Bab 9-Mall

181 25 0
                                    

"Jom pergi Kantin." ajak gadis berambut biru pekat, bermata ungu-bernama Emily. Sebelah matanya ditutupi topeng. Dia berjalan mendahului Reo.

"Ya, mari pergi." balas Reo sebelum berjalan mengikuti Emily. Emily ketawa kecil.

Tanpa mereka sedar, angin meniup sepoi-sepoi bahasa. Menjatuhkan sehelai daun, sama seperti jatuhnya sebuah kerajaan yang mashyur. Kerajaan Ahmar.

Ya, mereka tidak sedar. Bahawa memori tentang hari itu akan menghantui mereka, pada masa akan datang. Waktu itu, yang hanya boleh menyelamatkan mereka ialah...diri mereka sendiri.

"Waktu tidak menunggu mereka, mereka yang harus mengejar waktu."

"Gadis kecil yang kehilangan takthanya...akan menuntutnya kembali."

Daniela menutup buku yang dibacanya sebelum mengangkat kepalanya. Hampir sahaja dia terbaling buku tu tepat mengenai dahi, orang dekat depan dia walaupun dia tahu orang itu tidak wujud.

"Ish, kau ni! Aku baling buku ni kena dahi kau padan muka! Muncul lagi depan aku. Lain kali, bagi salam atau paling susah...'hi.'," rungut Daniela. Mana taknya baru lepas habis baca buku, tiba-tiba depan mata ada sesuatu. Mana tak terkejut?

"Hehe~ Sorry..."

"Maaf, otak kau! Nasib baik aku tak ada serangan jantung kalau tak...Kha-" Daniela menepuk kedua-dua belah pipinya. Tak percaya yang dia hampir sebut nama kawan baiknya sendiri.

"Cakap jelah~ kau suka dia, Dani~." Si suara menggoda, untuk maklumat lebih lanjut. Mahu sahaja dia baling dengan kerusi. Menyusahkan betul!

"Ah...ya," Daniela mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya. Sekeping gambar. Si suara itu pun turut melihat apa yang ada pada gambar tersebut.

"Hari ni~ Hari jadi aku! Yay! " Si suara bersorak gembira. Nasib hanya Daniela sahaja yang boleh mendengar dan melihat jelmaan seekor serigala di hadapannya. Kalau orang lain lihat, mahu pening kepala.

"Hm...apapun. Happy Birthday. " ucap Daniela dan si serigala jelmaan mula menyalak bagai nak rak.

"Hehe~ Aku dah agak yang kau nak cakap perkara tu sebenarnya~."

"Dan aku tahu kau memang menjengkelkan." ujar Daniela sebelum berjalan meninggalkan serigala jelmaan itu. Ia bernama...Lia. Seekor serigala yang agak hiperaktif kalau ditanya.

"Kejam! "

"Yeah-yeah. Whatever." Daniela membalas acuh tak acuh sambil mengangkat tangan kanan ke atas. Nalurinya berkata, jika dia berlama-lama di situ, sesuatu yang buruk-sangat-sangat buruk akan berlaku.

"Oh ya! Hati-hati dengan helang yang jinak, walaupun ia dah dijinakkan. Ia masih ada sifat liarnya." ujar Lia sebelum menghilang ditelan angin sepoi-sepoi bahasa.

Daniela mengangguk walaupun, dia tahu Lia tidak melihatnya. Kedua-dua belah tangannya yang disarung, sarung tangan bewarna merah hitam ditatap. Dia masih ingat, sewaktu kali pertama kedua-dua belah tangan itu dibasahi darah.

"Hanya...mereka yang berusaha untuk berjaya, akan berada di atas."

Dia masih ingat perasaannya ketika dipaksa menarik picu pistol. Kaki dan tangannya menggeletar seperti diletakkan di dalam bilik bersuhu 5°celcius!

Rebirth Of The WolvesDär berättelser lever. Upptäck nu