Bab 2-New Day

371 38 0
                                    

Secret Academy

Daniela, Khairul dan rakan-rakan mereka berdiri di hadapan pintu gerbang sekolah. Walaupun jauh dari pelajar-pelajar yang lain, telinga mereka sempat menangkap perbualan pelajar-pelajar yang lalu di situ.

"Aku dengar Akumu dan Louve dah balik, uish... takut ah... yelah mereka kan pembunuh upahan. Nanti kalau ada orang minta mereka bunuh kita macam mana?"

"Ya ke? Takutlah..."

"Dah lah kuat, licik pula tu. Polis pun tak dapat tangkap mereka."

Daniela dan Khairul dalam diam tersenyum sinis mendengar perbualan-perbualan pelajar-pelajar lain.

"Nia!"

Nama Daniela dijerit oleh seseorang membuatkan mereka menoleh ke belakang. Seorang pemuda berambut hitam bermata merah berlari anak mendekati mereka.

"Reo!" Daniela menyapa kembali si pemuda berambut hitam bernama Reo Hariq. Khaisara di sebelah mengangkat tangan bersama senyuman kecil.

"Reo!" ujar Lufti dan Jake serentak. Saat Reo berhenti di hadapan mereka, kepala dia diketuk dengan kuat. Habis benjol kepala Reo. Wajah si pengetuk di pandang tidak puas hati.

"Muaz."

Muaz hanya tersengih tak bersalah. Reo mengembungkan pipi tak puas hati. Aku ketuk kepala kau sampai berdarah, jangan bunuh aku Muaz, bisik hati Reo.

"Kau buat kami risau tau tak?! Hilang tiba-tiba. Aku ingat kau dah tak ada tau tak!" jerkah Jake tiba-tiba. Aura merah menyelebungi tubuhnya membuatkan Reo menelan air liur.

Sumpah, jangan buat Jake bengang atau kau mati. Hatinya berkata sebelum dia ditumbuk di muka.

Reo hanya pasang muka pasrah, sebelum terpelanting mengenai pokok yang berdekatan.

"Tenanglah bro, dia hidup lagi. Kau nak dia mati ke apa? Baru jumpa balik kut!" ujar Lufti sebelum menepuk bahu Jake yang  bengang dengan Reo. Jake yang terasa bahunya sejuk memandang Lufti yang tersengih.

Kurang asam punya kawan, kalau bahu aku je kena beku, tak kisah tapi.. Tangan kanan aku sekali pasal ?! .Getus hati Jake sebelum memandang tajam ke arah Lufti yang sudah cabut.

Mestilah kena lari, Singa dah jaga woi! Tak sayang nyawa kalau kau duduk kat situ, getus hati Lufti sambil berlari ke arah dewan.

"LUFTI KUROGAMI!! SINI KAU DEMON TERKUTUK!" Dia dapat mendengar jeritan Jake yang berada di hadapan pintu gerbang. Pelajar-pelajar yang lain hanya mengeleng kepala, sudah biasa dengan kerenah mereka berdua.

"AKU DEMON YANG BAIKLAH! KAU TU YANG TERKUTUK!" jerit Lufti sebelum dia menambah kelajuan, sedikit sahaja lagi sampai ke dewan namun... Jake yang muncul di hadapannya bersama senyuman yang mengerikan membuatkan dia, mahu berpatah balik tapi mana sempat!

"... Mereka berdua sakit mental." kutuk Muaz apabila mendengar jeritan melayu terakhir oleh Lufti.

"Ya." balas Daniela sebelum berjalan ke arah Reo yang kelihatan seperti mayat hidup. Nota, jangan buat Jake marah atau kau akan jadi mayat hidup seperti budak ni.

"Oit, Reo. Kau ok tak?" soal Daniela apabila Reo cuba bangun dari duduk tapi tergelincir. Harap otak kau baik sikit lepas ni,dan bukannya lebih sawan.

Daniela berbisik dalam hati sebelum menghulurkan tangan kepada Reo. Reo yang matanya berpinar-pinar hanya menyambut.

