Bab 17 - Regeneration...

145 17 10
                                    

France mengetap bibir, apa yang harus dia lakukan agar perkara yang akan berlaku sebentar lagi akan terbatal? Dia kusut, mata biru kehijauannya masih memandang senjata-senjata tajam yang terapung di sekeliling sekolah. Seperti mahu merobek semua organ penting, murid-murid.

"Storm," sepatah perkataan digumam perlahan sebelum seekor musang kecil muncul di sisinya. Musang kecil berbulu biru kehijauan itu melayang-layang di sisinya.

"Hm? Yes, what can I do for you, Prince of the Valor Kingdom?" Musang bernama Storm itu menyoal sinis. France menjeling sebelum menggaru kepalanya.

"Find that ferrokinesis user and force him to retreat or maybe injurt him a bit," arah France perlahan sebelum berpaling. Mata biru kehijauannya tersembunyi disebalik rambutnya.

"...Seseorang akan tercedera nanti." gumamnya perlahan sebelum mengorak langkah, tanpa berpaling.

Storm-musang kecil-hanya mengangguk sebelum hilang dari pandangan atau lebih tepat, mencari si pengguna ferrokinesis.

□□□□

"Oit, Dani," Khairul menyapa dari belakang membuatkan Daniela terkejut namun tidak ditunjukkan.

"Hm?" Daniela membalas, mata merahnya masih memandang kawasan akademi yang dikepung oleh senjata-senjata tajam.

"Kau fikir apa? Jarang kau mengelamun."

'..aku mengelamun sebab engkau, beruk.' Daniela berkata dalam hati, matanya menatap meja yang beralas cantik di hadapannya.

"Hah?"

"Benda buruk akan berlaku," Daniela menjawab perlahan, sangat-sangat perlahan.

Khairul menangguk perlahan sebelum membuang pandangan keluar tingkap. Apa yang menyapa matanya bukanlah sesuatu yang dia harap akan berlaku.

"Dani, baik kau tunduk." arah Khairul sebelum menjelmakan pedangnya, bersedia untuk menahan impak apapun sesuatu itu.

Daniela akur dengan arahan Khairul, dia duduk di atas lantai sambil memeluk lutut. Selepas itu, dinding retak dan berlubang besar!

Mata merah darahnya membulat saat melihat gerangan siapa yang memecahkan dinding! Orang yang sudah dianggap mati beberapa tahun lalu, kini muncul di hadapannya.

"Harris..."

Harris menghilangkan meriam yang digunakannya tadi. Mata dwiwarnanya menatap mata biru Khairul seketika sebelum beralih kepada Daniela yang berusaha menjadikan dirinya halimunan.

Khairul menghela nafas pendek, pegangan pada hulu katana dieratkan. Bersedia untuk apa-apa kemungkinan.

"Engkau Harris...budak yang orang ramai sangka mati." Khairul berkata tenang tapi mata birunya menatap tajam.

"Ya, aku ialah Harris. Engkau mesti Khairul dan gadis dekat belakang kau tu Daniela." Harris membalas tenang. Tangan kiri diangkat paras bahu lalu pedangnya muncul.

"Rul...jangan mati," Itu merupakan kata-kata Daniela sebelum dia hilang dari pandangan atau lebih tepat lagi halimunan. Khairul tersenyum kecil sebelum ketawa.

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now