Bab 26 - Kerisauan

102 13 2
                                    

"Kenapa dia tak jawab?" gumam Zakuan. Dia mundar-mandir di hadapan sofa biliknya. Sudah berkali-kali dia menelefon Afwan namun disapa oleh suara wanita. (Operator)

Gzzrt

Telefonnya bergetar, segera dia menjawab tanpa melihat nama pemanggil. Namun dia terdiam apabila mendengar suara Luqman di hujung talian.

"Oi Zakuan. Aku jumpa Afwan dekat mana."

"Dekat mana?" Zakuan menyoal perlahan. Tidak mahu sesiapa pun mendengar perbualan mereka.

"Dekat lorong sebelah pasaraya." jawab Luqman setelah berdiam diri seketika. Dia melirik ke arah Afwan yang terperangkap dalam ais. Lufti dan Tachihara cuba mengeluarkannya namun tidak berjaya.

"...Roy dan Rin?" Suara Zakuan bergetar ketika bertanya soalan dari hujung talian. Luqman mengeluh sebelum mengeleng walaupun dia tahu Zakuan tidak melihatnya.

"...Aku datang sekarang." balas Zakuan seperti faham dengan maksud Luqman. Talian diputuskan lalu telefonnya dimasukkan ke dalam saku.

"Macam mana?" soalnya kepada Lufti yang cuba menggunakan kuasa aisnya untuk memecahkan ais itu namun gagal.

Lufti mengeleng. Ais itu terlampau utuh! Tak mungkin kuasa aisnya mampu memecahkan ais itu! Dia mengundur ke belakang apabila Tachihara melangkah mendekati ais tu.

Tachihara menumbuk ais bertubi-tubi. Sebelum mengundur ke belakang. Dia berdecih apabila melihat ais tersebut tetap utuh. Tiada calar! Kedua-dua belah tangannya diurut.

"Ni ais ke batu? Sakit tangan aku dibuatnya," rungut Tachihara sebelum menendang ais itu. Dia memegang kakinya sambil melompat.

"SAKIT!" jeritnya sambil melompat-lompat memegang kakinya. Luqman dan Lufti yang melihat hanya mengelengkan kepala.

Api biru muncul secara tiba-tiba ke arah mereka. Lufti segera menjelmakan perisai ais. Asap terhasil akibat pertembungan dua elemen berbeza itu.

Kelibat seorang pemuda muncul ketika kepulan asap mulai menipis. Luqman menghela nafas lega.

"Zakuan! Kau buat aku terkejut tau tak!" Lufti mencekak kolar baju Zakuan sebelum mengoncangkan tubuh Zakuan.

"Maaf." jawab Zakuan selamba. Sudah lali dengan perbuatan Lufti. Tachihara yang melihat Zakuan segera mengundur ke dalam bayang sebuah bangunan.

Luqman hanya ketawa melihat Lufti dan Zakuan tanpa niat untuk meleraikan mereka berdua. Lufti menghentikan goncangannya sebelum melepaskan cengkaman pada kolar baju Zakuan.

Zakuan membetulkan kolar bajunya. Mata merahnya menatap ais yang memerangkap Afwan. Kening diangkat sebelum tersenyum.

"Flare." ujar Zakuan sebelum api berwarna biru muncul di hadapannya. Luqman dan Lufti segera menjauhi Zakuan.

Api biru muncul secara melintang dan mengenai ais yang memerangkap Afwan. Ais itu mulai mencair namun Afwan langsung tidak cedera.

Ais itu melebur sepenuhnya, membolehkan Afwan bergerak mendekati mereka sambil memeluk tubuh. Kesejukan.

"Jom balik. Afwan kau kena tukar baju. Nanti jumpa aku dekat tempat biasa." arah Luqman sebelum dia dan Lufti berlalu pergi. Bayangan seseorang mengikuti mereka dari belakang.

"Jom balik Afwan!" Zakuan mengajak. Afwan hanya mengangguk masih memandang kumpulan Luqman yang berjalan keluar dari lorong tersebut.

"Jom."

□□□

"Reo...Hariq." Seorang pemuda yang tidak kelihatan wajahnya kerana topeng yang dipakainya memandang dua orang kanak-kanak yang menatapnya ketakutan.

"Arina," Dia memanggil seorang wanita berambut jingga yang berdiri di dalam bayang di sekelilingnya. Arina melangkah keluar dari bayang.

"Ya." jawab Arina, wanita berambut jingga. Mata merahnya menatap wajah pemuda bertopeng tanpa emosi.

"Boleh bawa dua orang kanak-kanak ini ke bilik mereka? Bagi bilik terbaik kita. Aku tak nak Reo bunuh aku nanti." arah si pemuda bertopeng. Arina mengangguk sebelum mengamit dua orang kanak-kanak itu ke bilik mereka.

Senyuman terukir di bibir si pemuda bertopeng walaupun tidak kelihatan.

"Putera mahkota Kerajaan Bintang. Lufti Kurogami. Engkau lepas ini." ujarnya sebelum ketawa besar.

□□□

"Afwan, engkau kenal bukan. Orang yang bekukan engkau?" soal Luqman. Sebaik sahaja Afwan melangkah masuk, Luqman menyoal.

"...Salah seorang ketua Red Eagle. Fahrin Taufiq." jawab Afwan sebelum menghempaskan dirinya ke atas sofa empuk.

Luqman diam lalu berpeluk tubuh. Dia bersandar pada dinding memandang keluar. Otaknya ligat berfikir.

"Jadi...mereka nak Rin dan Roy. Kenapa?" Luqma membalas. Jika Red Eagle menculik adik-beradik Hariq, persoalannya apa?

"...aku tak tahu."

"Senang sahaja jawapannya. Ugutan, Red Eagle nak ugut Reo," Tachihara menyampuk dari sofa panjang. Dia berbaring di atas sofa. Mata Afwan menatapnya hairan. Dari mana dia muncul?

"Ugutan..." Luqman mengerutkan dahi. Cuba memahami mengapa Red Eagle sanggup bersusah payah menculik adik-beradik Hariq.

"...Red Eagle terkenal kerana teknik mereka merekrut ahli baru. Melalui ugutan; iaitu membunuh orang yang tersayang jika ahli baru itu tidak menjalankan tugasnya atau memberontak." Tachihara menjelaskan panjang lebar tentang teknik Red Eagle. Mata Luqman dan Afwan membulat apabila tersedar sesuatu.

"Senang sahaja bukan?" Tachihara mengejek mereka berdua sinis. Mata hazelnya menatap siling putih. Tidak tahu patutkah dia sebutkan tentang France.

"Jadi...Red Eagle nak Reo masuk kumpulan dia-lah?" Luqman menyoal. Mata coklatnya menatap taman rumah yang terlihat.

"Yup, tapi aku rasa...dia nak semua Black Red." balas Tachihara. Tangan kirinya diletakkan di atas dahi.

"Black Red? " Afwan menyoal kembali dengan wajah keliru. Dia seperti pernah dengar nama Black Red, tapi di mana?

"...Kumpulan Reo." jawab Luqman perlahan. Dia menunduk, tangan kirinya digenggam erat. Afwan terdiam.

"..." Hening menemani mereka bertiga. Tachihara sibuk melayani fikirannya, Luqman memikirkan tentang sesuatu manakala Afwan hanya diam.

"...Habislah." Lufti yang berada di luar pintu mengenggam erat tombol. Bibir diketap kuat.

'Kenapa aku?'

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now