"Zakuan... kau tolong budak ni pergi bilik rawatan boleh? Aku rasa otak dia bergegar kuat sangat." kata Daniela sebelum memapah Reo yang masih pening. Zakuan mengangguk sebelum memapah Reo dan teleport ke bilik rawatan.

"Aku... nak pergi tengok tempat 'tu'." ujar Daniela sebelum hilang dari pandangan. Khaisara, Muaz, Khairul dan Zana hanya mengelengkan kepala manakala Riana dan Rania hanya mengetap gigi.

"Riana... aku tahu kau masih terkesan dengan apa yang terjadi tahun lepas tapi kita datang sekolah dengan azam baru! Selagi kita tak jumpa siapa yang buat Tuan macam tu, jangan mimpi dia akan tidur lena!" ujar Muaz sebelum menepuk bahu Riana.

Gadis berambut putih panjang itu hanya mengangguk sebelum perlahan-lahan mengukir senyuman kecil. "Ya!"

Rania yang mengetap gigi, hanya diam sebelum memandang langit.

Tahun lepas? Ia sentiasa menyakitkan apabila melihat orang yang menyelamatkan kita mati di hadapan mata sendiri, bisiknya dalam hati.

Daniela yang berdiri di atas dahan pokok, hanya memandang kosong sebuah kawah besar yang berada di bawah. Air matanya bergenang  tanpa dia sedari.

"Nia?" soal seorang pemuda berambut biru kehijauan yang duduk di dahan bersebelahan dengan Daniela. Daniela hanya ketawa kecil sebelum mengelap tubir matanya .

"Aku ok, France." balas Daniela tanpa memandang France. France mengeluh sebelum melompat ke dahan tempat Daniela berdiri.

"Aku tau, kau tak ok." ujar France datar, rambut biru kehijauannya beralun lembut mengikut alunan angin. Daniela tersenyum kecil sebelum memandang France.

"Ya... kau betul." balas Daniela, gadis berambut hitam itu berjalan ke arah France sebelum pisau belati muncul di tangannya.

"Hey France, nak jadikan tahun ini lebih bermakna dari tahun lepas tak?"
Gadis berambut hitam itu tersenyum sinis sebelum pisau belati di tangannya dibaling ke arah France. France hanya membalas senyuman sinis gadis itu, sebelum menangkap pisau belati tersebut.

"Tahun ini akan jadi lebih baik dari tahun lepas, betul bukan lil sis?" tanya France sebelum membaling pisau belati tersebut kepada Daniela.

"Yes, it will." jawab Daniela, pisau belati itu ditangkap sebelum di masukkan kembali ke dalam saku seluarnya.  France tersenyum kelat saat memandang kawah di bawah pohon mereka berdiri.

"Tuan Ryozo." ujar France perlahan, sebelum menundukkan badannya sedikit.

Saat melihat bayangan seorang pemuda berambut hitam seiras Reo, berdiri di tengah kawah besar tersebut. Menatap mereka berdua lembut.

"Jaga anak aku, France Taufiq."

Suara seseorang yang dia kenali meniti di telinga, sebelum menghilang. France mengangguk sebelum memandang Daniela yang sepertinya mendengar suara itu.

"Tuan Ryozo..." gadis berambut hitam itu tersenyum kelat, saat nama tersebut meniti di bibirnya. Wajah France dipandang sebelum mengangguk.

"Kami akan cari siapa dalangnya, Tuan! Tiada siapa akan halang kami!" ikrar mereka berdua serentak. Bayangan pemuda tersebut ketawa kecil.

"I know, I can count on you. Wolf queen." bisik bayangan tersebut sebelum menghilang.

"Sekarang... jom pergi perhimpunan!" ujar Daniela dengan nada teruja. France di sebelah hanya mengeleng sebelum melompat turun.

"Yup..jom pergi perhimpunan."

Rebirth Of The WolvesWo Geschichten leben. Entdecke jetzt