Bab 1 - Assassin.

581 53 2
                                    

Bang

Bang

Sayup-sayup kedengaran bunyi tembakan. Seorang gadis berkerudung hitam mengelak setiap tembakan yang dilepaskan.

"Cepatlah!"

Sang gadis mengusik si pemuda yang menembak. Sang pemuda berambut putih mengeluh kasar sebelum meletakkan pistol di atas meja.

Ya, mereka berdua berada di bilik latihan. Berlatih untuk menajamkan fikiran. Sang pemuda duduk bersila manakala si gadis memeluk tubuh.

Kring!!

Serentak telefon mereka berdua berbunyi, manandakan ada panggilan masuk. Mereka berdua menjawab panggilan sambil berbalas jelingan.

"Hello?" Serentak mereka berdua bertanya, si gadis tersenyum herot mendengar ayat orang di sebelah sana. Sudah lama, dia tidak melihat darah. Kini peluangnya datang kembali!

"Baik, aku datang sekarang." Mereka berdua membalas serentak sebelum orang disana meletakkan panggilan.

"Macam mana?" Si gadis berkerudung menyoal, senyuman sinis menghiasi bibir. Tidak sabar mahu kembali ke dalam dunia kecilnya.

"Sabarlah. Ace tak cakap apa-apa lagi, pun." Si pemuda membalas, nada suaranya teruja. Sudah hampir 3 bulan mereka meninggalkan dunia kecil mereka. Rindu pula.

"Yelah, yelah. Khairul." Balas si gadis, dia menurunkan penutup kerudungnya menampakkan rambut hitamnya yang diikat ekor kuda.

Khairul Ahmad, si pemuda berambut putih menjeling sebelum bangun dari duduk dan berjalan keluar meninggalkan si gadis bersendirian.

"Daniela!" Jeritan seseorang menyentakkan si gadis kembali ke dunia realiti setelah berangan membunuh sasarannya. Jangan ditiru perkara ini tau!

Gadis berambut hitam, Daniela Arakawa memandang kosong sahabatnya yang termengah-mengah di hadapannya. Serupa macam nampak hantu!

"Kau nampak hantu ke?" Daniela menyoal, apabila melihat pernafasan sahabatnya kembali teratur.

"Bukan hantu tapi...,"

"Biar aku teka, Killua Zoldyck lagi?" Daniela menganggak apa yang akan diperkatakan oleh sahabatnya itu. Faham benar apa yang ada dalam fikiran sahabatnya itu.

"Hehe~" gadis berambut coklat tersengih kerang busuk. Melihat senyuman sahabatnya, Daniela mengeleng.

"Tak, aku tak akan beli buku tu." Tegas dia berkata. Wajah gadis berambut coklat berubah muram.

"Ala~ Nia belilah! Please!" Dia cuba memujuk sahabatnya untuk membelikannya buku manga bertajuk 'K: Lost Small World' yang tengah hangat di pasaran.

"Yelah." Akhirnya Daniela mengalah, gadis berambut coklat itu bersorak teruja. Bergegar rumah itu akibat jeritan Khaisara Ahmad, kakak Khairul.

"Balik nanti aku beli, tengoklah kalau buka aku beli." Daniela membalas tidak pasti, lagipun sudah hampir waktu tengah malam.

"Hm~!" Khaisara membalas sebelum Daniela berjalan keluar dari bilik tersebut. Sebaik dia keluar dari bilik latihan, kumpulannya dan kumpulan Khairul berada di depan pintu.

"Ada apa?" Daniela bertanya, saat semua orang memandangnya tajam. Dia mengiringkan kepala ke kiri tanda tidak faham.

"Jom, nanti lambat pulak!" Khairul menarik tangan Daniela. Serentak itu kedengaran siulan-siulan nakal dari ahli-ahli kumpulan mereka.

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now