Bab 25 - Penculikan

97 16 2
                                    

Setelah semua kekacauan itu, Khairul dibawa ke bilik rawatan. Cikgu Herle mengumumkan kelas berakhir dan mereka semua boleh pulang.

Daniela mendiamkan diri ketika rakan sekelasnya yang lain menanyakan soalan.

"Kenapa kau nak tau?" balas Daniela bersama jelingan tajam. Kakinya meneruskan langkah, tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekitarnya.

Yang lain hanya membiarkan gadis itu berlalu. Sudah banyak tenaga yang gadis itu guna untuk mengunakan teknik itu. Lufti, Tachihara dan Khaisara menatap Daniela yang menjauh risau.

"Khaisara." Tachihara mengelengkan kepala. Jangan dekati Daniela buat masa sekarang ini. Biarkan dia rehat.

Khaisara berdecih sebelum mengangguk kecil. Tepukan lembut di bahunya membuat dia menoleh.

"Zakuan." ujarnya perlahan. Mata kuningnya membalas pandangan mata merah Zakuan.

"Hey, dia akan okay." balas Zakuan tersenyum. Khaisara berdecih sebelum memeluk tubuh.

"Okaylah sangat. Perkara yang sama berlaku sekali lagi." gumamnya perlahan. Tangan kiri digenggam erat.
Memori lama kembali berlayar di hadapan mata. Daniela dan Khairul mulai menjauhkan diri ketika mereka memasuki Elite Assassins.

□□□

Seorang gadis kecil berdiri di hadapan seorang budak lelaki yang menangis. Budak lelaki itu ditatap datar tanpa perasaan.

"Daniela, Zakuan!" Seorang remaja lelaki berlari ke arah mereka berdua. Matanya memandang Daniela tajam setajam bilah pedang.

"Apa kau buat dekat Zakuan?"

"Bukan aku yang buat. Dia yang jatuh, aku yang salah? Wow." Daniela membalas dingin. Mata merahnya tidak menunjukkan sebarang emosi.

"Kalau dia jatuh. Kenapa tak tolong dia? Bukan dia kawan kau ke?" Afwan menyoal cuba berlembut. Daniela hanya tersenyum sinis mendengar soalan Afwan.

"Sebab dia bukan kawan akulah, aku tak tolong." ringkas sahaja balasan Daniela. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam saku.

Tangan kanannya dibawa ke hadapan wajah. Api kecil berwarna ungu muncul di hadapannya.

"Daniela padamkan api tu." Afwan memberi amaran. Angin di sekeliling mereka mulai berderu kencang. Namun api ungu Daniela tidak terpadam.

"Dani. Padamkan api tu." Suara lemah dari Zakuan membuatkan Daniela mengetap bibir. Dia berdecih lalu tangan kanannya dikepal. Api ungu itu serta-merta terpadam.

Pang

Daniela mengusap pipi yang kebas. Dia dapat rasakan cecair panas mengalir dari tepi bibirnya.

Ah.

Bibirnya pecah.

"Daniela. Engkau ingat tak, peraturan tempat ni?" Afwan menyoal perlahan bersama senyuman.

"Pertama, jangan cari gaduh dengan rakan-rakan. Kedua, kalau nampak orang dalam kesusahan, tolong. Ketiga, kalau berkebolehan, masuk Elite Assassins." jawab Daniela datar. Afwan mengangguk sambil tersenyum.

"Afwan-san," panggil Khairul dari atas pokok. Afwan mendongak, menatap mata biru laut Khairul.

"Kenapa tampar dia? Dia tak buat salah pun. Walaupun peraturan cakap 'kena bantu orang dalam kesusahan' ada jugak masa yang kita kena biarkan je." balas Khairul datar. Matanya dipejam, sebelum bibirnya menyimpul senyuman.

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now