Bab 6 - Demam.

248 25 2
                                    

Akhirnya, kepala Lufti benjol kerana ditumbuk oleh Cikgu Reine dan Cikgu Adam. Menangislah si pemuda nakal itu sambil merengek.

"Cikgu kejam! Budak sebaik saya ni dipukul kerana alasan tidak masuk akal! Ini tidak adil!" bentak Lufti. Bagai terlupa di hadapannya ialah guru disiplin sekolah dan guru yang terkejam dalam bab memberi kerja sekolah.

"Baru tahu ke? Dunia-tak,manusia sekarang ni memang kejam. Bunuh anak sendiri untuk duit. Musnahkan sebuah kerajaan kerana dendam. Kenapa, kau ni naif sangat? Nama je yang terkuat dekat dunia tapi bodoh." ujar Cikgu Adam datar, menyebabkan Lufti tersentak.

Namun tidak lama kerana senyuman manis, yang sentiasa ditayangkan muncul dibibir Lufti. Hatinya bersetuju dengan itu tapi dia tetap membantah tentang satu penyataan.

"Memang saya bodoh tapi, saya tak nak orang lain menderita macam saya. Ya, saya ni putera tapi..saya benci status saya. Hendak tahu kenapa?" soal Lufti. Mata biru kelabunya menatap malas mata merah Cikgu Adam.

"Kenapa?"

"Ia menyakitkan, kerana..saya..tak mampu selamatkan kawan-kawan saya semasa kejadian sepuluh tahun lepas." jawab Lufti tenang, dia malas mahu menafikannya lagi.

"Saya tak minta pun jadi yang terkuat, tapi..saya tahu mesti ada sebab saya dapat kuasa ni." sambungnya sebelum menepuk tangan. Serta merta kelas yang bersepah menjadi kemas semula.

Dia hanya tersenyum sebelum duduk semula ditempat duduknya, disebelah Muaz. Jarinya mengetuk meja, pandangan yang diberikan amat lembut.

"Kalau cikgu tak nak mengajar...tak apa. Kami boleh pergi padang, main atau berlatih. Cikgu pilih. Mengajar atau biarkan kami berlatih."

Nada suaranya, ceria seperti biasa. Jika tiada siapa mengenalnya dengan lebih mendalam,pasti tidak sedar itu sebenarnya satu ugutan.

Dia sedar, jika seseorang guru tidak mengajar dan membiarkan murid-murid berkeliaran. Guru itu mungkin ditukar ke unit lain. Contoh; Jika cikgu itu di unit bahasa, dia akan ditukarkan ke unit sejarah.

Dia boleh gunakannya untuk menukar unit Cikgu Reine ke unit Cikgu Adam. Walaupun telinganya akan pekak kerana tengkingan kedua-dua orang cikgu itu, sekurang-kurangnya dapatlah dia..melihat ibu saudaranya naik pelamin!

"Uh..."

"Muaz! Jom pergi padang! Aku dengar Nia dan Khairul ada kat situ!"

Lufti berkata selamba sebelum menarik tangan Muaz keluar dari kelas. Murid-murid yang lain, bagai sedar tentang arahan yang diberikan. Segera mengejar langkah Lufti, meninggalkan Cikgu Reine dan Cikgu Adam yang terkaku ditempat mereka.

"Budak tu...!" Cikgu Reine mengetap gigi, hampir sahaja Cikgu Adam disebelahnya cedera jika tidak mengelak tumbukan sisinya.

"Aku jumpa dia..akan aku penggal kepalanya!" gumamnya perlahan tapi didengari oleh Cikgu Adam yang dalam diam membayangkan. Cikgu Reine yang ayu bertukar menjadi hulk gara-gara Lufti Kurogami.

"Wanita memang menakutkan." perlahan sahaja kata-kata tersebut keluar dari mulutnya. Mata merahnya menatap ngeri papan hitam yang hampir pecah.

"Memang tak boleh dibuat isteri," sambungnya sebelum mata merahnya bertemu mata hijau Reine. Air liur ditelan,pahit.

"Apa kau cakap?!"

"Patutlah ramai lelaki tak nak kau. Panas baran rupanya." ujar Cikgu Adam selamba sambil mencatat itu di buku notanya.

"Kau diam,perban!"

"Tsundere!"

"Perban!"

"Tsundere." balas Cikgu Adam malas, sebelum menjentik dahi Cikgu Reine. Dia berjalan ke luar sambil mengangkat tangan,

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now