Bab 20 - Misi

132 13 0
                                    

Hari ini merupakan hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh Daniela dan Khairul. Hari di mana mereka akan menangkap seorang peguam yang mengambil rasuah.

Cuaca malam yang sejuk tidak menghalang seorang gadis berambut hitam untuk terus melihat bulan. Kata-kata ayah saudaranya kedengaran di cuping telinganya,

"Apabila rindu akan seseorang, lihatlah bulan."

Gadis berambut hitam sewarna langit malam tersenyum kecil saat teringat hal yang akan berlaku sebentar sahaja lagi. Dia memakai baju kot beserta kemeja berwarna merah-putih, dipadankan dengan skirt berwarna merah bergaris hitam yang mencecah lutut.

Lengan bajunya amat panjang sehingga menutup tangannya. Dia juga memakai stoking panjang mencecah buku lali. Pakaiannya dilengkapkan dengan cravat berwarna putih dan klip rambut bercorak bunga yang menjuntai sehingga pipi berwarna putih. Kaki gadis itu tersarung kasut bertumit rendah berwarna putih-hitam.

"What can I say? Kau nampak comel bila pakai macam ni." Suara Afwan dari belakang, membuat gadis itu menoleh.

"Wan,"

"Hati-hati nanti aku rasa tak sedap hati." ujar Afwan risau, tangan kirinya naik mengusap rambut hitam Daniela.

"Aku akan ok, Khairul ada dengan aku," balas Daniela, senyuman kecil masih menghias bibirnya. Afwan menganggukkan kepala sedikit namun riak risau masih terukir di wajahnya.

"Dani!" Khairul memanggil dari muka pintu membuatkan mata merah si gadis bergerak ke muka pintu.

Dia melihat Khairul memakai kemeja berwarna hijau gelap yang mencecah pinggang beserta tali leher yang terikat kemas di hadapan dadanya. Seluarnya berwarna hitam mencecah buku lali, pakaian pemuda itu dilengkapkan dengan topi kecil berwarna hitam berpita cyan dan headphone di kepalanya. Kaki pemuda tersebut tersarung kasut kulit bewarna hitam.

"Pfft-"

"Jangan ketawa!"

Daniela dan Afwan yang berusaha menahan ketawa, akhirnya terlepas apabila Khairul mengembungkan pipi.

"Majlis tu mula pukul 9.30 malam, sekarang pukul 8.05 malam, jadi kau tahukan maknanya?"

"Datang awal, tengok struktur hotel untuk cari laluan 'tikus' dan menyiapkan skrip yang sepatutnya kita buat tiga minggu lepas," Khairul menjawab tanpa nada, yang membuatkan Daniela mengembungkan pipi.

"Aku lupalah! Kau ingat senang nak buat skrip tu dengan masalah dekat akademi lagi, idea aku hilang terus!" Daniela memberi alasan sambil mengangkat bahu tanpa rasa bersalah. Khairul diam.

"Baiklah, kalau kamu berdua sudah selesai bergaduh. Aku cadangkan kita pergi hotel tu dengan cepat," Afwan berkata tenang sambil tersenyum. Melihat itu segera Khairul dan Daniela menganggukkan kepala.

"B-baik!"

"Jom pergi!"

Mereka sampai di hotel beberapa minit kemudian. Khairul dan Daniela keluar serentak dari kereta membuatkan Afwan ketawa kecil melihat betapa kekoknya mereka berdua.

"Pukul sebelas nanti, aku datang." ujar Afwan sambil menangkat tangan dan memandu keluar dari perkarangan hotel. Meninggalkan Daniela dan Khairul yang agak kekok dengan persekitaran baru mereka.

Mereka melangkah masuk ke dalam hotel dan melihat tiada seorang pun manusia di ruangan utama tersebut kecuali pelayan-pelayan dan manager-manager.

"Kau cek kamera dan... aku cari 'lorong tikus'." Daniela berkata perlahan lalu melangkah masuk. Khairul mengikuti dari belakang.

'Aku rasa tak sedap hati, kenapa?' Khairul mengumam dalam hati. Mata birunya melilau-lilau melihat dekorasi dewan utama hotel tersebut.

Rebirth Of The WolvesDove le storie prendono vita. Scoprilo ora