Prolog

908 76 4
                                    

A doll, the wolves, the foxes and a blue demon. The wheel of fate is spinning and in the matter of time, their fate...

Will crumble or... perish?

10 tahun yang lalu

"Ayahanda tak suka dengan sikap kamu ni Mika!" Raja Ayze mengelengkan kepala melihat perangai puteri bongsunya. Pakai pun macam lelaki!

"Biarlah dia ayahanda. Sekurang-kurangnya dia tahu cara untuk mempertahankan diri bila diserang." bantah Putera Damian memenangkan Puteri Mikaella yang tunduk, menguis lantai.

"Dia tu perempuan. Buatlah cara perempuan, ni tak adab ke laut. Asyik-asyik, lawat kawasan. Asyik-asyik ada latihan." bebel Permaisuri Lucy.

Puteri Mikaella yang mendengar, memusingkan bebola mata. Salahkah jika dia mahu belajar? Asyik terperuk di dalam istana, mestilah dia bosan.

"Hmm... apa-apa jelah." balas Puteri Mikaella, malas. Jadual pemeriksaannya padat.

"Kamu kena datang! Majlis itu untuk meraikan ulang tahun kelahiran kamu dan Mikael." bantah Ayahanda.

"Kenapa Mika? Mikael kan ada. Buat apa Mika datang, kalau semua penduduk tak suka Mika?" bidas Puteri Mikaella.

"Kamu kena datang." Raja Ayze berkata tegas.

"Yelah." Mikaella membalas malas, ayahanda kalau buat keputusan memang muktamad! Kau berdalih sekalipun, kalau hitam jawapannya memang hitam. Suka tak suka tolak tepi.

"Oh ayahanda. Ayrin ada nampak Birch pergi kawasan larangan." ujar puteri sulung kerajaan Malam, Ayrin Aiman.

'Mesti dia ada agenda. Setiap kali meronda mesti nampak dia. Tak serik serik betul. Aku tikam baru tau.' desis hati kecil Puteri Mikaella, geram.

Bila lawat kawasan je muka Birch, lawat kawasan muka Birch. Tak ada tempat lain ke?!

"Ada hal yang sangat mustahak kut." Sang Raja, Raja Ayze tetap memenangkan Birch. Anak sendiri pun tak nak dengar, si pengkhianat tu jugak kau menangkan. Lembab!

"Ayrin, Mika. Jom pilih baju untuk malam ni." Permaisuri Lucy mengajak kedua-dua orang puterinya. Puteri sulung, Ayrin mengangguk teruja manakala si bongsu hanya mengangguk malas.

"Yay pilih baju!" Ayrin bersuara teruja, sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke bilik persalinan keluarga.

'Bosanlah, yang bonda ajak aku ikut pasal sih?' Hati Puteri Mikaella membentak, namun di ikutkan jua permintaan sang bonda.

Bilik persalinan keluarga diraja.

Mikaella

"Dah sampai." Ujar Permaisuri Lucy, memanglah sampai tak akan nak pusing satu istana baru sampai? Fikirlah!

"Bosan." ujarku malas, aku berjalan ke sofa dan memerhati Bonda dan Ayrin sambil menongkat dagu.

"Bonda boleh tak Ayrin nak baju yang designnya ringkas? Kalau komplex sangat susah." tanya Ayrin.

"Sure" balas bonda.

"Bonda boleh tak-"

Bonda memotong percakapanku, "No"

"Why?" tanyaku.

"Wear gown. Please my daughter im begging you" ujar bonda dengan nada memujuk. Kau tau kan aku tak suka pakai gaun!

"Fine. BUT Mika akan pakai gaun yang tak terdedah ok." balasku dengan nada datar. Malas nak ambil tahu.

"Alright then." ujar bonda.

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now