Bab 8 - Catatan sang Raja...

184 27 0
                                    

"Khairul, Khaisara." panggil Daniela yang baru sampai.  Dia berdiri disebelah Khaisara.

"Nia. Kau dari mana?" tanya Khaisara sebelum mengurut buku limanya yang sengal.

Khairul disebelahnya hanya mencebik sebelum melentokkan kepalanya ke bahu kanan Khaisara.

"Bilik rawatan." jawab Daniela sebelum menjeling ke arah Khairul. Dia duduk di sebelah Khaisara sebelum melentokkan kepalanya ke bahu kiri Khaisara.

Khaisara ditengah mengelengkan kepala. Apalah nasibnya dapat, dua adik yang manja terlebih.

"Nee~ Khai. Apa kau rasa kalau engkau hilang semua perasaan kau?" tanya Daniela, mata merahnya melirik ke arah Khaisara sebelum dipejam.

"Aku..."

"Tak akan rasa apa-apa!" Khairul menyambung ayat Khaisara. Rambut putihnya beralun ditiup angin.

'Tak akan rasa apa-apa ye...?'Daniela menyoal dalam hati, sebelum rambutnya diusap, membuat dia terkejut.

"Kenapa Nia?"

"Tak, tak ada apa-apa." balasnya sebelum mencebik. Khairul di sebelah kanan Khaisara, melirik ke arah Daniela sebelum memandang ke tempat lain.

"Uhm...can both of you, stop acting like a child an confess?" ujar Khaisara separuh mengusik. Khairul dan Daniela terus tegak. Bulu roma mereka tegak, bagai sensitif terhadap perkataan 'Confess.'

"KHAISARA!" jerit mereka berdua serentak. Tepat sebelah telinga Khaisara.

"Ow..." Khaisara mengaduh kesakitan sebelum mengosok telinganya yang berdengung. Wajah kedua-dua orang kawannya dipandang, belum sempat dia memukul kepala dua orang itu, loceng berbunyi.

"Hehe..."

Semua murid kelas Black, berpusu-pusu ke kantin kecuali seorang pemuda yang sangat asyik membaca buku-tidak-catatan di bawah pokok yang rendang.

Sesekali mulutnya bergerak, mengikuti bait-bait perkataan yang tertulis di atas kertas.

Jam 1212-05/05/20##
Catatan sang raja kepada putera kecilnya.

Hai, aku...Ryozo. Lebih dikenali sebagai Ryozo Hariq, pemerintah kerajaan Ahmar. Oh, ya. Sebelum aku terlupa, jika aku sudah tiada dan buku catatan ini diberikan kepada anakku, Reo Hariq.

Ingin aku katakan sesuatu,

"Kuasa kita mungkin memusnahkan tapi ia memberi kita satu harapan. Harapan untuk melindungi, sesuai dengan peranan pemerintah.

Kuasa ini datang sebuah tanggungjawab yang besar. Hanya yang kuat dan tabah boleh menggalasnya . Namun, jangan dilupakan yang lemah. Mereka mungkin lemah tapi mereka berusaha untuk menjadi lebih kuat, untuk keluar dari Neraka yang dibina oleh manusia yang kejam."

Ya, itu yang membuatkan aku terus berjuang untuk hidup. Aku mahu selamatkan mereka yang tidak tahu apa-apa. Aku mahu melindungi mereka dari kekejaman manusia yang bongkak dengan kekuasaan yang dimiliki.

Kuasa ini...kuasa api yang kuat. Ia tetap membara walaupun apinya hampir padam. Ah...aku tahu. Aku tahu. Semua orang sentiasa mengingatkan ku tentang keadaan kuasaku.

Ya. Ya. Kuasa aku tidak stabil dan bila-bila masa sahaja aku-bukan, kuasa aku boleh mengamuk. Aku tahu mereka risau tapi...biarlah aku berjuang buat kali terakhir bukan?

Sebelum aku menutup mata, dan memeluk erat kematian. Itu sahaja yang bisa aku katakan untuk saat ini. Semoga kita berjumpa lagi.

