Bab 21 - Fallen angel

136 13 19
                                    

Di sebuah rumah yang kelihatan agak usang. Seorang pemuda berambut hijau lumut sedang menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah.

"..." Pemuda itu mengungkapkan sesuatu tanpa suara, hanya bibirnya yang bergerak. Dia tersenyum saat melihat semua pokok sudah siap disiram lalu mencekak pinggang.

Dia berpaling untuk menuju ke kawasan meletakkan kereta ketika seorang gadis berambut putih memanggilnya.

"Harris-san, Allison ada tak?"

"Ada," Harris menjawab perlahan. Gadis itu mengangguk sebelum berjalan masuk ke dalam rumah melalui pintu yang terbuka.

Di bilik terakhir di tingkat dua, kelihatan seorang gadis berambut hitam melebihi pinggang sedang menatap bebola kaca di hadapannya.

"Fallen Angel," Allison berbisik saat melihat bola kaca yang memaparkan wajah Khaisara dan Zakuan bersilih ganti.

"Bukan Fallen Angel dah pupus sewaktu peperangan itu ke?" Suara kecil menyampuk membuatkan Allison mengangkat wajah. Iris ungunya bertemu dengan iris kuning keemasan seorang gadis di muka pintu.

"Ada yang terselamat," balas Allison tanpa nada. Gadis bermata kuning keemasan itu melangkah masuk tanpa mempedulikan jelingan tajam Allison.

"Begitu," Gadis itu berbisik perlahan. Dia menatap bola kaca itu kagum. Memandangkan dia suka membaca buku, tidak hairanlah untuknya mengetahui tentang Fallen Angel.

"Mana abang kau? Bukan kau selalu lepak dengan dia ke, Dexcy?" soal Allison bertubi-tubi apabila melihat bayang pemuda berambut biru kehijauan itu tiada bersama.

"Dia berlatih," Dexcy menjawab ringkas sebelum duduk di sofa bersebelahan Allison. Allison mengangguk kecil.

"Kenapa kau datang sini? Bukan Syahren tak benarkan kau datang sini kalau dia tak ada ke?" soal Allison curiga. Setahunya Syahren tidak membenarkan Dexcy datang ke rumah ini jika dia tiada.

"Ada berita buruk. Mereka macam dah tahu yang ada pengintip dalam Elite Assassins," Dexcy menatap iris violet milik Allison. Jari runcingnya mengetuk permukaan meja. Tabiat yang sentiasa dilakukannya jika risau.

"Hati-hati,  aku rasa Daniela dah mula syak engkau pengintip," sambungnya risau. Daniela dan Khairul bukan calang-calang orang. Mereka sentiasa menemui cara untuk membuka pintu yang berkunci tanpa sebarang bunyi.

Allison Frandy, juga seorang yang hebat namun kemahirannya tidak mampu menandingi Daniela dan Khairul.

Allison hanya menyimpul senyuman sebelum berkata,

"Aku akan baik-baik sahaja, Dexcy," balas Allison yakin. Manik violetnya memandang belakang Dexcy. Peta Kerajaan Bintang yang sudah ditanda dengan pin berwarna merah dan biru.

Dexcy turut menoleh, cuba memahami apa yang dirancang oleh Allison. Tiga pin berwarna biru berselerak di sekitar sekolah. Sepuluh pin merah yang lain juga berselerak di atas peta. Dua berada di sekitar hutan manakala lapan lain berada di sekitar taman.

Jujur, dia berharap dia juga seorang yang genius agar dapat memahami apa yang berada di dalam kepala sahabatnya. Setiap kali dia mahu masuk, pasti gadis itu akan menghalangnya.

"Dua pin merah yang dekat hutan tu, rumah Angel Music dan Demon Orchid tinggal." Allison tersenyum bangga. Rancangan yang mengambil masa berbulan akan terlaksana tidak lama lagi. Rancangannya sudah lama bermula, ketika Daniela amnesia.

"Void Memoir juga perlu diperhati. Ketua mereka ialah Luqman Kurogami.  Biodata ahli-ahlinya disulitkan. Aku tak dapat tengok sebab...kalau aku tengok automatik, ia akan padam semua biodata mereka," Suara dari muka pintu menyampuk membuatkan Allison dan Dexcy menoleh ke arahnya.

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now