepalanya diketuk lagi oleh Blaze.

"Jangan buat kerja gila, Lance Taufiq." Blaze dengan lembutnya menyebut nama Lance, membuatkan bulu romanya tegak.

"Wuaaaa! Daiz, Blaze nak bunuh aku!"
"Sini kau musang kecik!"

"Daaaiizzz!"

Bergegarlah dewan dengan jeritan malaun bernama Lance Taufiq yang kelihatan seperti rohnya sudah kelihatan keluar dari badan.

"Semoga dia bersemadi dengan aman, dulu budak tu pelik orangnya."

"Aku akan rindu dia!"

Murid-murid yang berada di dewan mula berdrama, membuatkan Lance yang hampir pengsan menjerit.

"Aku masih hiduplah!"

"Ahh... kau dengar bunyi nyamuk tak Lufti?" Daiz menyoal Lufti yang berada di sebelahnya. Lufti mengeleng membuatkan Lance bangun sebelum mengoncangkan tubuh Lufti.

"Yang kau pergi angguk pasal setan?!"

"Eh... mengaku pulak engkau setan."

"Engkau....!"

"Taulah aku kacak, tak payahlah nak cemburu." ujar Lufti datar, membuatkan Lance mengeluh kasar.

"Engkau demon terkutuk."

"Engkau musang sawan."

"Kau berdua,..."

"Demon terkutuk!"

"Musang sawan!"

"Kau berdua...!" Khairul menarik Lufti menjauhi Lance manakala Daiz menarik Lance menjauhi Lufti saat, mereka berdua kelihatan seperti mahu beradu kuasa.

"Jangan nak jadi lembap sangat boleh tak?! Aku taulah kau berdua banyak makan semut sebab tu otak lembap, tapi... kalau dewan ni rosak siapa nak bayar?!" jerkah Jake yang menghentikan mereka berdua dari bergaduh.

Kedua-dua mereka hanya menguis lantai sambil menuding ke arah Jake, "Engkau."

"Lembap."

Bilik rawatan

"Reo, aku masuk okay?" pinta France, dari luar dia dapat mendengar bunyi benda menghempas dinding. Segera pintu di tolak, benda pertama yang menyapa matanya ialah Reo dan dinding yang pecah.

"Reo..."

"Apa kau buat kat sini? Nak provok aku lagi? Pergi matilah!" balas Reo kasar, dia berjalan ke arah katil sebelum duduk di atasnya.

"Reo..."

"Apa Raiden?! Apa kau nak dari aku?! Tak cukup ke kau hampir bunuh Rin dan Roy?!" jerkah Reo marah, membuatkan France tersentak.

Ah... dia berhalusinasi lagi. Dia mesti ingat aku, Raiden. Ch... orang tak guna tu... menyusahkan orang sahaja.

France mendengus dalam hati. Mata merah Reo yang hilang sudah hilang sinarnya ditatap sayu.

"Reo, ni aku France. Raiden dah mati, kau kena terima!"

"Tak! Raiden masih hidup! Dia nak bunuh Rin dan Roy!"

France mengeluh kasar, rambut hadapannya diraup ke belakang. Di hadapannya ialah Reo yang trauma.

"Reo, kau ok tak?!" jerkah France, serentak itu kuasanya meningkat. Kawasan dia berdiri merekah akibat tekanan yang dilepaskan.

"Ch... Aku ok!" balas Reo. Mata  merahnya bersinar teruja. Secara memdadak auranya dilepaskan. Katil hampir runtuh kalau bukan disebabkan penyokong yang diletakkan padanya.

"Ah... haha!" France ketawa besar melihat keadaan itu. Mata biru hijaunya terus hilang sinarannya, dia meluru ke arah Reo.

Saat dia melompat untuk menumbuk, dia berubah menjadi seekor musang berbulu biru kehijauan. Musang itu mendarat di hadapan muka Reo.

"Hey... aku yang sakit tau tak tengok kau macam ni! Aku taulah, aku ni cuma abang angkat tapi aku tetap sakit!" Musang ataupun France menjerkah membuatkan aura Reo hilang.

"Musang...?"

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now