Ryozo Hariq
(The fire king of Ahmar Kingdom.)
Jam 1225

Pemuda itu tersentak ketika buku catatan miliknya dirampas oleh seseorang. Beberapa ketika kemudian, dia terdengar suara kekehan kecil dari orang yang merampas bukunya.

Wajahnya diangkat, manik merahnya memandang tajam seseorang yang telah menganggunya membaca catatan ayahandanya.

"Siapa engkau?" soal si pemuda, manik merahnya tidak lepas memandang tajam si perampas buku.

"Aku? Ah...aku...Farhan Aiman." jawab si perampas buku---atau lebih tepat, Farhan. Rambut hitamnya menari nari ditiup angin, irisnya yang sama warna dengan rambutnya menatap pemuda-tidak. Seorang putera di hadapannya.

Buku catatan milik si putera dibelek-belek. Dia memasang seringai sinis di wajahnya apabila melihat wajah merah si putera, antara marah atau malu?

"Kembalikan." titah si putera, tubuh kecilnya membuatkan orang menyangka dia seorang kanak-kanak berumur 12 tahun.

Padahal umur aslinya ialah 16 tahun. Namun, disebalik tubuh kecil itu. Tersimpan satu kuasa yang mampu mengawal kristal api.

"Jika aku tidak mahu, bagaimana?" balas Farhan cuba mengajak putera di hadapannya, membentak dan mengeluarkan kuasanya yang berbahaya.

"Aku tidak memerlukan orang seperti kau di kawasan aku."

"Ah...ini ternyata kawasan kau ya..? Putera sulung, Kerajaan Ahmar. Reo Hariq, sekaligus putera mahkota." jawab Farhan acuh tak acuh.

Buku tersebut dibelek kembali, dia seperti mencari sesuatu. Ah... akhirnya dia menjumpai apa yang dicari.

"Kembalikan buku itu!" Reo mula memberontak saat Farhan hanya menguap ketika membaca buku tersebut.

Tidak mereka tidak mengerti, buku itu sudah seperti kawan keduanya. Di buku itulah dia menulis catatan dan di situlah dia dan ayahandanya berbincang. Tidak mungkin, dia akan biarkan orang yang bodoh membacanya.

"Semua ayat di sini, sungguh puitis. Berbeza sangat dengan diri kau." ujar Farhan sebelum menyelak muka surat. Mata hitamnya membulat saat melihat gambar yang terletak di situ.

"10 years ago...kita pernah berjumpa ke?"

"Tidak. Kalau kita pernah berjumpa pun, aku akan ingat pembuli macam kau!" balas Reo kasar. Dia bangun dari duduk dan menatap mata hitam Farhan.

"Oh, kalau begitu. Ini apa?" soal Farhan lalu menunjukkan gambar  yang ditampal pada catatan tersebut.

Dua orang kanak-kanak lelaki. Berambut hitam tapi berbeza warna mata. Seorang merah, lagi seorang warna hitam. Berlatar belakangkan, sebuah taman bunga.

"Itu..." Reo tidak mampu meneruskan bicaranya. Otaknya ligat berputar untuk mengingat itu. Akhirnya dia mengelengkan kepala.

"Aku dan engkau. Ayahanda kau pernah tolong aku. Tak akan kau tak ingat pendek?" soal Farhan separa memperli. Dia ingat apa yang berlaku waktu itu.

"Aku baling kasut masuk mulut kau kang."

"Yeah,yeah. Whatever." balas Farhan sebelum memberi semula catatan tersebut. Reo mengambil semula catatan miliknya.

"Well~ Nice to meet you, young prince." ujarnya sebelum berjalan pergi ke kantin.

"Aku bukan puteralah bongok!" bentak Reo.

"Reo, kau ok tak?" soal seeorang dari belakangnya, membuat Reo menoleh ke belakang.

Seorang gadis berambut biru pekat paras bahu, bermata ungu. Mata kirinya ditutupi oleh topeng.

Emily Aiman.

"Aku ok je." balas Reo.

Rebirth Of The WolvesWhere stories live. Discover now